Thursday, October 2, 2008

The upcoming 'Rumah Terbuka Ahau-Dee'


Tidak lengkap rasanya berhari raya tanpa ‘rumah terbuka’ dan bila keseorangan di sini, saya tidak mungkin mampu memasak untuk para tetamu. Masak untuk diri sendiri pun asyik tak jadi.

Maka, membawa tetamu saya ke restaurant adalah jalan terbaik untuk menganjurkan ‘Rumah Terbuka Ahau-Dee’.... kononnya ... he he he. Senang cerita, cuma sediakan ongkosnya saja.

Setelah puas mencari di internet akhirnya terjumpa satu Malaysian Restaurant yang diwar-warkan sebagai yang terbaik di Auckland – Mutiara Malaysian Restaurant di Ponsonby yang memang terkenal dengan pelbagai restaurant di Auckland ini.

Memandangkan ianya exclusive, hanya 8 orang tetamu khas sahaja yang akan saya raikan. Berikut adalah menu yang telah siap saya tempah untuk ‘Rumah Terbuka Ahau-Dee’ pada Isnin ini, 6 October jam 8.00 malam. Thanks Enny for your suggestion.

Appertizer
Prawn Cracker
Chicken & Beef Satay
Spring Rolls

Main Course
Tom Yam Chicken
Beef Rendang
Ayam Kapitan
Ikan Bakar
Chilli Prawn
Sayur Masak Lemak
Jasmine Rice

Desserts
Lychee with Ice Cream
Cofee or Tea

Sesungguhnya saya amatlah teruja : )

Ahau - Dee

Wednesday, October 1, 2008

Syawal di Auckland - 1 ... updated

Pada mulanya saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menyambut hari raya di perantauan buat kali pertama. Semalaman tidak tidur kerana sibuk ber ‘sms’ raya. Lebih-lebih lagi perbezaan waktu di antara Auckland dan Malaysia ialah 5 jam. Maka kami di Auckland menyambut hari raya terlebih dahulu dan hanya berpuasa selama 29 hari sahaja.

Namun setelah melaluinya … best jugak. Mungkin saya bernasib baik kerana tinggal bersebelahan dengan surau yang menjadi tempat pertemuan para jemaah.

Kemeriahan hari raya di Auckland bermula dengan majlis berbuka puasa malam sebelumnya apabila lebih ramai yang mengambil kesempatan berbuka di surau. Mungkin kerana hari terakhir berpuasa. Lebih memeriahkan suasana apabila terdapat 2 versi bacaan takbir raya … versi Malaysia dan Arab … namun kemeriahan hari raya sudah mula terasa.

Kemudian jemaah bergotong royong membersihkan surau untuk mendapatkan lebih ruang untuk sesi sembahyang raya pada pagi ini.

Antara jemaah yang tiba seawal 7 pagi.

Seawal jam 7.00 pagi jemaah sudah mula memenuhi ruang surau dengan pakaian tradisi masing-masing. Pak Arab dengan jubahnya, anak melayu segak dengan berbaju melayu, bersampin dan bersongkok. Ramai juga yang berpakaian moden dan santai. Masing-masing dengan kamera untuk merakamkan saat-saat beraya di perantauan, termasuklah saya.

Pelajar-pelajar Malaysia di University of Auckland. Dari kiri Syed, Azri, Ridhwan, Saya dan Zulfadli.

Sembahyang raya bermula pada jam 8.00 pagi dan ramai juga yang mengambil kesempatan akhir untuk membayar zakat fitrah. Khutbah hari raya pula disampaikan dalam Bahasa Arab dan English.

Sheikh Arfad (entahlah betul atau pun tidak ejaan nama dia) ... Imam yang dihormati di sini. Aktif menganjurkan pelbagai aktiviti untuk umat Islam di Auckland ni.


Selesai saja khutbah hari raya, bermulalah sesi berhari raya sesama rakan taulan. Saling bermaaf-maafan dan berpelukan demi mengeratkan lagi silaturrahim. Terdapat dua versi juga …. Orang Malaysia dan Pak Arab. Sesi bergambar diteruskan dan pada saat ini sesungguhnya perasaan ‘berhari raya’ itu amat dirasai.
Sesi bermaafan
Sesi bergambar
Antara Pak Arab yang hadir
Sebahagian dari pelajar-pelajar Malaysia di Auckland. Kebanyakannya belajar di Univeristy of Auckland dan AUT.


Tepat jam 9.15 pagi saya terpaksa beredar ke pejabat untuk bertugas seperti biasa. Thanks Peter kerana memberi keizinan untuk masuk lewat hari ini.

Sampai sahaja di pejabat, Caroline telah bersiap sedia dengan dua biji cheese cake yang dibeli oleh rakan-rakan ‘pejabat lama’ yang ingin meraikan hari raya bersama-sama saya. Saya sungguh terharu di atas ingatan mereka. Caroline juga tahu yang saya ni hantu ‘cheese cake’. Inilah juadah pertama saya untuk hari raya ini menggantikan ketupat rendang seperti selalunya.



Passionfruit Cheese Cake dan Jamaican Choc Baked Cheese Cake

Dari kiri Danielle - Customer Service, David-Accountant, Caroline - Recruitmnet Advisor, Saya dan Chan our payroll Manager.


Bersama Angela dan Rob ... mereka berdua ni kalau bercakap susah nak berhenti.

Craig yang selalu bagi Salam walaupun bukan Muslim. Assalamualaikum dia perfect sekali.

Kemudian saya belanja Nikki dan Caroline di Seirra Café untuk makan tengahari. Makan Chicken Teriyaki Noodles yang amatlah tidak sedapnya. Walaupun masing-masing sibuk dengan jadual kerja yang padat tetapi masih sudi untuk menemani saya di hari raya ini. Bertuahnya saya.

Petang raya saya pergi meeting ke Manukau City. Dari sana kembali ke rumah dengan perut yang amat lapar. Masa inilah teringin yang amat sangat nak makan rendang dan tak ada student Malaysia pun yang jemput ke rumah ... kesian kan ... he he he. Cari Brahim punya Instant rendang pun tak jumpa ... maka saya pergi ke Angie's Kitchen di sebelah rumah untuk makan Nasi Lemak dengan Rendang Ayam.




Selesai makan baru baca sms dari Halim sebab handphone habis bateri (gambar di atas). Halim menjemput saya beraya di rumah dia di tingkat 11 ... rugi makan nasi lemak tadi.Nasib baik Halim tidak menjamu rendang ... ha ha ha.Disebabkan masa tu dah nak maghrib, maka saya hanya sempat berada di rumah dia selama 10 minit jer.

Malam hari raya pertama dah tak tahu nak buat apa ... masa ni baru terasa 'tension' nya ... he he he dan apa lagi ... tidur lah jawabnya sebab tension tak dapat beraya. He he he

Kesimpulannya … memang ‘not bad at all’ (cuma malam jer yang tak best). Beberapa agenda telahpun berada di dalam jadual untuk hujung minggu ini dan Isnin depan saya akan mengadakan rumah terbuka … tunggu ceritanya di posting akan datang.

Selamat menikmati kemeriahan hari raya kawan-kawan : ) Terima kasih Azman dan Kamal kerana sudi talipon dari jauh untuk menceriakan hari raya saya. Terima kasih Caroline … walaupun dia tidak membaca blog ini. Terima kasih kepada kawan yang sudi sms, email, ucapan melalui blog dan facebook di atas tanda ingatan dan ucapan Selamat Hari Raya.

Terima Kasih Tuhan di atas segala ‘rezeki’ yang dikurniakan ini. Alhamdulillah

Hari ini ... 2 October. Bertugas macam biasa. Saya dah tak fikir lagi pasal raya sebab kena fokus pada kerja. Bukan boleh dilayan sangat ... ha ha ha

Ahau - Dee

Tuesday, September 30, 2008

Pengganti Diri Di Aidil Fitri

Setiap kali tibanya Hari Lebaran saya selalunya akan sibuk untuk memastikan ikatan silaturrahim terjalin erat sesama sanak saudara dan rakan taulan. Sayalah 'master mind' untuk merangka perjalanan, rumah siapa yang nak pergi dan bila. Bak kata orang, raya setahun sekali dan inilah masa yang terbaik untuk 'tiba-tiba' berada di depan rumah sanak saudara dan sahabai handai tanpa diundang sebab alasannya ... datang beraya.

Biasanya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Utara ...sehinggalah ke Padang Besar akan diserikan dengan lagu-lagu raya. Bagai ada yang tak kena jika tiada lagu-lagu raya menemani di sepanjang perjalanan. Lagipun tugas saya ialah memandu, memandu dan memandu. Adakalanya mileage kereta mencecah 3,000 km di musim raya sahaja. Lebih-lebih lagi bila yang lain akan tidur dengan enaknnya ... maka lagu-lagu rayalah menjadi teman.

Tahun ini keluarga hanya meraikan Hari Raya di Kuala Lumpur tanpa pemandu setianya. Maka saya telah meminta jasa baik Wiz untuk membuat penghantaran istimewa kepada keluarga, jiran tetangga dan sahabat karib sebagai pengganti diri di Aidil Fitri.

Di harap semuanya bergembira di hari raya dengan kek coklat dan cookies yang ditempah khas dari Wiz. Terima kasih Wiz ... memang sentuhan anda selalunya istimewa.


Gambar ini telah di 'curi' dari blog Wiz ... Minta ampun, minta maaf Wiz sebab ambil tanpa izin . Memandangkan hari raya, saya pun beranikan diri mencurinya sebab lepas ni boleh minta maaf balik ... he he he. Maaf Zahir Batin. Pasti anda maafkan saya kan : )

Ahau - Dee

Monday, September 29, 2008

Jalan-Jalan Ahau Dee - Auckland Harbour Cruise



Gambar ini saya ambil semalam di bandar Auckland.
Tidak ada kena mengena dengan posting kali ini tetapi saya suka : )

**********
Di dalam kesibukan rakan-rakan di Malaysia menyambut hari raya, saya pula sudah memulakan misi untuk menjelajah New Zealand supaya peluang yang ada di depan mata ini tidak disia-siakan begitu saja.

Oh ya! Ahau Dee akan menggunakan ganti diri ‘saya’ untuk menggantikan perkataan ‘aku’ yang telah digunakan sejak mula. Tiada sebarang alasan sebenarnya. Sekadar inginkan perubahan.

Sejak 6 bulan yang lalu, saya hanya berkesempatan melawat beberapa tempat sahaja. Rotorua, Devonport, Waitakere,Piha dan pastinya Auckland City. Sesungguhnya, amatlah tidak memuaskan.

Sebagai permulaan, pada 25 – 27 October ini saya akan ke Mt Ruapehu untuk bermain ski dan melihat salji buat pertama kalinya. Kebetulan 27 October adalah Hari Buruh New Zealand maka bolehlah panjang langkah sikit.

Semalam saya menaiki Auckland Harbour Cruise yang telah terpilih sebagai ‘one of Auckland’s ten best days out’ oleh tourist information centre. Berikut adalah petikan dari internet dan gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Whether it is the height of summer or a crisp winter's day, Auckland's sparkling Waitemata Harbour is a thing of beauty.We head out first towards Devonport Naval Base, travel past Devonport township and North Head, and then cruise toward iconic Rangitoto Island past the historic Bean Rock lighthouse. Twice under the Auckland Harbour Bridge and then on into Westhaven Marina for a glimpse of super yachts and the bustling viaduct.


Ferry Building

Bean Rock Lighthouse

Westhaven Marina

Harbour Bridge yang siap dibina pada tahun 1959.

Ahau - Dee

Friday, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan yang sudi berkunjung ke laman Ahau-Dee ini.

Semoga Hari Lebaran yang mendatang ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada kita semua dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Dikesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, tersalah laku dan terusik rasa. Semoga jalinan persahabatan yang sedia ada ini akan terus berkekalan sampai ke akhir hayat.

Kepada kawan-kawan yang baru saja berkunjung ke laman ini, Salam Persahabatan dari saya - Ahau Dee.



Ahau - Dee