Pada saat ini Ahau Dee berada di Merlimau kerana mengendalikan
Development Programme untuk penerima biasiswa Sime Darby. Sebagai Programme Manager, Ahau Dee perlu
memastikan program ini berjalan lancar dan menepati matlamat yang ditetapkan.
Maknanya Ahau Dee juga kena berkampung di Merlimau selama 2 minggu dengan
anak-anak muda ini. Sejujurnya, ini adalah salah satu tugas yang memberi warna
dalam kehidupan Ahau Dee.
Berinteraksi dengan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin
pada masa depan adalah satu pengalaman yang segar. Terutama sekali apabila
mereka ini terdiri daripada anak-anak muda yang bijak dan mempunyai potensi
yang besar. Banyak perkara yang Ahau Dee
belajar dari mereka, cara pemikiran mereka dan menyelami apa yang penting bagi
Generasi Y. Selain itu, ia juga membuatkan Ahau Dee terasa muda sentiasa. Ahaks
!!!
Apapun, dalam banyak-banyak program yang Ahau Dee kendalikan,
peserta SDP 1 pada minggu lepas memberi kelainan. ‘The team dynamic’ amat berbeza
dan segar. Secara tidak langsung ianya mengubah pandangan Ahau Dee terhadap Gen
Y.
Keseluruhannya, peserta kali ini (18 orang) mempunyai sikap yang
amat penting sebagai pemimpin pada masa depan. Mereka bijak, mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar dan masyarakat, berfikir secara
kritikal, tahap disiplin yang tinggi dan yang paling penting amat merendah diri
dan menghormati orang lain.
Ahau Dee berharap dapat terus menjadi ‘rakan’ mereka walaupun
mereka akan berada jauh di UK dan China untuk melanjutkan pelajaran. All the best to them dan semoga kita akan
berjumpa lagi di SDP2. InsyaAllah .
Ahau Dee