Time Management - 29 July 2009
Sesi Time Management di Mt.Wellington, Auckland semalam merupakan training Ahau-Dee yang ke 36 di New Zealand dan merupakan sesi yang paling mencabar sekali. Bukan mudah untuk meyakinkan orang lain untuk menguruskan aktiviti mereka dengan lebih berkesan dan untuk menyedarkan mereka bahawa ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Kena ada ‘self-awareness’ dan ‘self-discipline’. 'It is our own responsibility'. Seperti biasa, ramai orang yang tidak mahu mengaku kelemahan sendiri.
Sebagai trainer juga kita kena sentiasa peka terhadap maklum balas participants dan kena pandai membaca 'body language' mereka. Disebabkan penerimaan yang agak ‘negative’ pada permulaan training, maka Ahau-Dee terpaksa berkongsi pengalaman menurunkan berat badan sehingga 27kg apabila bercakap mengenai ‘Change’ dan ‘Self-Discipline” dengan menunjukkan gambar Ahau-Dee ketika mula-mula datang ke New Zealand.
Kelakar melihat reaksi mereka. Mereka amat kagum dan dengan serta merta suasana training bertukar serta menjadi lebih positif. Mereka begitu berminat dengan konsep self-discipline yang Ahau-Dee guna pakai iaitu A WHIP !!!
A – Acceptance
W – Will Power
H – Hard Work
I – Industry
P – Persistence
Customer Service Excellence - 28 July 2009
The Morale of The Story – Participants tidak berminat dengan theory ataupun apa saja di petik dari buku. Mereka mahukan sesuatu yang practical dan kita kena 'lead by example'. Kena share with them the success story. Bak kata omputih … walk the talk.
Di Belakang Tabir
Untuk mengurangkan kos, Ahau-Dee juga kena menyediakan refreshment untuk morning tea. Catering kat sini mahal. Betul-betul versatile bila kerja di NZ ni. Gambar di atas adalah menu yang disediakan oleh Ahau-Dee
Scone Cheese dan Scone Sultana di makan bersama Cream Cheese dan Raspberry Jam
Muffin dan Donuts
Assorted biscuits
Coffee & Tea
Ahau-Dee kena tiba sejam lebih awal untuk set-up morning tea, training room, etc. Habis sahaja training kena bersihkan training room dan pastikan semua gelas dan pinggan masuk Dishwasher sebab di sini tak ada cleaner untuk buat kerja-kerja tu. Siapa yang pakai, dia yang kena cuci. Lebih menarik lagi, habis sahaja training kena angkut semua barang-barang balik dan balik rumah naik ‘Bus’ … ha ha ha. Bayangkanlah dengan laptop, lcd projector, speaker, training material, stationary,ect ... apa pun tetap enjoy bila tunggu bas sambil dengar iPod.
Glamour tak? Best kan menjadi one-man-show trainer ni?
Ahau-Dee