Monday, October 6, 2008

The celebration continues ... 4. Nasi Dagang

Selepas tak dapat merasa nasi dagang pada hari raya pertama hari tu, Halim menganjurkan sekali lagi rumah terbuka dengan menu istimewa dia ... Nasi Dagang. Maka itu adalah destinasi terakhir semalam.
Bersama tetamu yang 'terlepas' nasi dagang di hari raya pertama

Buat pertama kalinya saya terasa seperti berada di Malaysia. Apa lagi yang boleh diucapkan. Allhamdulillah ... bersyukur pada Tuhan.

Malam ni tiba giliran Rumah Terbuka Ahau - Dee yang sudah meningkat kepada 16 orang tetamu.

Ahau - Dee

The celebration continues ... 3. UMNO

Berpakaian raya dan menaiki bus beramai-ramai untuk beraya di Auckland adalah sesuatu yang menarik. Selepas BECA, kami menuju ke Gowing Drive untuk menghadiri Rumah Terbuka bekas pelajar yang juga bekas pemimpin Umno - University of Auckland yang kini menetap dan bekerja di sini.


Cuaca sejuk dan permandangan hijau memberi kelainan rumah terbuka kali ini
Yang terhangat di pasaran ... saya hanya dapat seketul ayam yang kecil saja ... Alhamdulillah : )
Bersama tetamu yang hadir
Bersama Ridhwan, bapa mentua tuan rumah, Timothy Hannah (bekas duta New Zealand di Malaysia) dan tuan punya rumah ... Jaziri Suffian.


Destinasi seterusnya ... Nasi Dagang.
Ahau - Dee

The celebration continues ... 2.BECA

BECA Open House yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar lelaki memulakan sesi beraya semalam. Diadakan di Forte yang terletak berhampiran apartment saya, majlis kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan ayat suci Al-Quran, deklamasi sajak dan juga games. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.
BECA = Belia Cergas Auckland.


Semua sajian disediakan oleh para pelajar lelaki ... not bad especially desserts.

Ruang barbeque yang luas menjadikan tempat ini sesuai untuk mengadakan majlis.
Adegan di pagi raya ...
Bersama bakal Dr.Azri ...
Adegan biasa - bergambar beramai-ramai.
Seterusnya kami bergerak pulak ke Gowing Drive, Meadowbank, Auckland untuk satu lagi sesi rumah terbuka ... next posting.
Ahau - Dee

The celebration continues ... 1.The Landings

Meriah! Itulah rumusan terbaik untuk menggambarkan majlis rumah terbuka yang saya hadiri disepanjang ‘weekend’ yang lalu. Berada bersama-sama anak-anak Malaysia yang jauh lebih muda dari saya menjadikan ianya satu pengalaman yang menarik walaupun adakalanya terasa janggal.

‘The Landings Open House’ membuka tirai dengan tetamu bertali arus mengikut tempoh waktu yang ditetapkan supaya majlis tidak menjadi sesak. Hanya saya sahaja yang berada di situ sehingga melebihi waktu yang ditetapkan ... kerana saya 'istimewa' ... di luar had umur ... ha ha ha


Hidangan yang disajikan ... dan juga rendang yang telah hancur dagingnya ... agaknya ramai sangat yang 'mengacau' tempoh hari ... he he he





Di antara tuan rumah yang bekerja keras untuk meraikan tetamu


Zhariq menyediakan desserts istimewa dia ... sedap : )





Antara tetamu yang hadir ... makan, makan & makan.


Bersama Rusydi - ketua masak, ketua ambil gambar dan ketua 'bitches' ... ops! ... ha ha ha

Shidy (Rush Murad), kalau ko baca posting ini, Rusydi ni macam ko punya kembar daa ... the whole package. Bila tengok dia 'aku' teringat kat ko ... ha ha ha




Akhir sekali, inilah group yang dilabelkan sebagai 'bitches' tapi saya rasa ke'bitches'an mereka masih tak sampai international standard ... ha ha ha. Mereka belum tengok ke'bitches'an Ahau-Dee lagi ... ha ha ha.


Next posting ... BECA Open house pulak.


Ahau - Dee

Friday, October 3, 2008

Sibuk dan Menyibuk ...


My nephew - Fikhri, tukang hantar invitation.

Semalam saya menyibukkan diri untuk bersama-sama dengan my nephew dan kawan-kawan beliau yang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka esok. Saya kagum melihat semangat pelajar-pelajar Malaysia yang berganding bahu untuk memeriahkan suasana hari raya demi mengeratkan lagi silaturrahim.


Zhariq - my nephew's flatmate - guests list controller

11 pelajar bersatu untuk menjadi 'host' rumah terbuka ini dengan jemputan seramai 140 orang sehingga terpaksa di bahagikan kepada 3 sesi mengikut tahap umur supaya tidak terasa janggal. Kebanyakkan tetamu adalah pelajar-pelajar University of Auckland (junior dan senior), Post Graduates dan juga warga Malaysia yang menetap di sini. Dan saya akan menghadiri sesi yang dikhaskan untuk 'Bitchy' (yang muda belia & hapPENING) sebab perasan muda ... he he he.


Syamim - my nephew's flatmate, the cameraman dan dibelakang tu Ketua Chef, Rusydi

Semalam juga saya berkesempatan untuk mengenali rakan-rakan Fikhri yang lain seperti Rusydi, Acap & Dino dan menjadikan tetamu 'Rumah-Terbuka Ahau-Dee' menjadi 11 orang.

Saya pulang jam 3.30 pagi dan hanya sempat tidur 2 jam sahaja. Apa yang saya buat di dalam kesibukan itu?

1. Talipon sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia sehingga 2 jam.

2. Sibuk melihat mereka sibuk sambil mendengar lagu raya

3. Sibuk dengan facebook dan membaca blog

4. Berposing semasa sesi mengambil gambar ketika memasak rendang seolah-olah saya salah seorang tukang masak.

5. Sibuk merasa rendang sedap ataupun tidak

Huh! Sibuk kan saya? He he he. Ops! Mulai semalam jugak they will stop calling me 'Uncle' dan digantikan dengan 'Bro' ... wa caya lu lah : )


Ini gambar yang dicuri dari facebook Rusydi sebab saya ada dalam tu dan camera saya tak ada... he he he... sejak dua menjak ni, saya selalu menjadi penjenayah cyber ... curi gambar orang tak minta izin. Thanks Rusydi.

Ahau - Dee