Sunday, October 19, 2008

The Facebook Buddies & 'B ...Nites'

Seperkara lagi mengenai ‘Ahau-Dee’ ini, saya suka menganjurkan majlis, meraikan tetamu dan juga meraikan apa jua ‘occasion’ yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim, menghargai ahli keluarga, orang-orang yang rapat dengan saya, berkenalan dengan kawan baru dan kesimpulannya, melakukan apa saja yang boleh membuatkan orang lain gembira. Bagi saya ianya satu kepuasan apabila melihat senyuman dan gelak tawa setiap orang yang hadir di dalam apa jua majlis yang saya anjurkan atau uruskan.

Memandangkan saya agak tidak berpuas hati dengan Rumah Terbuka Ahau-Dee di Mutiara Malaysian Restaurant baru-baru ini dan juga sebab tidak dapat meraikan lebih ramai kawan-kawan baru saya, maka semalam saya menganjurkan sekali lagi rumah terbuka yang lebih santai di studio apartment saya dan di namakan ‘The Facebook Buddies & ‘B … Nites’ … apa makna B tu? Mereka yang hadir pasti tahu.

Pada mulanya saya agak ragu untuk menganjurkan majlis ini kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukan seorang diri. Lagipun rumah saya kecil sahaja. Biasanya saya hanyalah ‘master mind’ dan untuk ‘operasi’nya, kakak-kakak saya akan menjadi mangsa … he he he. Maka untuk merealisasikannya, saya telah memilih menu yang paling simple dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Seramai 30 tetamu hadir dan menjadikan majlis begitu meriah . Kepada semua yang hadir, terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis dan semoga hubungan kita akan bertambah erat selepas ini. Friends are Forever : )

Starters :-

Nancho & Crackers di makan bersama Mackerel Ahau Dee, Sour Cream, Cheese, Cream Cheese dan Sweet Chilli dan bergantung pada creativity tetamu macam mana nak menikmatinya.It was fun.

Desserts :-

Mixed Muffins
Choc Cake Mud
Cadbury Tiramisu
Gold Kiwi
Grapes
Main Dish - Spaghetti Seafood Ahau-Dee ... Alhamdulillah, menjadi jugak. Takut tak menjadi. Lebih-lebih lagi bila saya masak dalam kuantiti yang banyak.
Bersama tetamu pertama yang hadir ... Dzul
The second group. Kebetulan mereka baru balik dari open house, maka hidangan seperti tak terusik pun. Shah & Zati juga turut hadir tetapi tak perasan tak ambil gambar mereka.
Bunga-bunga yang sudi memeriahkan majlis ... kecuali syamim dan shafeq ler .. ha ha ha dan kemudian the 'B ... Nites pun bermula' ... dan menjadikan majlis lebih meriah. Setiap orang perlu menjawab the one million question dan membuatkan suasana menjadi riuh. Pasti jiran saya tu bengang ... he he he

Gambar beramai-ramai sebelum majlis tamat dan semua akan sibuk dengan tugas masing-masing sebagai pelajar dan saya dengan kerja, kerja dan kerja.

Ahau - Dee

Saturday, October 18, 2008

My Journey : ISO 9000

Selain membuka ruang untuk saya menjadi pengacara, bekerja di Nansin juga telah memberi peluang untuk saya mengikuti kursus Certificate in Quality Management anjuran McGraw Quality Consultants yang bekerjasama dengan Northern Illinois University. Melalui programme ini saya berkenalan dengan Tony Lau, tuan punya McGraw Quality Consultants. Alhamdulillah, ada lah juga satu sijil yang 'laku' sikit sebab dari Northern Illinois University.
Tony kemudiannya telah dipilih menjadi ISO 9000 consultant untuk Nansin.Di Nansin, saya bekerja di bawah KC Lee, orang penting di Nansin pada masa itu. Kemudian KC Lee telah menggemparkan seluruh warga Nansin apabila beliau tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan sehingga hari ini.
Cuma kereta beliau sahaja yang berada di kilang dan berbagai spekulasi telah timbul sehingga penyiasat persendirian mencari beliau di dalam laci meja saya. Agaknya, dia ingat saya nak bunuh KC Lee dan simpan dalam laci.... he he he.Tidak pasti apa yang berlaku pada beliau tetapi setahu saya sehingga sekarang tidak dapat di kesan walaupun keluarga beliau menawarkan sejumlah wang bagi mereka yang membantu mencari beliau.

Kehilangan KC Lee membuka ruang kepada saya untuk mengetuai projek ISO 9000 untuk Nansin dan dipilih sebagai Management Representative dan dibantu oleh Tony sebagai Consultant. Pendapatan Consultant tentunya lumayan dan beliau dibayar mengikut hari dan sebagai seorang ‘businessman’, beliau cuba untuk melengah-lengahkan projek sehingga saya dan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menghentikan kedatangan beliau buat sementara waktu dan tugas untuk memastikan projek berjaya terletak di bahu saya.
Maka bermulalah episod kerja, kerja dan kerja untuk memastikan projek ISO ini berjaya kerana saya yakin boleh melakukannya tanpa bantuan Tony. Kadang-kadang saya bekerja sehingga ke jam 3 pagi dan menjadi orang terakhir meninggalkan pejabat. Ada juga beberapa gangguan yang saya alami lebih-lebih lagi bila berada sorang-sorang di office sehingga jam 3 pagi.

Saya sebenarnya jenis yang lambat bila nak belajar, lambat nak faham especially benda-benda teknikal atau yang complicated. IQ saya memang kurang sikit …he he he. Jadi bila nak buat sesuatu yang baru tu, saya kena berusaha 3 kali ganda dari orang lain. Dipendekkan cerita, apabila segalanya hampir selesai barulah Tony dipanggil semula untuk melakukan ‘audit’ dan untuk memastikan bahawa kami telah bersedia untuk diaudit oleh external auditor.

Akhirnya kami berjaya dan pastinya kejayaan ini menggembirakan semua orang. Tony datang berjumpa saya dan melahirkan perasaan kagum beliau kepada saya kerana berjaya melakukannya. Beliau juga berkata pada mulanya, dia pun tak yakin dengan saya sebab dia nampak saya ni macam ‘blurr’ sikit … he he h e.
Alhamdulillah. Syukur saya ke hadrat Illahi kerana memudahkan perjalanan projek tersebut. Apapun, semua itu adalah hasil kerja keras semua orang yang terlibat dan saya hanya sebagai ‘the main coordinator’ sahaja.

Saya dinaikkan pangkat kepada QC Senior Supervisor. Sepanjang projek ISO, saya bekerja lebih dari waktu pejabat dan sebagai menghargai sumbangan saya, Managing Director pada masa itu Onishi telah menukarkan ‘waktu lebih masa’ saya itu kepada ‘Annual Leave’. Saya mendapat 38 hari Annual Leave. Wow! Siapa yang tidak seronok kan? Nak bayar OT tak boleh kerana gaji saya pada masa itu sudah melepasi RM1500.
Tanpa disangka-sangka, satu hari Tony datang berjumpa saya dan beliau menawarkan saya bekerja secara sambilan dengan beliau sebagai trainer. Kerja saya mengajar tentang ISO dan programme yang berkaitan dengannya di syarikat customer beliau.
Apa lagi, bagaikan bulan jatuh ke riba. Mimpi menjadi kenyataan. Saya pernah berangan menjadi trainer semasa melihat in-house trainer di Komag dulu. Dan segalanya sudah berada di depan mata.

Tanpa berfikir panjang, saya terus setuju. Memandangkan saya ada 38 hari additional annual leave, maka bolehlah saya menggunakannya untuk membuat kerja sambilan sebagai trainer. Tony bersetuju untuk membayar saya sebanyak RM250 sehari tetapi saya tak kisah kerana yang penting pengalaman. Bukan senang untuk dapat peluang macam tu. Lagipun saya sudah ada kerja tetap. Itu hanya sambilan sahaja.
Selepas ini pengalaman saya sebagai trainer dan kenapa saya meninggalkan Nansin.

Ahau - Dee

Friday, October 17, 2008

My Journey : Satu Dimensi Baru

Setelah lebih kurang 16 bulan karier saya agak tidak menentu, akhirnya kerjaya saya di NSG (M) Sdn Bhd ataupun Nansin semakin menampakkan sinarnya. Nansin sebuah syarikat Jepun telah memberi satu dimensi baru di dalam kerjaya saya. Saya boleh dikatakan agak berjaya di sini dan Nansin juga memberi kesempatan untuk menambahkan lagi ‘koleksi best friends’ saya.

Selain Zan, antara nama-nama yang pernah singgah dan menjadi sahabat saya adalah Amin, Kamarul, Fauzi, Nazri, Yassin, Shukor, Kak Ina, Kak Timah, Jalina, Chin, Sugumar, Rosma, Tengku, Zul dan ramai lagi.

Saya agak rapat dengan sekumpulan sahabat lelaki seperti Zan, Amin, Kamarul (yang masih berhubung sehingga kini) dan ramai lagi. Memandangkan masa itu semuanya masih bujang dan ramai yang tinggal di asrama yang disediakan oleh syarikat, maka hubungan kami sememangnya rapat. Rasa-rasanya, hanya tinggal saya sahaja yang masih ‘terlepas bas’ … ha ha ha (faham tak?)

Kali ini asrama dah up-grade sikit. Seorang satu bilik dan fully furnished lagi. Menariknya selain kerja setempat, kami tinggal serumah / berdekatan. Masing-masing memegang jawatan penting di Nansin. Dari Engineer, Officer, QC Supervisor sehinggalah ke Production Supervisor, semuanya satu gang.Bila mesyuarat, jumpa muka yang sama dan bila balik rumah pun jumpa muka yang sama. Macam manalah tak rapat. Kalau ada problem pun boleh diselesaikan dengan mudah. Maklumlah, kawan-kawan.

Di sini juga buat pertama kalinya saya menyedari bahawa saya berbakat di dalam bidang pengacaraan. Walaupun pernah melakukannya di zaman persekolahan tetapi menjadi emcee di majlis makan malam syarikat adalah sesuatu yang baru pada saya.

Masa tu syarikat tiada budget untuk menganjurkan annual dinner di hotel. Maka lokasi yang paling sesuai hanyalah di kantin saja. Sepatutnya Amin menjadi pengacara pada malam itu tetapi beliau lewat tiba dan Zul (HR) meminta saya untuk menggantikan Amin di saat-saat akhir.

Untuk menyelamatkan keadaan dan tanpa berfikir panjang saya terus saja bersetuju untuk menjadi pengacara bidan terjun dan hanya bersandarkan kepada pengalaman menghadiri annual dinner sewaktu bekerja di Robert Bosch & SPM.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sebaik sahaja majlis berakhir, pembekal karaoke dan sound systems, Robena telah mendekati saya dan memberi pujian pada saya. Beliau bertanya, adakah saya pernah menjadi pengacara sebelum ini? Beliau terkejut bila saya berkata bahawa itu adalah pertama kali untuk majlis makan malam dan katanya lagi, suara saya memang sesuai sebagai emcee (walaupun saya tidak suka mendengar suara sendiri lebih-lebih lagi di dalam video … he he he)

Beliau menawarkan saya untuk bekerja secara sambilan sebagai emcee / DJ untuk majlis anjuran syarikat beliau. Tanpa berfikir panjang, saya terus setuju dan sempat menjayakan beberapa acara seperti Annual Dinner di Feringgi Beach Hotel, New Year Eve di City Bayview Hotel dan beberapa majlis lagi.

Sejak itu (sehinggalah sekarang) saya sering menjadi pengacara untuk majlis makan malam samada di tempat saya bekerja ataupun secara sambilan dengan bekerjsama dengan beberapa Events Company. Selain majlis makan malam, saya pernah menjadi pengacara untuk family day, majlis pelancaran, convention, majlis perkahwinan dan sebaginya. Walaupun saya tidak sebagus dan semahal pengacara professional, tetapi saya gembira dan memang meminati tugas sebagai pengacara. Ramai yang berkata saya menjadi orang lain bila berada di atas pentas dan tidak kelihatan seperti Zahidi yang mereka kenal … he he he.

Bidang pengacaraan memberi ruang pada saya untuk melebarkan lagi my ‘networking’ dan membuka lebih peluang kepada saya. Saya merasa amat berpuas hati bila melihat customer gembira dengan kerja saya dan semua orang gembira setelah majlis tamat. Ada juga syarikat yang memanggil saya 2 hingga 3 tahun berturut-turut.

Saya juga merasa amat berbesar hati bila diberi kepercayaan sebagai pengacara di majlis perkahwinan /pertunangan rakan-rakan saya yang pelbagai kaum seperti Darren, Elisa, Shafinaz dan beberapa orang lagi sebagai hadiah perkahwinan/pertunangan dari saya kepada mereka dan tanda persahabatan kami.

Saya menjadi Pengacara / Incredible Hulk di majlis makan malam sempena Sime Darby Group Treasure Hunt di Awana Kijal Resort.

Tugas sebagai pengacara juga menjadikan saya lebih sponton dan dapat berfikir dengan lebih pantas apabila berlaku sebarang masalah kerana perkara-perkara yang tidak di duga sering berlaku di majlis-majlis sebegini.

Selain menjadi pengacara saya juga mula belajar bagaimana untuk menjadi Event Manager dan menganjurkan beberapa majlis untuk syarikat tempat saya bekerja seperti Treasure Hunt, Family Day, Launching dan sebagainya. Semua ini menambahkan lagi pengalaman saya dan benar-benar membuka satu dimensi baru bagi kerjaya Ahau Dee.

Terima Kasih dan syukur kepada Tuhan di atas bakat yang dikurniakan ini dan memungkinkan segalanya. Alhamdulillah

Nota : Semua gambar kecuali Hulk tu adalah dari lensa kamera Ang. Thanks Ang.

Ahau - Dee

Wednesday, October 15, 2008

My Journey : Kantoi daa …

Mulanya saya bercadang untuk bercerita mengenai trip ke Hokianga tetapi memandangkan saya pun dah ‘seronok’ bercerita, apa kata saya sambung saja kisah ‘My Journey’ ini supaya jalan ceritanya tidak tersangkut-sangkut.

Ada rakan-rakan yang email saya dan beritahu mereka tidak suka saya selang-selikan dengan cerita pokok Kauri tu … he he he. Pening kata dia orang. Sedangkan slogan blog saya ni … Sekadar Berkongsi Cerita Tanpa Peningkan Kepala. Oleh itu saya sambung saja bercerita supaya tidak lari dari konsep blog ini … ha ha ha

Selepas memberi notis berhenti kerja 24 jam di P & P, barulah saya menyesal di atas sikap saya yang tidak matang itu. Mulalah risau kerana sudah jadi penganggur. Kemudian seorang rakan memberitahu saya terdapat jawatan kosong di Kilang Sunny Precision Malaysia (SPM) yang terletak di Seberang Perai juga.

Keesokkannya saya terus ke situ dan kebetulan ada ‘walk-in interview’. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan, saya berjaya dan diterima bekerja sebagai Incoming Quality Control Supervisor dengan gaji RM940 sebulan. Kalau dah rezeki itu tidak ke mana. Jika di P&P gaji saya hanya RM700 dan dalam sekelip mata gaji saya bertambah lagi RM240. Hanya sehari saja saya menjadi penggangur terhormat. Syukur pada Tuhan.

Seperti biasa segalanya berjalan dengan lancar. Tugas saya ialah memastikan anak buah saya memeriksa kualiti barang yang dibekalkan oleh supplier menepati standard yang ditetapkan dan kami juga merupakan pembekal kepada Sony.

Selain gaji yang lebih, SPM juga menyediakan asrama kepada para pekerja. Jadi jimatlah sikit duit dan tak payah bayar sewa.

Di SPM saya berjumpa dengan sahabat baik saya sehingga sekarang, Zan. Kami bertambah rapat apabila tinggal di asrama yang sama dan saya juga kerap mengikut dia balik kampung di Pantai Merdeka. Saya juga rapat dengan keluarga beliau. Zan bekerja satu department dengan saya dan dalam ertikata lain, saya adalah supervisor dia.


Dipendekkan cerita, setelah mendapat confirmation dan bekerja hampir 9 bulan, saya melakukan satu lagi kesilapan yang sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya, kenapalah saya buat macam tu? Pasti ramai yang akan gelengkan kepala.

Hubungan saya dengan Zan bukannya seperti supervisor dengan staff tetapi dia adalah kawan baik pada masa itu. Satu hari Zan terlewat datang kerja dan saya dengan ‘bodoh’nya telah ‘punch’ kan kad kedatangan kerja dia supaya dia tidak dikenakan tindakan kerana lewat datang kerja. Padahal, sebagai supervisor saya boleh tandatangan kad tersebut dan ianya diterima oleh HR untuk kes-kes kecemasan.

Itu adalah satu kesalahan besar. Apa lagi … kantoi ler. Selepas itu kami di panggil oleh HR dan buat pertama kalinya saya dan Zan mendapat ‘warning letter’ di atas salah laku tersebut. Huh! Bodoh kan?

Warning letter dia punyalah panjang dan sampai sekarang saya simpan sebagai tanda kenang-kenangan. Bila dah dapat warning letter, maka kami berdua pun dah ‘panas punggung’ ler sebab reputasi dah terjejas. Maka mulalah babak mencari kerja baru.

Dipendekkan cerita, saya mendapat kerja baru di NSG (M) Sdn Bhd sebagai QC Supervisor juga dengan gaji RM1050 … up sikit lagi ler. Tak lama kemudian Zan pun mendapat kerja di situ sebagai Production Supervisor. Kami mula bertugas pada hari yang sama ( kalau tak silap saya) dan tinggal serumah di Juru, Seberang Perai.

Saya bekerja di NSG lebih dari 3 tahun dan NSG banyak mengubah kehidupan saya. Ada beberapa cerita menarik berlaku di sini juga. Cerita selanjutnya di posting akan datang.

Ahau - Dee

Tuesday, October 14, 2008

My Journey : Zaman Darah Muda continues ...

Setelah selesai adegan tidak tidur selama 60 jam, saya memulakan kehidupan baru di Seberang Perai. Sebelum ini saya menumpang dirumah my Aunty selama lebih 3 tahun. Lagipun masa itu saya sudah membeli motor, maka langkah pun semakin panjang lah. Motor kapcai saja.

(Kepada kawan-kawan baru di Auckland, my Aunty ialah nenek kepada Fikhri, anak saudara saya yang sedang belajar di University of Auckland ketika ini)

Setelah penat mencari rumah atau bilik, akhirnya saya menyewa disebuah rumah kampung di Bukit Mertajam. Memang murah rumah tu sebab bila buka tingkap jer nampak kubur. Betul-betul di sebelah kubur. Rumah pun amatlah tidak selesa tapi saya sudah biasa susah, jadi tiada masalah.
Di P&P, kerja sebagai QC Supervisor amat mencabar. Lebih-lebih lagi kami merupakan supplier kepada kilang Sony. Segalanya berjalan dengan begitu baik sekali dan saya amat menyerlah ketika itu walaupun dalam jangka waktu yang singkat.

Di sini saya tidak dapat lupa seorang teman yang memang pakar menggunakan satu alatan mengukur yang agak ‘complicated’ sikit … CCM kalau tak silap saya. Punyalah kedekut nak ajar orang lain sebab dia takut ada orang lain yang akan lebih pandai dari beliau. Kali terakhir saya mendengar mengenai dia … tak ke mana pun. Saya pasti ramai yang setuju bahawa tidak rugi kita berkongsi ilmu pengetahuan ni.
Selepas sebulan bekerja saya pun dapat menyewa sebuah bilik di kawasan taman perumahan yang lebih selesa. Tuan punya rumah ialah Peggy yang membuat perniagaan ‘sub-kontraktor’ iaitu memasang wayar untuk kilang-kilang besar. Saya agak rapat dengan beliau ketika itu.

Konflik bermula apabila sampai masanya untuk pengesahan jawatan saya. Semasa temuduga, saya dijanjikan dengan kenaikan gaji sebaik sahaja mendapat ‘confirmation’. Bila sampai masanya, boss saya ketika itu memberitahu yang semua kenaikan gaji telah dibekukan sejak 6 bulan lalu.
Padahal semasa temuduga lebih kurang 3 bulan yang lalu beliau sendiri yang berjanji mengenai kenaikan gaji tu kerana gaji yang ditawarkan lebih rendah dari Komag. Kononnya beliau hendak melihat prestasi kerja saya dulu.

Setelah penat saya berhempas pulas bekerja sehingga mendapat pujian dari Sony dan boss Jepun, saya rasa seperti 'tipah tertipu' ... he he he. Secara peribadi saya seorang yang cukup berpegang pada janji. Sampai sekarang saya cukup pantang kalau orang melanggar janji. Kalau tak boleh, kata saja tak boleh … tak payah saya ternanti-nanti … eh! Lain macam jer ayat nih! He he he

Pertelingkahan berlaku di antara saya dengan my immediate boss tu. Tambahan pula ada beberapa masalah kerja, syaitan pulak dah masuk jarum …akhirnya berlakulah adegan yang tidak sepatutnya.

Saya bergaduh besar dengan my immediate boss itu sehingga saya membaling kerusi ke arah beliau dan saya memang naik angin sehingga terpaksa diredakan oleh kawan-kawan.

Terus saya berhenti kerja 24 jam. Kalau di Komag takut kena saman tapi kali ini berani pulak berhenti kerja 24 jam. Tidak berfikir panjang dan mengikut kata hati dan perasaan marah saya sahaja.

Selepas sampai di rumah barulah saya sedar apa yang saya buat dan menyesal. Tak mungkin saya akan kembali ke P & P dan tak tahu nak kerja apa lagi. Lagipun saya sudah malu dengan my Uncle yang marahkan saya sebab suka tukar tempat kerja.

Jadilah saya penganggur … untuk berapa lama? Saya akan bercerita di posting yang seterusnya.

Ahau Dee