Thursday, July 31, 2008
Tersasar ...
Sunday, July 27, 2008
Minggu yang Kelam
Pastinya New Zealanders akan bermuram durja disepanjang minggu seperti mana cuaca buruk di sini. Yang pasti ianya akan menjadi topic hangat dalam HR meeting esok.
Rugby adalah nyawa bagi New Zealanders tak kira lelaki ataupun perempuan. Rugby dianggap permainan lelaki yang sejati. Bagi mereka ‘football’ adalah permainan untuk gay sahaja. Ha ha ha
All Blacks terkenal dengan aksi ‘Hakka’ sebelum permulaan setiap perlawanan.Ianya adalah tradisi pahlawan Maori sebelum bertempur di medan perang dan sering ditunggu-tunggu oleh para penonton.
Wednesday, July 23, 2008
Approved!
Ahau - Dee
Monday, July 21, 2008
Vol 6 - Apa yang bezanya ?
Text language allowed in exams ! Huh! Biar betul ? Nampak gayanya segala benda boleh di New Zealand ni. Walaupun banyak pihak yang membantah tapi as at today, the ‘text generation’ are allowed to use their abbreviated form of language in some school exams.
Cuba bayangkan jika perkataan di dalam gambar kat bawah ni diguna pakai di dalam exam. Tak ker pening kepala pemeriksa lebih-lebih lagi bagi orang lama.
'Yourself' jadi 'urself', 'great' jadi 'g8', 'tomorrow' jadi '2moro' dan macam-macam lagilah. Apa yang pasti, ianya tak mungkin berlaku di Malaysia!
Hmm … apa sajalah Labu … yang penting bahagia.
Thursday, July 17, 2008
Vol 5 - Apa yang bezanya?
Tuesday July 22 at 9.30pm - Episode 7
Brian, fell head over heels in love with Melani (31). He bombarded her with 30 text messages a day until she agreed to go out with him. They spent their month long honeymoon sailing round the med having sex at every beach they arrived at.
Sex has gone from twice a day marathon sessions to mundane mechanical sex, once every 6 weeks. Brian struggles to maintain his erection and Melani is rarely satisfied.
A successful plus size model, Melani knows she can get sex elsewhere but up until now has only wanted her husband. However, things have got so tough for them she says the show is their last chance.
Tuesday, July 15, 2008
Vol 4 : Apa yang bezanya?
Monday, July 14, 2008
Saturday, July 12, 2008
Vol 3 - Apa yang bezanya?
Aku namakan ia 'Hujan Main -Main'! Tiba-tiba jer hujan dan bila kita baru nak buka payung, hujan pun berhenti. Lepas tu, baru berjalan sepuluh tapak, hujan turun balik dengan lebatnya. Then, berhenti. Dalam cuaca cerah pun hujan boleh turun. Tak ada petanda langsung. Macam tu lah selalu.
Lupakan saja 'baju hujan' sebab ianya tak praktikal kat sini. Angin kat Auckland ni kuat sungguh. Dalam 3 bulan, sudah 3 payung aku bertukar. Sebulan satu payung.
Huh! Setakat sejuk tu boleh tahan lagi tapi bila sejuk + angin + hujan = tu yang buatkan tak tahan kat sini. Aku kena selsema teruk sekarang ni . Nampak sangat made in Malaysia ni tak cukup kuat. He he he
Friday, July 11, 2008
Syukur ...
Rasanya kengkawan kat Sime Darby semuanya dah dapat surat 'cinta' dari boss masing-masing sebagai menghargai 'cinta' yang dicurahkan sepanjang financial year 07 / 08. Tentunya ada pelbagai versi 'cinta' dalam surat masing-masing ... ada yang manis, pahit, kelat, masam dan macam-macam lagi.
Seterusnya kena terus buktikan ke'cinta'an terhadap kerjaya masing-masing dengan new KPIs untuk FY 08/09 ... and I have a long list. Huh! (terpaku kejap dok pikiaq macam mana nak achieve semua KPIs tu)
Apapun ... Alhamdulillah di atas rezeki yang Tuhan beri & semalam aku terima surat 'cinta' tu dari Peter ... cuma kali ini surat 'cinta' aku berbeza sikit dan buatkan aku tersenyum.
excerpt from my salary review letter :
I want to congratulate on the way you have moved into your role in a new country and to thank you for the hard work you done. You are a respected and valued member both of the HR team and of the company and I look forward to your continued enhancement of both
Kind regards,
Peter Leathley
Head - Human Resources
Ahau - Dee
p/s : Shall I take it as a confirmation letter as well selepas 3 bulan bekerja di sini?
Sunday, July 6, 2008
Jom Jalan
Dari Quest on Mount, kita akan menuju ke Symonds Street, salah satu jalan utama di Auckland ni. Dua bangunan tinggi di kiri & kanan tu adalah apartment & kebanyakkan penghuninya adalah student AUT. (Auckland University of Technology).
Inilah sebahagian dari Symonds Street dan kita akan berjalan sampai ke hujung sana ... nampak tak traffic light tu?
Dari tarffic light ni, kita akan ke seberang jalan dan menuju ke Grafton Bridge.
Kita akan ke kiri - nampak tak signboard 'Hospitals Grafton' ?
Inilah Grafton Bridge. Kita akan ke seberang sana.
Grafton Bridge berada betul-betul di sebelah Symonds Street Cemetery ...ada cerita menarik kat sini. Tunggu.
Kita jugak akan berjalan di atas Motorway (kat Malaysia dipanggil Highway) dan permandangan akan lebih menarik bila matahari terbit.
Dari Grafton Bridge kita akan melalui Auckland City Hospital sebelum sampai ke Auckland Domain.
Ha..dah nampak pun pintu gerbang Auckland Domain
Kita akan ambil short-cut iaitu melalui Auckland Domain untuk sampai ke Carlton Gore Road. Inilah pintu gerbang Auckland Domain.
Kita akan menyusuri jalan ini ...
Satu permandangan yang menyegarkan setiap pagi.
Ops! Dah pun sampai ke Carlton Gore Road dan kita akan berjalan sampai ke penghujung jalan di mana terletaknya Skycity Cinema & Olympic Pools.
Inilah building Olympic Pools dan kita akan berjalan lagi sampai ke hujung & akan sampai ke Lumsden Green.
Inilah sebahagian dari Lumsden Green.
Tempat ni sedang di dalam proses menaikkan taraf sebab kawasan ini selalu banjir. Lumsden Green ni adalah sebuah taman sebenarnya ... kecil jer.
Lumsden Green terletak bersebelahan Broadway Road iaitu jalan utama di Newmarket. Kita akan berjalan disepanjang Broadway Road sehingga kita berjumpa dengan Great South Road. Tak jauh dah ... dalam 20 minit berjalan.
Sambil tu boleh mencuci mata sebab Broadway Road adalah salah satu tempat shopping kat Auckland ni. Macam-macam jenis orang ada.
Westfield ataupun 277 (two double seven) adalah salah satu shopping mall yang terdapat di Auckland. Tak banyak shopping mall kat sini ... tak macam Malaysia. Setiap hari aku datang sini sebab ada Foodtown ... macam Jusco & tutup pukul 10 malam.
Kita akan terus lagi sampai ke hujung jalan untuk sampai ke simpang di antara Manukau Road dan Great South Road
Ha ... dah nampak pun Great South Road ... kita kena seberang jalan & dalam 100 metres akan sampailah ke office aku.
Di seberang jalan adalah showroom Volkswagen, Porsche dan Audi milik Sime Darby
Ha! Dah sampai dah pun ... Di sinilah terletaknya office aku ... di tingkat tiga, disebelah kiri. Kat bawah tu adalah Poppi Cafe ... yang selalu aku beli Hot Chocolate tu.
Apa macam? Penat tak berjalan? Kita berjalan lebih kurang 45 minit. Boleh berpeluh jugak ... walaupun sejuk. Inilah salah satu punca aku boleh turun sehingga 18kg dalam masa 3 bulan... he he he . Nak balik rumah pun kita akan melalui jalan yang sama. Best kan berjalan? I love it !!!
Thursday, July 3, 2008
Di Mana Sharlinie ? (Versi NZ)
Wednesday, July 2, 2008
Tuesday, July 1, 2008
Small Success !
Friends, wish me all the best ya! And I will keep you informed !
Ahau - Dee
p/s : Once I've achieved the next target, I will share with you the secret ... tunggu !