Sunday, November 9, 2008

Shopping Ahau-Dee : Part 2

Misi utama minggu ini telah selesai. Huh! Lega rasanya. Seperti selalu, walaupun cuba survey harga dulu tapi selepas beli pasti berjumpa dengan kedai yang lebih murah. Arghhh !!! Dah bukan rezeki nak buat macam mana kan?

Seperti biasa juga, tersasar dari budget yang ditetapkan. Memang kena cari isteri Accountant gamaknya ... ha ha ha. Tapi yang penting happy. Jom tengok barang-barang yang dibeli. Yang pasti ramai yang akan jadi boria nanti sebab pakai barang yang sama ... ha ha ha.
Sebelum pack dalam kotak, ambil gambar dulu ... he he he
All Blacks Neck Strap untuk nephews
10 helai T'shirt New Zealand yang dibeli dari kedai All Blacks ... semua sepesen ... senang cerita ... ha ha ha

Gelang tangan untuk anak saudara perempuan dan pasti kakak-kakak pun pasti nak jugak. Jadi beli lebih sikit. Semua dibuat dari Paua Shell.
Polo T'Shirt All Blacks untuk Cousins
All Blacks Shoe Bag untuk nephews
Royal Jelly untuk cousin & aunty
Antara Fridge Magnet dan Book Mark untuk kawan-kawan
New Zealand Desk Calendar untuk kawan-kawan ...so, you guys dah tahu barang apa yang dapat nanti .. he he he. Beli 50 pcs ... rasanya cukup kut. Siapa cepat dia dapat. Memang praktikal dan sampai 16 bulan. Lepas tu boleh simpan buat kenangan sebab di dalam CD case.
5 batang pen yang dibuat dari Paua Shell dan pokok Kauri ... untuk cousin & best friends

All Blacks Back Pack untuk Muzani, Irfan dan Hazim.
Yang comel ni untuk niece dan kawan-kawan yang comel ... he he he ... you know who you are : )
20 kerongsang yang berasaskan Paua Shell untuk kakak-kakak, kakak ipar dan cousins.
Ray Ban ni untuk abang, abang ipar & best friend.

Untuk niece dan jugak awex-awex ... huh! berapa ramai awex daa ... Ada 5 kambing biri-biri tu : )
21 kotak Paua Shell untuk keluarga dan jiran-jiran.
Buku gambar-gambar menarik di New Zealand untuk kaum kerabat dan Monopoly untuk Muzani.
Hasrat nak beli chocolate dibatalkan sebab berat. Selepas di timbang, semua barang-barang di atas dah lebih 20kg. Maka alasan yang baik untuk stop dari shopping ... he he he
Ahau - Dee
Note : Thanks to Odie sebab bagi idea beli barang-barang yang dibuat dari Paua Shell tu.

Shopping Ahau-Dee - Part 1

Minggu ini dikhaskan untuk shopping, shopping dan shopping walaupun shopping bukanlah sesuatu yang diminati kerana tidak pandai memilih dan membeli. Ya ... sukar untuk membuat pilihan kerana selalu mahukan yang terbaik dan lain daripada yang lain atau yang istimewa.

Ditemani Fikhri, seawal 10 pagi sudah berada di Queen Street dan destinasi pertama ialah kedai All Blacks ... sesuatu yang dapat dikaitkan dengan New Zealand.

Lebih kurang 45 minit memilih, cenderamata untuk sanak saudara lelaki telah siap di beli. Hmm ... memang senang nak beli barang untuk orang lelaki sebab tahu apa yang sesuai.

Kemudian pergi ke Whitcoulls ... salah satu rangkaian kedai buku yang besar di New Zealand ni untuk membeli cenderamata buat jiran-jiran dan rakan-rakan. Selesai satu masalah sebab dah jumpa satu barang yang amat sesuai dibuat cenderamata ... ringan dan unik serta nampak ianya dari New Zealand.

Senang cerita ... semua orang akan dapat benda yang sama ... he he he sampai cashier tu pun terkejut kenapa beli sampai 50 keping ... ha ha ha

Kemudian beli buku mengenai New Zealand dan Monopoly untuk Muzani.

Seterusnya sambung shopping di beberapa kedai dan beli lagi beberapa barang yang dirasakan sesuai.

Bila sampai masa untuk beli barang-barang buat sanak saudara perempuan, jadi buntu. Fikhri pun tak tahu apa nak beli. Setelah keluar masuk beberapa kedai akhirnya give-up! Penat dan terpaksa buat keputusan untuk keluar lagi esok sebab dah penat.

Tak mudah rupanya nak beli barang2 untuk orang perempuan ni.

Petang itu pulak, pergi ke Chocolate Boutique di Parnell yang terkenal tu. Ajak Zhariq, Syamim, Fikhri dan Dino sekali. Segala-galanya chocolate ... sedap tapi rasa muak lah pulak. Mungkin pertama dan terakhir ... tak pergi dah kut selepas ni... he he he


Au Chocolate
Chocolate Waffles
Death of Chocolate
Yang ni tak ingat nama dia ... he he he

Cheese Cake
Sebab dah muak dengan chocolate ... terpaksa order fruity ni ... tu pun, dia bagi gak chocolate satu ... he he he
Ahau-Dee



Thursday, November 6, 2008

Leadership Fundamentals Training - 1st Batch

Gara-gara terlalu sibuk berjalan setiap minggu, terus terlupa untuk transfer duit ke Malaysia … tak ingat langsung. Nasib baik Niza tolong ingatkan. Thanks Niza. Family pun hairan kenapa lambat dapat duit … sepatutnya 27hb duit dah masuk … ha ha ha… teruk kan? Sign of aging!
Pada masa yang sama sibuk dengan persiapan untuk conduct Leadership Fundamentals Training yang asyik tertangguh sehinggalah ianya menjadi kenyataan hari ini di City Nissan, Takapuna.

Walaupun jumlah peserta tidak ramai tapi sekurang-kurangnya the first batch dapat dilaksanakan. Batch kedua pada minggu depan dan seterusnya 2 lagi sesi dijadualkan untuk Hino Distributors Limited di Palmerston North dan satu lagi di Mt.Wellington awal December nanti.

Seperti biasa, last minutes syndrome masih menebal dalam diri. Last minutes baru nak buat persiapan dan disaat akhir barulah dapat macam-macam idea untuk menjadikan training lebih menarik. Bilakah akan berubah agaknya. Huh!

Nasib baik segalanya berjalan dengan lancar dan mendapat evaluation yang amat baik. Semua peserta happy dengan konsep training yang fun dan gila-gila ... he he he. Bukan mudah nak dapat review yang baik dari Mat Salleh ni. Alhamdulillah. Mungkin bernasib baik kali ini … ha ha ha.

Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan.
Para peserta sedang menonton DVD 'The Front of The Class'.
Refreshment yang disediakan khas untuk facilitator ... halal punya ... he he he
'Role play' in progress
Innovation games ... supaya peserta tak tido : )
Salah seorang peserta, Brad menerima sijil di penghujung training yang ditandatangan oleh Managing Director, Pat McKenna.

Peserta diajar cara-cara dan teknik yang betul untuk senyum ... ha ha ha
Senyum jangan tak senyum : )
Ahau - Dee

Tuesday, November 4, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Northland

Pelawaan Rod Cunningham, Marketing Manager dari Sime Darby Automobiles NZ Ltd (Peugeot Importer) untuk ‘test drive’ model terbaru Peugeot 308 AT tidak dapat ditolak untuk melengkapkan misi jelajah New Zealand. Tidak payah sewa kereta dan minyak pulak diisi dengan penuh … rezeki beb!

Bertemankan ‘kawan-kawan facebook’ yang merupakan Raja Fotografi (ditengah) , Raja Lompat@Raja Karaoke, Raja Selamba & Lawak dan Raja Cool & Macho (berkacamata hitam tu) benar-benar memeriahkan perjalanan ke Northland pada weekend yang lalu.

Menaiki cruise untuk melihat pulau-pulau di Bay of Islands, bertemu dengan Dolphin, melalui ‘Hole in The Rock’, berada di Cape Reinga, menyusuri the Ninety Miles Beach yang terbentang luas benar-benar menakjubkan.

Seterusnya, biarlah gambar-gambar yang dirakamkan dari lensa kamera Raja Fotografi untuk bercerita. Enjoy the view : )

Bersama Raja Selamba & Lawak ... berlatarbelakangkan the famous 'Hole in The Rock'. Beliau tak banyak bercakap tetapi sekali bercakap boleh buatkan kita ketawa terbahak-bahak dan nadanya begitu selamba ... ha ha ha

Pose melompat adalah wajib bagi anak-anak muda ini ... siapa Raja Lompat?

Tu dia Raja Lompat dengan satu lagi pose hebat.

Kononnya kami bertuah kalau Dolphin muncul padahal memang tiap-tiap hari ada pun.
Black Rocks
Ruang tamu & dapur Admiral Lodge di Paihia.

Bilik yang dikhaskan untuk Raja-Raja.

Dan ini bilik Raja yang perasan muda ... ha ha ha

Berbasikal di Paihia ... dah bertahun tak naik basikal ... best !
Bersama the new Peugeot 308 AT

Raja Lompat in Action .. Jet Li pun kalah.
Berikut adalah gambar-gambar di Cape Reinga yang terkenal dengan Lighthouse serta dapat melihat bagaimana Tasman Sea & Pacific Ocean tidak bercampur dan hanya ombak saja yang bertemu. Besarnya kuasa Tuhan.
Selain itu cerita menarik mengenai kepercayaan Maori yang berkaitan dengan Cape Reinga :-

On death, the Māori believe that the spirit travels to the Pohutukawa tree which sits on the very tip of Cape Reinga, at the top of the North Island - as far as man may go in New Zealand. The spirit then slides down a root of the Pohutukawa, to the sea below. The spirit emerges onto Ohaua, which is the highest tip of the Three Kings Islands, for a final farewell before rejoining the ancestors.
Bangga menjadi anak Malaysia.
Di sinilah kami menghabiskan masa hampir 2 jam ... ber 'picnic' dan sambil dihiburkan oleh Raja Lompat @ Karaoke dan Raja Fotografi
Berkat tunjuk ajar Raja Lompat dan kuncu-kuncunya ... dapat jugak merealisasikan aksi Lompat di Cape Reinga.

Ninety Miles Beach ...
Petikan dari sebuah filem yang tidak mendapat pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Terima kasih kepada semua Raja-Raja yang sanggup luangkan masa untuk berjalan-jalan dengan Ahau-Dee. Ada rezeki kita berjalan lagi okay : )
Ahau - Dee

Monday, November 3, 2008

Cukuplah dulu ...


Sekarang ni kena duduk diam-diam. Sejak 8 minggu lalu, setiap minggu ada saja aktiviti. Dengan rumah terbuka, jalan-jalan cari makan dan meneroka New Zealand. Meriah sungguh hidup rasanya. Alhamdulillah.

Baru saja balik dari cuti -cuti hujung minggu dengan Odie, Romper, Acap dan Matyer. Canggih-canggih nama mereka. Orang-orangnya lagi hebat ... he he he. Pergi ke Northland - Paihia, Bay of Islands, Cape Reinga dan Ninety Miles Beach. Banyak gambar-gambar menarik yang hendak dikongsi tetapi semuanya dengan Odie ... esok lusa baru boleh letak di blog ini.

Memang best ... tapi satu jer yang tak best. Bila dah berada dengan kawan-kawan, selera pun bertambah dan sudahnya berat badan pun naik balik ... macam mana tu? Ada lagi 39 hari nak balik Malaysia. Kalau tak capai target kan malu dengan diri sendiri? Sempat tak?

Tapi macam mana nak duduk diam-diam lepas ni sebab dah nak mula bershopping untuk beli souvenier buat keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan-kawan. Sibuk lagilah nampaknya selepas ni.

Ada sesiapa nak ikut shopping? Jom.

Ahau-Dee