1. Bekas kekasih saya adalah:
seorang yang tidak setia dan pandai berlakon. Oh! Tidak!!! Tipah tertipu !!!
2. Saya sedang mendengar:
lagu-lagu tahun 80 an & 90 an sambil mengimbau setiap pengalaman yang dilalui ketika lagu-lagu tersebut popular. Setiap lagu ada ceritanya.
3. Mungkin saya patut:
terus tinggal di Auckland atau berhijrah ke negara lain.
4. Saya suka:
berangan …. dan angan-angan saya amatlah ‘melampau’ ... bak kata orang - melampau sampai tak ingat dunia.
5. Sahabat-sahabat baik saya:
mereka yang tahu siapa saya yang sebenarnya dan menerima saya seadanya kerana saya ini seorang yang complicated. You know who you are : )
6. Saya tak faham:
kenapa orang suka melabelkan orang lain … label ni hanya untuk filing saja, bukan untuk manusia - memetik kata-kata Martina Navratilova. Bukankah kita patut menghargai kebebasan manusia untuk menjalani kehidupannya dengan cara tersendiri? Yang penting jangan kacau atau susahkan hidup orang lain.
7. Saya kehilangan:
perasaan percaya dan hormat kepada seseorang.
8. Ramai yang berkata:
saya ni seorang yang sangat baik walaupun kadangkala saya cuba jadi tidak baik tetapi masih dikatakan baik juga.
9. Makna nama saya:
orang yang menjauhi kemewahan – patut lah tak kaya-kaya.
10. Cinta itu adalah:
satu perasaan yang akan kau rasa apabila engkau merasakannya ( dialog dalam filem Abang 92 - Rahim Razali menjawab soalan anak dia - Deanna Yusoff)
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
menyesal terhadap apa yang dilakukan terhadap saya kerana susah nak cari orang yang sebaik saya ni.
12. Saya akan cuba:
untuk kawal nafsu makan yang melampau-lampau terutama bila balik Malaysia nanti. Saya suka makan dan rezeki sentiasa murah sebab orang lain suka memberi saya makan. Masalahnya, semua makanan tu sedap-sedap belaka dan saya tidak pernah tidak ada selera untuk makan walaupun sakit.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
SETIA ... walau apa pun yang terjadi.
14. Telefon bimbit saya:
Budak sekolah pun tak akan pakai telefon bimbit yang saya pakai sekarang ni. Orang lain dah tukar tiga empat kali tapi saya masih setia dengan yang satu ni dan akan terus pakai SELAMAnya sehinggalah ianya rosak.
15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya akan tarik selimut dan cuba tidur untuk lima atau sepuluh minit lagi ... perkara yang paling best dibuat semasa winter ni ialah berada di bawah selimut.
16. Saya paling meluat apabila:
orang bertanya 'Bila Nak Kahwin'. Tak nak tanya 'Bila Nak Mati' ker? Orang kita selalu kata ajal maut, rezeki dan jodoh di tangan Tuhan, tapi masih duk sibuk tanya bila nak kahwin - tak ada jodoh lah tu! Faham!
17. Pesta/Parti adalah:
apabila semua orang menjadi diri sendiri dan happy. Mesti ada music, makanan yang sedap dan party games.
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Teddy - my cat
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang ini kerana saya rasa 10 tahun lebih muda dan lebih berkeyakinan serta dihargai.
20. Hari ini:
saya stress sebab berat badan saya naik kerana saya makan banyak dua tiga hari yang lalu. Saya kena jauhkan diri dari nasi sebab bila makan nasi saya mesti nak tambah. Dan nasi amatlah menggemukkan.
21. Malam ini saya akan:
bekerja keras di gym untuk menghapuskan lemak-lemak di badan dan sebagai satu denda kepada diri sendiri yang makan tak ingat dunia baru-baru ini. Kena bekerja lebih lama di gym.
22. Esok pula saya akan:
Mengajar Customer Service Excellence di Mt Wellington. Ini merupakan sesi terakhir Customer Service di Auckland.
23. Saya betul-betul inginkan:
badan yang tidak cepat gemuk apabila makan sebab saya suka makan.Sesungguhnya my weight loss programme ni amatlah menyeksakan ... zahir dan batin.
24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
saya melihat senyuman yang amat manis dan baru saya perasan yang misai saya sudah ada yang berwarna putih.
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Bak kata Enida - arked-arked ni tak main lah. Tentulah pusat membeli belah tapi tak kisahlah kat mana pun. Yang penting senang cari parking (kalau di Malaysia lah).
26. Makanan Barat atau Jepun:
Dua-dua boleh saja ... sebab saya tak pernah ada masalah dengan makanan cuma makanan saja yang suka memberi masalah kepada saya.
27. Bilik yang terang atau gelap:
Bilik gelap, dengan lilin yang wangi tu dan muzik Kenny G ... satu persekitaran yang paling sesuai untuk berangan.
28. Makanan segera adalah:
Biskut - kejap ada kejap tak ada.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
30. Siapa yang anda mahu tag?
Zan, Alicia, Kamal (Jawab dalam Facebook okay), Lisa
Ahau-Dee
14 comments:
Ini soklan interbiu sudah ku buat,sila klik lingkaran ini SOKLAN YANG TIADA DALAM KERTAS SPM.
Tergelak baca bab meluat kat orang tanya soklan 'dah kawin' tapi tak tanye soklan 'bila nak mati?' ha ha ha.
La Lisa... ye ker ... sebab tu lah tuan hamba menjadi sifu saya dalam hal-hal tag ni sebab saya ni out-dated ... ha ha ha
Dah pernah baca posting tu tapi tak ingat daa
Anyway thanks.
p/s: memang saya amatlah meluat dan benci sekali bila org tanya bila nak kahwin. October ni my nephew nak kahwin ...aduh! stress sungguh! rasa macam tak nak pergi jer kenduri kahwin tu.
Muahahahahahaha!
Dee, this is my morning laughter stock for today! Thanks se'sangat membuat saya tersenyum dan terchuckle sengsorang di pagi hening ini.
Just like Lisa, saya tergelak baca soalan 'Bila nak kawin?' tapi tak tanya 'Bila nak mati?' tu. (I do have a few people to ask the latter question to!)
I like what my KaCher says when people ask her the bila-nak-kawin question, she would choose one of these at random:
People: Bila nak kawin ni?
KaCher: (Multiple-Choice Answers)
a. Errr... besok lah. Esok tak busy sangat.
b. Takkan nak kawin hari ni kot. Tunggu lah weekend.
c. Bila-bila pun ok actually.
d. Bila you nak?
e. Kawin? What's that?
f. Kawin. Eh nak nak nak!
These are some of the answers I remember her giving pada orang-orang yang asek pikir kawiiiiiin je. Pantang nampak orang bujang.
Saya pun boleh naik meluat bila orang tanya SAYA bila my KaCher nak kawin! Betul cakap awak Dee. They know jodoh tu kerja Tuhan. Tapi naaaaak jugak tanya sesama manusia. Doakan je lah orang bujang bertemu jodoh, tak ke?
Eh, saya pulak yang emo pagi ni. Awak memang terror(ist) lah membangkitkan semangat saya nak mengomel, Dee!
Thank you for being soooo supportive with this tag. Seronok sangat baca!
bro, byk btol dlm answers tu sentuh psl makan/gemuk/makan/gemuk je ni? hahahaha....bahaye btol la peer pressure =P
bila baca tag ni...banyak yg boleh kita belajar mengenai u...lagi tambah kenal.....
*i pampang pic kita besar2 dalam my entry kali ni...
You are most welcome Enida. Saya pun seronok sangat buat tag ni. Walaupun Soalannya tak ada dalam kertas SPM (bak kata Lisa) tapi rasa puas dapat luahkan apa yang ku rasa. Che wahhh !!!
Nampak gayanya saya pun kena guna pakai teknik Ka Cher tu.Ha ha ha.
Betul kata awak, daripada sibuk duk tanya, doakan jer lah ya or lebih baik lagi kalau nak sponsor semua kos perkahwinan tu ... alangkah bertuahnya badan. He he he
Lepas ni kalau ada tag lagi, jangan lupa tag saya okay ... memang best buat benda2 ni.
Cheers : )
Tu lah Syamin,
Semua orang duk cakap yang ko makin mantap & bersemangat mencantikkan badan, bro pun terkena lah tempias nyer ... ha ha ha
Barulah sesuai dengan panggilan 'bro' betul tak? No more Uncle okay. Ha ha ... perasan sungguh!!!
Hi Shidy,
Eh! Bukan ko dah kenal aku ker? Ha ha ha... tak per, kita sambung our cerita di... eh! mana? Muscat?
Bila ke sana?
Nanti I check your blog okay :)
awat risau sangat pasal berat badan? Size doesnt matter la...
Nikmati rezeki yang Allah beri, makan banyak bermakna Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita tapi jgn sampai terover pulak... he he he
Kahkahkah... tergelak beso den baca jawapan2 hang D... Macam2 la hang ni D. Masa baca soalan pertama, aza rasa ada persamaan la dengan xbf aza gak... seorang yang tidak setia dan pandai berlakon hehehe. Mujur tak jadi kihkihkih... tak nyesal tapi syukur kan D kan... I think Lin pun kena guna jawapan yang sama untuk pertanyaan bila nak kawin tu la D... very interesting...
Anyway, take care!!!
Hi Ieda,
Masalahnya dengan saya ni ialah selalu 'over' bila bab makan nih! Sebab tu lah kena duk kawal nafsu makan.
Alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi murah sangat tapi at the same time, Dia duga dengan tabiat suka makan.
Tak nak tua sebelum waktunya ... he he he
Hi Aza,
Thank you sudi singgah ... lama betoi tak mengomail kan? Tak per ... 30 Sept tak lama lagi. Actually I nak brainstorm dengan Lin ni ha mengenai apakah jawapan2 yang boleh diguna pakai bila orang tanya soalan cepu mas tu.
Enida dah bagi some ideas ... mungkin Ratu Sunsilk ada idea yang lebih bernas lagi.
Ha ha ha
p/s : Yes! Syukur tak 'jadi' dengan si 'curang' itiiewww ... wa ka ka
hello there.. i tersinggah yr blog, and terberkenan dgn ayat pasal label tu(for filing), so mintak izin copy, cut and paste masok my facebook.. dah buat pun... utk menyedarkan orang2 yg suka sgt mengumpat dan menggunakan label to address orang yg dia tak suka..
persamaan kita, selalu di tanya soalan kawin masa belum kawin (kawin umor 37, bayangkan brapa tahun telinga esek tahan dengar orang tanya).. bila dah kawin, tanya bila nak ada anak, bila dah ada anak, tanya bila nak tambah.. my standard answer, Allah own me, he will determine my life, not ppl yg tanya soalan.. of coz i berusaha kan.. heheh.. but anyway, enjoy reading yr blog..
Hi The Little Trotter,
Terima kasih kerana sudi singgah blog saya yang tidak seberapa ni. Baru terperasan your comment. Tak kisah nak copy apa saja dari blog ni. Sharing is caring kan.
Pasal bab kahwin tu, kita serupaaa lah kan. Apapun, yang penting hidup kena enjoy. Betul tak?
Post a Comment