Thursday, September 25, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee - Mt Hobson

Dari hari ke sehari asyik tak berkesempatan untuk upload gambar-gambar di Mt Hobson ni. Terletak tak jauh dari office aku di Newmarket. dalam 30 minit berjalan kaki. Kemudian tak sampai 10 minit boleh sampai ke puncaknya ... tak tinggi pun. Ianya adalah tempat beriadah dan ramai kiwi yang berjogging di sini ditemani anjing masing-masing walaupun kalau diikutkan papan tanda tu ... no entry for dog kan?

Apa yang menarik di sini? Lihat di penghujung posting ini.


Tapi tak ada pun bunga yang menarik ... bunga lalang banyak ler.

Auckland City dari Mt Hobson




Ha! Inilah tarikan utama di Mt Hobson ... tahi lembu! He He He ... punyalah banyak ... merata-rata. Ini hanya sikit jer. Boleh dikatakan seluruh tempat tu penuh dengan tahi lembu. Tapi aku tak nampak pun lembunya ... tidur lagi kut : )



Ahau - Dee

Tuesday, September 23, 2008

Thanks Ang : )

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh Ang, my new friend yang datang ke New Zealand untuk satu projek khas. Aku pergi Piha & Waitakere dengan dia lah dan hobi dia ambil gambar. Camera pulak canggih ... dan inilah hasilnya. Lawa gilerrrr ... except yang jadi model tu ler... ha ha ha

Dan ini Titanic versi Ahau-Dee ... kah kah kah ... tapi udara dia memang segar dan nyaman sekali. Sesungguhnya aku bersyukur pada Tuhan sebab dapat melihat dan merasai keindahan dunia ciptaanNya. Alhamdulillah.

Ahau - Dee

Monday, September 22, 2008

Zakat Fitrah

Membayar zakat fitrah di Auckland semudah ABC ... tiada akad, tiada resit. Hanya masukkan duit di dalam kotak yang diletakkan di surau. $5 per person ... yang penting nawaitu dan Tuhan tahu : )


Ahau - Dee

Sunday, September 21, 2008

2 : ) + 1 : (

2 perkara membuatkan aku tersenyum semalam apabila membuka my mail box. Tapi tak lama selepas tu ... : (

Aku terima kad raya pertama untuk tahun ini. Sejak berada di sini, tak banyak surprises in my mail box dan bila dapat Kad Hari Raya ... tersenyum riang ler. Ya lah kan, zaman sekarang ni orang dok sibuk hantar e-greeting jer (termasuklah aku).

Thanks Kamal. Thank you for being a friend ... forever ok : )

Selepas tu, bila buka another sampul ... senyum aku bertambah lebar. Auckland Energy Consumer Trust bagi dividen ...$320 untuk setiap pelanggannya. Maknanya, my energy bill untuk beberapa bulan yang akan datang ni adalah free ... wa la : )


Sayangnya, kegembiraan aku tak lama gara-gara nak save energylah kononnya. 9 helai baju kerja aku rosak disebabkan terkena warna salah satu baju yang keluar warnanya . Aku basuh separately tapi bila nak masuk dryer, aku campur semua sekali. Bila guna bahan peluntur untuk hilangkan warna tu, terus jadi lain macam warnanya ... tak tahu nak explain dan lupa pulak nak ambil gambar.

So, duit $320 tu kena beli baju baru lah : (

Dan untuk pastikan aku terus segar untuk minggu seterusnya, aku datang kerja hari ini. Pukul 7 pagi dah sampai office (semangat giler) dan aku terlupa yang showroom buka pukul 10 pagi. Maklumlah office baru ... tak biasa lagi. Terpaksalah berjalan-jalan dahulu dan aku daki Mt Hobson tadi ... gambar-gambar dan cerita in the next posting.



Dan sinilah terletaknya office aku yang baru & gambar bilik aku ...



Ahau - Dee

Friday, September 19, 2008

Adakah Cinta?

Sejak akhir-akhir ini, aku telah memulakan misi untuk untuk menjejaki kawan-kawan lama yang pernah hadir dalam kamus hidup aku. Terima kasih dunia cyber yang memudahkan segala-galanya. Lebih-lebih lagi apabila sudah ada facebook sekarang ini. Terima kasih Mas dan Caroline.

Memang teruja bila dapat menyambung kembali apa yang telah tertinggal sekian lama. Banyak cerita suka dan duka. Secara kebetulan ada rakan-rakan yang sedang diduga dengan dunia cinta masing-masing. Ada yang sedang bertarung untuk mempertahankan mahligai yang dibina dan ada juga yang telah memilih untuk membawa haluan sendiri.

Terfikir sejenak, mengapa sukar sekali untuk mencari cinta sejati sekarang ini? Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendoakan agar rakan-rakan berkenaan dapat mengatasi segala kemelut yang melanda dan semoga sinar kebahagiaan akan menjelma kembali.

Bagi aku, adakah cinta? Aku sudah lelah mencari dan aku hanya pasrah. Teringat satu pepatah yang lebih kurang bunyinya begini ...

berikan hatimu yang baik kepada kekasih
dia akan menghancurkannya
berikan hatimu yang hancur kepada TUHAN
DIA akan mengubatinya

Ahau - Dee