Thursday, September 10, 2009

Sajak dari Seorang Sahabat


Muzik akan berhenti sebentar lagi..
Tirai akan dilabuhkan..
Lakonan ku akan terhenti di bumi Kiwi..

Ku renung sejenak...
Masa berlalu begitu pantas...
Ku imbas kembali.
Pahit, manis, masam,kelat dan pedas telah kurasa di bumi bertuah ini.

Igauan ku berdepan dengan Mat dan Minah sallleh telah ku hadapai dengan jayanya.
Persis bak itek di air
Ku renangi tanpa banyak rintangan
Aku berjaya sebagai anak Melayu Dari kampung

Ku hitung hari
Untuk kembali ke pangkuan keluarga dan tersayang
Wajah-wajah yang ku rindui...
Perempuan-perempuan yang selalu mengilai tawa bak di rasuk hantu
Rambut berterbangan
Akan ku temui... (you know who you are... ha ha ha)

Ku syukuri lagi
Peluang yg diberi
Jelajah seluruh negeri
Walau seorang diri tanpa ditemani
Akan ku lalui buat ke sekian kali

Hari raya nanti
Glazier dah menanti
Makan burger raya ni?
Nasib badan ku ini...

Ku pasrah lagi..
Akan ku sematkan dalam hati
Tak akan makan banyak lagi
Bila balik malaysia nanti
Bukan senang nak sampai ke tahap ini
Hanya tuan badan yang mengerti

Muzik telah terhenti..
Lakonan ku akan ku sambung lagi
Di tanah air nanti
Dipentas yg besar lagi..

p/s : Sajak ini ditulis oleh my friend dan juga sifu yang baru lepas bertekak dengan boss dia. Rasa kelakar bila dia ingat Ahau-Dee walapun stress selepas bertekak dengan boss ... ha ha ha. Terharu sungguh. Terima Kasih Zul. Ni ha, Ahau-Dee hadiahkan pada Zul, dua ekor anak kambing biri-biri untuk kita korbankan nanti. You really made my day semalam : )


Kembara Ahau-Dee

Monday, September 7, 2009

Mission Accomplished!

‘Mission Impossible 2009 Ahau-Dee : To reduce 10kg in 100 days’ berjaya juga akhirnya. Ianya memakan masa selama 84 hari sahaja. Huh!! Lega rasanya (sambil mengesat peluh di dahi ).

As of today, 7 September 2009 berat badan Ahau-Dee ialah 74.6kg. Yes!!! Ahau-Dee tidak GEMUK lagi. Secara keseluruhannya, Ahau-Dee berjaya menghilangkan 32kg dalam masa hampir 18 bulan di New Zealand. Caranya, hanya dengan mengubah gaya hidup dan juga pemakanan. Prosesnya memang perlahan dan begitu menyeksakan. (Hanya orang yang besar sahaja tahu betapa peritnya nak kurus). Tiada magic ataupun jalan pintas. Bak kata omputih, ‘No Pain No Gain’.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan mereka yang mengambil bahagian di dalam survey Ahau-Dee. Ternyata dengan cara meletakkan cabaran ini di dalam blog telah memaksa Ahau-Dee bekerja keras untuk mencapai target. Kalau tidak malu beb !!!

Cabaran seterusnya ialah untuk ‘maintain’ berat badan ideal ini terutama bila dah berada di Malaysia. Kalau di New Zealand, cabarannya ialah Cheese, Chocolate, Ice Cream, Cookies, Muffin, etc dan di Malaysia pula dengan Nasi Lemak, Mee Kari, Roti Canai, Murtabak, etc. Ahau-Dee akan pastikan bahawa Ahau-Dee tidak akan gemuk lagi. Cukuplah sekali melalui proses ini. Serik!!!

Oklah, mari kita lihat Iklan Kurus Ahau-Dee :-

SEBELUM

Tarikh : 29 March 2008
Lokasi : Rotorua, New Zealand.
Weight : 107 kg

SELEPAS

Tarikh : 7 September 2009
Lokasi : Quest On Mount Apartment, Auckland.
Weight : 74.6kg

Kalau ada sesiapa yang mahukan Ahau-Dee menjadi coach untuk kuruskan badan, dipersilakan. Hubungi Ahau-Dee di lelaki72@gmail.com . Ahau-Dee sudah bersedia untuk berkongsi tips dan teknik yang berkesan tetapi dengan syarat - tiada jalan pintas dan kena serius.

Oh ya! 4hb September baru-baru ini ialah Birthday my son, Ahmad Muzani dan beliau juga akan mengambil peperiksaan UPSR esok. Sekali lagi Ahau-Dee bekerjasama dengan Wiz yang creative dan sentiasa memahami kehendak customer. Ahau-Dee telah menghantar Birthday Cup Cakes dan juga Best Wishes for his exam. All the Best Muzani & Happy Birthday !!!
Terima kasih Wiz : )

Sebagai warm-up untuk my South Island Trip, Ahau-Dee telah pergi ke Tauranga pada hari Sabtu yang lalu. Tidur semalam di sana. Huh! Teruk jugak berjalan di bulan puasa ni. Dahlah banyak berjalan, banyak betul dugaan especially masa lunch dan bila lalu di depan cafe.

Ada banyak gambar menarik yang ingin di kongsi bersama kerana cuaca amatlah baik. Ahau-Dee juga mendaki Mt.Maunganui (gempak jer mat salleh ni, bukan gunung - macam bukit jer ... tapi teruk jugaklah nak sampai ke puncak. Lebih-lebih lagi sedang berpuasa).

Ini dia salah satu gambar yang Ahau-Dee ambil ketika menuju ke puncak Mt.Maunganui. Kalau ada masa, next posting Ahau-Dee akan letakkan lebih banyak gambar.

Kembara Ahau-Dee

Thursday, September 3, 2009

The Finale : Jalan-Jalan Ahau-Dee Di New Zealand (South Island Trip) - updated!!

Bak kata omputih ‘save the best for last’, akhirnya baru Ahau-Dee finalised my South Island Trip yang ditunggu-tunggu sekian lama. Budak kampung ni begitu excited dengan adventure kali ini sebab selain ianya di bulan Ramadhan / Syawal, ini juga merupakan kali pertama untuk Ahau-Dee bercuti cara ‘Backpackers’. Siap beli backpack baru lagi. Ahau-Dee bercuti sorang-sorang dan tidak mengikut sebarang tour group yang berlambak di New Zealand ni. Just go with the flow kononnya.

Untuk transportation utama, Ahau-Dee naik bas sahaja. Senang cerita sebab malas nak drive … lagipun bila memandu susah nak tengok persekitaran sebab kena focus pada jalan. Di New Zealand ada perkhidmatan ‘InterCity Flexi-Pass’ di mana kita beli ‘total hours’ untuk travelling dan dia akan deduct setiap hours yang kita gunakan. Untuk 50 jam perjalanan, harganya $515 dan kelebihan flexi-pass ini ialah kita bebas untuk plan our itinerary tanpa terikat dengan route yang standard. Kalau tak cukup, boleh top-up … macam pre-paid tu.

Ok. Jom tengok perjalanan yang akan Ahau-Dee lalui nanti – insyaallah :
Destinasi 1 : Wellington
Dari Auckland ke Wellington (12 Sept), Ahau-Dee akan menaiki The Overlander Train yang terkenal dengan permandangan memukau di sepanjang perjalanan. Tahun lalu masa nak ke Mt.Ruapehu, train ni rosak di tengah jalan. Harap-harap kali ni tak ada masalah. Perjalanan memakan masa 12 jam dari 7 pagi sampai 7 malam. Fyi, train ni tak termasuk flexi-pass. Harga dia $69

(13 Sept) Full day in Wellington

Destinasi 2
(14 Sept) Bertolak ke Picton dengan InterIslander Ferry (yg ni tolak flexi-pass) dan dari Picton terus ke Kaikoura - tidur di sana satu malam.

(15 Sept) Kaikoura ni terkenal dengan pelayaran untuk melihat ikan paus. Dari 10 am sampai 1.15 pm. Harga dia $140. Kalau cuaca buruk, dia akan refund duit tu balik. Kalau tak jumpa ikan paus, dia akan refund 80%. Glamour ikan paus tu kan? Habis saja whale watch, terus bertolak ke Christchurch.

Destinasi 3
(16 Sept) Full day in Christchurch

Destinasi 4
(17 Sept) Day trip ke Hanmer Springs yang terkenal dengan Hanmer Springs Thermal Pools and Spa. Ahau-Dee ni memang kaki spa … mesti kena pergi. Kemudian balik semula ke Christchurch. Day trip ni kena bayar $72 saja.

Destinasi 5
(18 Sept) Dari Christchurch Ahau-Dee akan ke West Coast (Greymouth) dengan Tranz Scenic Train yang amatlah popular di New Zealand. Semua orang kata mesti naik maka Ahau-Dee pun tak akan lepaskan peluang ni. Harga tiket $75. Bermalam di Greymouth dan akan berada di sana sampai tengahari on the next day.

Destinasi 6
(19 Sept) Dari Greymouth terus ke Franz Josef dan akan sampai pukul 5 pm. Dah tak boleh nak buat apa dah. Sebab aktiviti utamanya ialah Glacier Adventure.

(20 Sept) The Big Day – Hari Raya Aidil Fitri ( kalau raya jatuh pada hari ni lah). Ahau-Dee dah beli pass untuk Full Day Glacier Adventure. Harganya $150. Pastinya satu pengalaman yang menarik sebab sambut raya di sana.

Destinasi 7
(21 Sept) Bertolak ke Wanaka yang terkenal dengan keindahan tasiknya. Sampai sahaja di Wanaka terus buat Sky Diving pada ketinggian 12,000 feet. Campur dengan DVD dan photo, total cost dia ialah $484. Kalau 15,000 feet kena tambah lagi $100 ... huh! Tak cukup duit daa. Bermalam di sana dan esoknya Ahau-Dee akan berada di Wanaka sampai pukul 2 pm sebelum bertolak ke Queenstown.

Destinasi 8
(22 Sept) Bertolak ke Queenstown

(23 Sept) Full day in Queenstown.

Destinasi 9
(24 Sept) Day trip ke Alexandra, sebuah pecan kecil yang dikatakan mempunyai suhu yang paling extreme di New Zealand. Ahau-Dee plan nak buat horse riding kat sini tapi bergantung pada masa dan keadaan. Kemudian balik semula ke Queenstown

Destinasi 10
(25 Sept) Dari Queenstown bertolak ke Milford Sound. Di sana Ahau-Dee sudah beli pass untuk Overnight Cruises berharga $154 termasuk dinner sekali.

Destinasi 11
(26 Sept) Bertolak ke Te Anau dan bermalam di sana. Orang kata Te Anau ni macam pekan cowboy jer … dan tempat ini selalu termasuk dalam list tour group.

Destinasi 12
(27 Sept) Dari Te Anau terus ke Dunedin. Bermalam di sana satu malam. Tak banyak masa di Dunedin. Just nak tengok bandar dia macam mana. Hari tu hanya sampai ke Mosgiel saja.

Destinasi 13
(28 Sept) Dari Dunedin terus ke Christchurch untuk last minute shopping. Souvenirs untuk diri sendiri pun tak beli lagi. Ahau-Dee ada beberapa jam untuk shopping sebelum balik ke Auckland dengan Air New Zealand ($119).

29 Sept – Satu hari di Auckland untuk buat apa yang patut. Ahau-Dee belum naik Skycity Tower lagi ni …so, mungkin buat pada hari tu kut.

30 Sept – Balik Kampung : )

Doakan semua perancangan Ahau-Dee berjalan dengan lancar dan trip ini pasti menjadi penutup yang istimewa untuk my secondment in New Zealand.

p/s : Untuk backpackers, harga dia dalam $25 - $29 satu malam. Tujuan Ahau-Dee letak harga supaya mudah untuk kawan-kawan yang nak plan ke New Zealand nanti. Senang untuk budget kan : )

Kembara Ahau-Dee.

Tuesday, September 1, 2009

Persiapan Akhir


Selamat Hari Kebangsaan kawan-kawan : )

Tinggal 2 minggu lagi untuk Ahau-Dee bekerja di Sime Darby Motor Group (NZ) Limited sebelum bercuti ke South Island selama 17 hari dan kemudiannya pulang ke tanahair pada 30 September.

Lagi dekat nak balik, lagi sibuk. Kerja di pejabat banyak yang belum siap, nak hantar ‘personal effects’ ke Malaysia (kena pack semula sebab tak boleh hantar honey – huh! tambah kerja lagi tu) dan Ahau-Dee baru saja finalised my holiday trip ke South Island. Yang menarik, kalau hari raya jatuh pada 20 Sept, maka Ahau-Dee akan berhari raya dengan ‘Full Day Glacier Adventures’ di Franz Josef. Best kan?

Apa pun, 17 hari memang tak cukup. Jadual cukup padat dan banyak masa dihabiskan di dalam bas. Ada beberapa tempat di Northland dan yang berdekatan di Auckland tidak sempat untuk dikunjungi sebab dah tak ada masa. Itu lah akibatnya selalu bertangguh dan last minute – nampaknya masih belum MERDEKA lagi dari tabiat buruk ni.

My weight loss programme pulak makin mencabar. Tinggal lagi 2 kg tapi rasanya macam lagi 20kg. Puasa seminggu pun tak turun-turun. Huh! Ada 22 hari saja untuk capai target. Kalau tidak Mission Impossible 2009 akan gagal. Dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Lemak ni begitu degil walaupun semua orang sudah tegur yang Ahau-Dee sudah kurus.
Dan pada hari Ahad yang lalu, Ahau-Dee berkesempatan berjumpa dengan kawan lama – Shirley ( tapi kini dia lebih selesa di panggil Mun Yee). Beliau baru sampai di Auckland dan Ahau-Dee berbuka puasa dengan Mun Yee dan kawannya Catherine (kalau tak silap … he he he). Dah hampir 5 tahun tak jumpa Mun Yee dan beliau masih comel seperti dulu.
Kalau tengok gambar di atas tak nampak macam berada di Auckland kan? Malam tu Ahau-Dee belanja Mun Yee dan kawannya makan Deep Fried Snapper & Mango Curry Chicken ... saja jer nak letakkan gambar kat bawah ni sebab bulan puasa ... terliur tak? Ha ha ha


All the Best Mun Yee! Have a great adventure in New Zealand.

Ahau Dee

Thursday, August 27, 2009

My First Farewell Gift


Gambar di atas ialah cenderamata daripada Katie yang kini bercuti di Europe selama 7 minggu. Terkejut jugak bila dia berikan hadiah ini sebelum pergi bercuti kerana katanya dia tak sempat nak jumpa Ahau-Dee bila dia kembali dari Europe. Katie merupakan salah seorang HR Manager di sini.

Pendant ini diperbuat daripada kayu Rimu dan juga Paua Shell. Rekabentuk ini dipanggil 'Matau' dalam bahasa Maori. Simbol ini membawa maksud 'Prosperity & Good Luck'.

Thanks Katie : )

Ahau-Dee