Kawan yang dapat menerima kita seadanya dan membuatkan kita selesa untuk menjadi diri sendiri. Kawan yang selalu membuatkan kita geram kerana dapat menzahirkan keburukan atau kelemahan kita tanpa merosakkan nilai persahabatan itu. Kawan yang sanggup mendengar cerita kita walaupun kadangkala umpama siaran ulangan.
Kawan yang tidak memerlukan penjelasan kita kerana dia sudah sedia maklum siapa diri kita yang sebenarnya. Kawan yang boleh kita anggap sebagai ahli keluarga sendiri.
Azman adalah salah seorang kawan yang menepati kriteria itu. Mengenali beliau hampir 10 tahun yang lalu dan sejak itu persahabatan yang erat terus terjalin sehingga kini. Esok 11/11/2008 adalah hari yang istimewa buat beliau.
Happy Birthday Man : ) Gambar ini di ambil 10 tahun yang lalu di Gunung Ledang ... jadi tidak hairanlah rambut lebat sikit ... ha ha ha
Esok juga adalah birthday Gina, rakan sekerja yang kini menjadi salah seorang best friend. Kebetulan kan? Seorang kawan yang amat perihatin terhadap keperluan rakan yang lain serta tidak mementingkan diri sendiri. Beliau juga menepati kriteria di atas walaupun baru mengenali beliau sejak 3 tahun lalu.
Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan rakan-rakan hebat yang mewarnai kehidupan ini. To Man & Gina - Thank you for being a great friend. All the Best to both of you & enjoy your birthday ... kita celebrate December nanti okay.
Ahau - Dee
2 comments:
thanks dee for the birthday wish dee :) it is not how long we have known each other but the most important is how we appreciate, understanding and respect each other.
"A friend is someone who sees you and still enjoys the view"
...man
Betul tu Man :)
Hope you had a great birthday bash this year ... tak leh ler aku nak pekena ko this year ... ha ha ha
Tak per. Aku simpan bulan 12 nanti. He he he
Post a Comment