Blog ini lahir apabila Ahau Dee mendapat peluang keemasan
untuk bekerja di New Zealand di mana ianya menjadi satu-satunya pengalaman yang
tidak dapat dilupakan seumur hidup. Blog
ini menjadi satu-satunya ruang untuk Ahau Dee merakamkan segala kenangan pahit
manis hidup di tanah Kiwi yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya
itu.
Selain merakamkan pengalaman hidup di sana, blog ini juga
menjadi saksi bagaimana Ahau Dee berjaya menurunkan berat badan sehingga 32 kg.
Sayangnya apabila Ahau Dee pulang ke Malaysia, blog ini terus terbiar sepi tak
berpenghuni. Entah kenapa, hendak tulis satu ‘post’ pun amat susah.
Seperti yang Ahau Dee katakan dalam posting sebelum ini,
semuanya terperap sebagai ‘draft’ sahaja. Padahal terlalu banyak cerita yang
boleh dikongsi bersama. Antaranya perjalanan Ahau-Dee di South Island yang
separuh jalan, percutian di London, Paris dan Spain, pengalaman menaiki Star
Cruise ke Phuket dan Krabi, mengajar scholars di Melbourne, percutian domestic,
mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, mengawasi berpuluh projek CSR, kehadiran Brian dalam hidup
Ahau Dee, projek 8A Muzani dan macam-macam lagi.
Paling menyedihkan bila berat badan ideal Ahau Dee tidak
bertahan lama. Ketika blog ini menyepi, berat badan Ahau Dee bertambah dari
masa ke semasa sehingga ianya kembali ke asal. Pelbagai usaha Ahau Dee lakukan
sehingga mencecah belasan ribu ringgit tapi ianya tidak berjaya (ini pun sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama).
Sehinggalah beberapa minggu sebelum raya, Ahau Dee singgah
di blog ni dan kembali mendapat semangat untuk menurunkan berat badan. Melihat gambar-gambar lama membuatkan Ahau Dee terfikir, sekiranya dulu boleh buat, sekarang pun boleh buat. Semenjak
hari itu dan sehingga kini, Ahau Dee Berjaya menurunkan berat badan sebanyak
7kg. Satu perkembangan yang baik walaupun kena turun sebanyak 25kg lagi.
Mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk menghidupkan
kembali blog ini dan pada masa yang sama berusaha menurunkan berat badan.
Pastinya ini akan mengembalikan nostalgia Kembara Ahau Dee di New Zealand.
Ahau Dee
No comments:
Post a Comment