Friday, May 9, 2008

Ada ...

Di saat aku 'hilang' dan sedang dalam pencarian ... aku tahu Tuhan masih menyayangi aku dan Tuhan sentiasa 'ada' di sisi aku dan sedang menunjukkan jalanNya.

Thanks Enida for your sms ... it means a lot to me : )

Thanks Mas for your sms ... walaupun tengah jaga Abah you still worried about me : ) ... my prayers to Abah - get well soon !

Thanks 'sayang' for your sms ... and I love you more : )

... dan ramai lagi rakan-rakan yang menghantar email dan memberi kata semangat serta sentiasa yakin dengan aku. Thanks guys for being there for me.

Thanks Sabrina untuk kata-kata ini :

"Tuhan selalu menguji hamba2Nya hanya ke tahap yang boleh ditanggung oleh mereka"

Terima Kasih Tuhan di atas segalanya ... di atas segala apa yang aku 'ada' ...

... kini !

Ahau - Dee

May 9, 2008

Thursday, May 8, 2008

Hilang ...


Salah satu sebab mengapa aku mula mem'blog' ni ialah untuk memastikan aku ada 'ruang' untuk meluahkan apa yang terbuku dan apa yang terasa di hati. Lebih-lebih lagi berada jauh dari keluarga dan jauh dari yang ter'sayang'. Keadaan tidak semudah yang aku jangkakan. Menjadi diri aku yang sentiasa dikelilingi keluarga, yang ter'sayang' dan kawan-kawan - amat sukar untuk aku sesuaikan diri sekarang ini.

Maka diari alam cyber ni menjadi platform yang terbaik untuk aku 'cerita'kan apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Bukan membuka pekung di dada jauh sekali meremeh-temehkan benda-benda yang mungkin kecil pada pandangan orang lain. Tetapi sekadar menjadi 'diri sendiri' dan juga untuk menenangkan diri.

Sehingga kini aku masih mencari rentak yang dah 'hilang' sekian lama dan masih tercari-cari diri aku yang sudah lama 'hilang' itu. Secara fizikal aku telah mula membiasakan diri tetapi emosi aku masih terumbang-ambing dan masih mencari apa yang 'hilang' itu.

'Perang' telah pun bermula tapi 'progress'nya amat perlahan ... sedangkan masa tidak lagi mengizinkan aku untuk hanya mengatur strategi atau membuat perancangan. Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah 'ACTION'. Aku dah bazirkan terlalu banyak masa yang tak mungkin akan kembali lagi. Terlalu banyak 'esok' bagi aku sehinggakan akhirnya menjerat diri sendiri.

Setakat ini salah satu perkara yang ingin aku 'perangi' telah mula menunjukkan hasil tapi yang selebihnya masih ditakuk lama. Pagi tadi aku melakukan satu lagi kesilapan yang amat bodoh. Lebih nampak akan kebodohan itu apabila ianya berlaku di hadapan 'boss' sendiri. Dah terlanjur dan tak boleh berpatah balik. Entah apa yang akan dia fikir pasal aku selepas ini aku pun tak tahu tapi ianya benar-benar mengganggu aku saat ini.

Bila aku fikirkan semula dan kaji diri aku ... banyak benar 'benda' yang semakin 'hilang' dari aku dan situasi ini amat menakutkan. Jika sebelum ini aku aku merasakan 'faktor-faktor luaran' adalah penyebabnya tapi kini yang pasti 'akulah' puncanya. Akulah dalang selama ini.

Atas dasar itu ... aku nekad melancarkan peperangan ke atas diri sendiri ... peperangan untuk mengeluarkan aku dari segala belenggu yang membuatkan aku jadi begini.

Terlalu banyak yang semakin hilang dan terus menghilang ... aku hilang arah tuju, hilang keyakinan, hilang fokus. hilang 'positive mental attitude' yang aku amalkan sekian lama dan hilang semangat juang yang aku miliki selama ini. Hal-hal yang dulunya 'petik jari' saja ... turut hilang. Seringkali aku menjadi 'kosong' padahal perkara-perkara itu menjadi 'makanan' aku dulu ... dulu. Sehingga menampakkan aku tidak layak untuk berada di mana aku berada sekarang ini. Aku bukan lagi aku 5 atau 10 tahun yang lalu. Aku telah hilang 'aku'.

Adakah aku semakin 'hilang' dari arus perubahan yang sungguh pesat ini? Adakah apa yang aku ada tidak lagi relevan pada masa kini? Adakah aku semakin ketinggalan? Adakah aku sudah hilang daya saing? Adakah aku akan terus hilang apa yang aku miliki selama ini?

Adakah akan 'terus' hilang 'AKU' ?

Aku sudah 'hilang' kata-kata.

Ahau - Dee

Wednesday, May 7, 2008

Pagi


Inilah gambar terbaru aku yang diambil oleh aku sendiri semasa menunggu bas pagi ini - 7 May 2008 dengan menggunakan kamera handphone aku yang dah tak laku di pasaran tu (ketinggalan zaman). Actually, gambar ini di ambil secara tidak sengaja. Apapun, aku suka dengan hasilnya dan gambar ini sebenar-benarnya menggambarkan diri aku di saat dan ketika ini... yang tak terungkap dengan kata-kata.

Dan paling penting, nampak tak muka aku dah kurang 'tembam' (walaupun masih dalam kategori tembam) jika hendak dibandingkan dengan gambar aku di bawah ini. Gambar ini diambil bersama gadis Maori ( cantik kan? ) pada minggu pertama aku berada di sini.



Ahau - Dee


Tuesday, May 6, 2008

Kusangka Panas Sampai ke Petang ....

Sebaik saja aku sampai ke negara Kiwi ni ... salah satu azam aku ialah untuk sentiasa sihat ... tak ada MC lagi dah. Bukannya apa, entah apalah nasib aku ni ... kalau MC jer mesti dapat perhatian Boss. Mesti kena perli atau ada cakap-cakap belakang. Dari zaman CS Metal sampailah ke hari ini. Padahal, orang lain MC tak ada hal pulak.

Jadi kesungguhan aku untuk sentiasa sihat amatlah ketara sehinggakan aku dah kurang 6kg sekarang ni ... seluar pun dah longgar. Ni semua gara-gara makan ala-ala anak dara dan banyak berjalan ... ke sana sini aku berjalan ... sampaikan berjam-jam berjalan-jalan di Auckland City tu terutamanya hari minggu.

Al-kisahnya, nak 'reward' kan diri sendiri lah sebab dah turun 6 kg. Lalu aku pergilah ke salah satu medan selera kat sini dan terjumpalah menu ni ... hmmm ... punyalah bersemangat tuan punya kedai buat promosi ... siap cakap melayu lagi dan bagi diskaun air (kononnya sesama muslim)

Lalu aku pun terpedayalah dengan janji manis tuan punya kedai tu ... dan aku pun order lah Brazillian Menu ni dengan harga $10.50 (lebih kurang RM27) ... huh! mak datok, punyalah banyak ... kalau tak caya cuba tengok gambar kat bawah ni .



Entah betul atau tidak ada menu ni kat Brazil. Nasi kuning + spaghetti + ayam + salad + mayonise + kentang goreng + telur (dihantar kemudian). Aku makan tak habis pun sebab 'rasa'nya tidaklah sehebat apa yang diperkatakan. Walaupun sayang sebab kepala otak aku ni masih dok 'convert the currency to ringgit' dan malu pulak nak mintak bungkus ... buat malu orang Malaysia jer kan.

Alkisahnya, sebab nak meraikan turun 6 kg tu lagi, untuk dinner aku bedal pulak subway punya burger sepanjang 6 inci ... tengah promosi sekarang ni $4.99 jer ... lebih kurang RM13.

Selepas beberapa jam kemudian ... bermulalah cerita ... Brazil + Subway ... ke jamban 'way' lah jawabnya ... cirit birit lah pulak. Bukan tu saja, dia datang dengan pakej sekali. Tiba-tiba satu badan gatal ... macam alah ... dan aku pun dok meraung panggil 'hasshimm' yang tak kunjung tiba.

Maka di sepanjang malam sampai ke pagi, berlakulah adegan yang tak ingin dilihat serta tangan aku pun semakin rakus menggaru badan aku yang telah sedia maklum gebu ni.

Aku pun MC semalam ... huh! sungguh tragis sekali ... hujan jugak di tengahari. Tidurlah aku disepanjang hari Isnin.

Apapun, kat sini diberi 5 hari cuti sakit tanpa surat ... dan aku telah merasmikannya. Tahniah. Tak sampai setengah tahun kat sini . Huh!

Hari ini aku mulalah bekerja dalam keadaan 'ding dong' ... sampai office saja dah nampak 'business card ' aku yang sudah siap ... Mak datok !!! Dia orang order sampai 500 pcs. Huh! Kalau 100 pun belum tentu habis. Apapun, ni dia card aku.



Terpaksa aku tinggalkan nama Mohd sebab depa kata panjang sangat ... jadi tinggalah Zahidi sahaja.

Ops ! Lagi satu cerita, hari sabtu lepas, aku jumpa wallet mamat kat bawah ni ha ... budak dari Italy. Maka aku yang telah sedia maklum perihatin dan baik budi ni ... telahpun berusaha agar tuan punya mendapat semula barang dia. Huh! tak dapat aku bayangkan kalau dompet aku hilang. Dengan IC, Credit Card, Cashpoint Card, etc. Tak henti-henti dia ucap terima kasih. Aku pun happy jugak dapat tolong orang di saat-saat aku tak berapa betul sekarang ni.




Ahau - Dee

Tuesday - 6 May 08.

Note : Ada sesiapa tahu macam mana nak ubah setting date & time kat blog ni ... selalu jer tak betul tapi aku set up kat komputer aku ok jer ... up to date. Please advise. TQ

Thursday, May 1, 2008

Mengapa Kita Tidak Ditakdirkan Bersatu?


Mengapa kita tidak ditakdirkan bersatu
sedangkan kita saling memahami
saling mengerti
saling merasai ?

Mengapa kita tidak ditakdirkan bersatu
sedangkan kita bagaikan isi dan kuku
bagaikan aur dengan tebing
bagaikan ombak dan pantai ?

Mengapa kita tidak ditakdirkan bersatu
bila engkau bertakhta di hati
selalu di sisi
sentiasa menemani ?

Mengapa kita tidak ditakdirkan bersatu
bila engkau sering memberi
tanpa jemu
tanpa ragu ?

Mengapa kita tidak ditakdirkan bersatu
bila aku masih menyayangi
... kamu ?



Ahau - Dee



p/s : Selamat Hari Pekerja MALAYSIA !!!