Saturday, August 9, 2008

Rebirth



Sejenak kufikirkan pelayaran usiaku
dibawa arus oleh keadaan
ketimuran kebaratan
keduniaan dan akhirnya
ku bertanya
siapakah diriku

Di tengah keganasan hangatnya keghairahan
membakar hangus insan yang terleka
memaksa ku menilai
perimbangan perjalanan
persimpangan
aku dan diriku

Kini aku sendirian
yang kan dapat menentukan
kebaikan
keburukan
ku tanggung jua

Ke kirikah atau kanan
Arah yang bercabang liku
dalam aku
mencari diriku

Di hati kecil ku terdengar
suara yang membisik sesuatu
kutersedar
mengenalkan aku
kepada diriku

Terasakan terbuka
kunci pintu hatiku
timbullah cahaya
merangkul tubuhku
terurai kekusutan
pertalian hidup ku

Setelah aku kenali hidupku
Setelah aku mengenal diriku


Note : Seperti yang kita sedia maklum, Aishah merupakan satu-satunya anak Malaysia yang berjaya mencipta nama di New Zealand. Lebih membanggakan lagi, rakan sepejabat masih ingat lagi The Fan Club dan lagu hit mereka ... Sensation dan beliau tahu bahawa Aishah adalah anak Malaysia.

Aku Dan Diriku - Aishah


Friday, August 8, 2008

Nation in Distress ...



Aku tak tahu nak kata apa ... hanya sekadar melihat, memandang dan memerhatikan dari jauh. Tidak menyokong atau pun membantah kerana aku tidak layak dan tidak arif untuk membincangkan soal politik.

Cuma sebagai anak Malaysia, aku rasa semua ini tidak seharusnya berlaku di saat-saat kita akan meraikan ulangtahun kemerdekaan tidak lama lagi. Buat pertama kali bendera Malaysia diterbalikkan sebagai lambang protes terhadap apa yang sedang berlaku. Segala-galanya di politikkan ... mungkin itu hakikatnya. Hidup ini tak akan meriah tanpa politik.

Ahau - Dee

Thursday, August 7, 2008

080808

Esok merupakan tarikh yang istimewa - 08 08 08 ... pastinya ramai yang akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang istimewa atau luar biasa untuk diingati sampai bila-bila. Mungkin bagi orang lain, ia hanya satu tarikh biasa seperti hari-hari yang lain dan tidak memberi apa-apa makna. Hakikatnya, citarasa setiap manusia itu berbeza.

Bagi aku ianya satu tarikh yang istimewa dan unik. Kebetulan pula jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Amat sesuai untuk membuka satu lembaran baru di dalam kehidupan untuk menjadi satu titik tolak ke arah sesuatu yang lebih baik.

Aku selalu percaya, di dalam mengharungi kehidupan ini kita perlu berhenti sejenak, merenung kembali apa yang dilalui, belajar dari kesilapan, mengutip segala pengajaran dan pengalaman untuk menjadi bekal di dalam meneruskan kehidupan ini. Kita jatuh, terluka, merawat luka dan bangun semula untuk menghadapi segala cabaran.



Alhamdulillah, selepas 4 bulan di sini aku semakin selesa, optimistik, percaya dan yakin pada diri sendiri untuk mencapai apa yang diingini. Tiada manusia yang sempurna tapi yang penting kita perlu sentiasa berusaha mencari kesempurnaan itu dan bersyukur di atas apa jua hasilnya.

Dengan segala kurniaan dari Tuhan - kesihatan, tenaga, peluang, rezeki yang melimpah ruah dan jalan yang terbentang luas, aku amat teruja untuk melalui hari-hari mendatang dari sudut pandangan yang amat berbeza dari apa yang aku lalui sebelum ini. Segala yang hilang pasti akan muncul kembali.

InsyaAllah, dengan izinNya, segalanya berkemungkinan.

Syukur. Terima Kasih Tuhan.

Ahau - Dee

Tuesday, August 5, 2008

Vol 7 - Apa yang bezanya?

Sehingga hari ini, aku belum terjumpa lagi The Coffee Bean Cafe di Auckland ni. STARBUCKS ada di merata-rata. Hmm ... hairan jugak. Mungkin mata aku yang kelabu kot? Tapi memang betul pun ... no Coffee Bean cafe in Auckland ni. Tempat lain tak tahu lah sebab langkah aku di New Zealand ni belum panjang lagi. Masih dok pi mai pi mai tang tu ... ha ha ha

Ahau - Dee

Monday, August 4, 2008

Minggu Bertukar Warna


Dah lama tak nampak pelangi ... pagi ni, dalam perjalanan ke office ternampak pelangi di Newmarket. Cantik tapi tak dapat nak captured sepenuhnya dengan my handphone. Kalau guna camera tentu lebih baik gambarnya.

Kalau perhatikan betul-betul, ada dua pelangi - satu dekat bangunan kuning tu dan satu lagi dekat dengan pokok tapi tak berapa jelas. Itu yang terpanggil nak letakkan dalam blog ni.

Anyway, thought for week untuk minggu ini dari Jonathan Swift ...

May you live all the days of your life.

Semoga minggu ini dan minggu-minggu seterusnya akan seindah pelangi. New Zealanders pun sedang bergembira apabila All Blacks berjaya membalas dendam dengan mengalahkan Wallabies 39 - 10 di Auckland pada hari Sabtu lepas. Satu perlawanan yang amat menarik dan membanggakan semua warga Kiwi.

Ahau - Dee