Kita lupakan sejenak programme mission impossible Ahau-Dee dan jika anda ingin tahu perkembangannya, sila lihat counter di side bar blog ini. Ahau-Dee akan cuba update in daily basis.
Seperti yang dijanjikan di dalam posting sebelum ini, kali ini Ahau-Dee ingin berkongsi petua-petua ataupun amalan yang selalu Ahau-Dee praktikkan di dalam kehidupan ini. Bukannya bertujuan nak ajar orang lain atau nak tunjuk hebat tapi sajer jer … just for fun dan mencari kelainan … sebab dah tak ada cerita lain sebenarnya … he he he.
Sambil tu, Ahau-Dee letakkan gambar-gambar yang diambil semasa bercuti di Sydney baru-baru ni … tak banyak gambar yang menarik sebab cuaca buruk dan banyak gambar yang kelam dan suram. Guna pulak kamera murah … macam tu lah jadinya.
View dari bilik hotel - Marriott Sydney, Tingkat 13 Perlu diingatkan di sini bahawa semua petua yang ditulis di dalam blog ini adalah pandangan PERIBADI Ahau-Dee. Maka tiada kajian saintifik dapat membuktikan samada ianya berkesan ataupun tidak … ha ha ha. Semuanya berdasarkan my common sense and based on my personal values + my belief system + my experience + my observation.
Tajuk siri ‘Petua Ahau-Dee’ yang pertama ini ialah ‘Petua Murah Rezeki’. Mengikut ‘kamus’ Ahau-Dee, rezeki bukan sahaja bermaksud wang ringgit ataupun harta benda tetapi apa sahaja perkara baik yang berlaku terhadap diri kita dan yang memudahkan kehidupan kita. Alhamdulillah, rezeki Ahau-Dee sentiasa murah dan tidak pernah berhenti.
Contohnya bila kita tidak ada idea untuk buat sesuatu, ada sahaja kawan-kawan yang sudi tolong. Walaupun Ahau-Dee ini bukan kategori orang yang bijak pandai tetapi Ahau-Dee mempunyai kawan-kawan yang banyak pengalaman dan yang paling best, mereka ini tidak kedekut berkongsi ilmu pengetahuan dan sentiasa membantu Ahau-Dee. Itulah rezeki namanya.

Maka Petua Murah Rezeki Ahau-Dee adalah seperti berikut :-
1. Sayangkan makanan. Bila makan mesti kena makan sampai habis. Biar licin pinggan tu dan jangan biar tertinggal sebutir nasi pun. Kalau tak boleh makan banyak, ambil sedikit sahaja. Jangan membazir. Ahau-Dee akan pastikan apa yang terdapat di pinggan Ahau-Dee akan licin termasuklah hiasan-hiasannya sekali … he he he. Jangan sesekali buang makanan yang masih elok. Arwah mak Ahau-Dee selalu berkata …rezeki tu menangis : (
p/s : Dulu Ahau-Dee pernah dapat gelaran “Majlis Perbandaran’ sebab selalu habiskan makanan yang tidak habis.

Art Gallery - Gambar dari depan & belakang ... cantik-cantik building kat Sydney
2. Rezeki jangan ditolak. Jika ada sesiapa yang mempelawa Ahau-Dee makan, contohnya bila seseorang pelawa makan kacang … Ahau-Dee tidak akan menolak walaupun Ahau-Dee tidak suka makanan tu … at least ambil sedikit sahaja sebagai menghormati pelawaan orang tersebut. Jangan fikir apa pandangan orang, yang penting dari rezeki sekecil itulah akan mendatangkan rezeki yang lebih besar.

Harbour Bridge yang famous di Sydney
3. Sentiasa buatkan orang lain ‘Happy’ terutamanya orang-orang yang kita sayang dan baik dengan kita. Contohnya jika hendak belikan hadiah buat seseorang, Ahau-Dee akan dapatkan hadiah yang terbaik walaupun kos mencari hadiah itu lebih tinggi dari harga hadiah tersebut tetapi yang penting hati terasa puas dan si penerima akan gembira. Omputih kata … go extra miles. Ahau-Dee juga suka melakukan kejutan atau buat sesuatu yang berlainan dan bila si penerima tersenyum riang, itulah kepuasan yang tidak terhingga. Berikan yang terbaik di dalam apa saja yang dilakukan jika ianya melibatkan orang lain.
Di Circular Quay ... jalan-jalan cari makan ... punyalah mahal.
4. Jangan berkira sangat dari segi duit ringgit, harta benda, tenaga, ilmu dan apa saja yang kita ada. Kalau boleh berkongsi dengan orang lain, apa salahnya? Selagi boleh tolong orang, kita tolong. Asalkan tidak melebihi batasan dan jangan sampai orang lain mempergunakan diri kita. Sekali orang buat baik dengan Ahau-Dee, seribu kali Ahau-Dee akan cuba membalasnya dan sentiasa ingat setiap kebaikan orang lain pada Ahau-Dee. Kadang-kadang stress jugak sebab sentiasa nak balas budi baik orang lain sebab terlalu ramai orang yang baik terhadap Ahau-Dee ni. Apapun, Ahau-Dee akan tetap cuba sedaya mungkin.
Apa macam? Logik tak? Ha ha ha ….. Komen jangan tak komen.
Tak ingat dah bangunan apa ni ... ha ha ha
Ahau-Dee