Rasanya ini adalah kali pertama Ahau-Dee kena tag. Dulu tak tau apa benda alah ni sampai kena tanya
Lisa ... dan bila Ahau Dee telah di tag oleh
Enida maka dengan penuh semangatnya, soalan-soalan berikut dijawab ... ikhlas dari hati ... he he he. Thanks Enida.
1. Bekas kekasih saya adalah:seorang yang tidak setia dan pandai berlakon. Oh! Tidak!!! Tipah tertipu !!!
2. Saya sedang mendengar:
lagu-lagu tahun 80 an & 90 an sambil mengimbau setiap pengalaman yang dilalui ketika lagu-lagu tersebut popular. Setiap lagu ada ceritanya.
3. Mungkin saya patut:terus tinggal di Auckland atau berhijrah ke negara lain.
4. Saya suka:
berangan …. dan angan-angan saya amatlah ‘melampau’ ... bak kata orang - melampau sampai tak ingat dunia.
5. Sahabat-sahabat baik saya:
mereka yang tahu siapa saya yang sebenarnya dan menerima saya seadanya kerana saya ini seorang yang complicated. You know who you are : )
6. Saya tak faham:kenapa orang suka melabelkan orang lain … label ni hanya untuk filing saja, bukan untuk manusia - memetik kata-kata Martina Navratilova. Bukankah kita patut menghargai kebebasan manusia untuk menjalani kehidupannya dengan cara tersendiri? Yang penting jangan kacau atau susahkan hidup orang lain.
7. Saya kehilangan:perasaan percaya dan hormat kepada seseorang.
8. Ramai yang berkata:saya ni seorang yang sangat baik walaupun kadangkala saya cuba jadi tidak baik tetapi masih dikatakan baik juga.
9. Makna nama saya:orang yang menjauhi kemewahan – patut lah tak kaya-kaya.
10. Cinta itu adalah: satu perasaan yang akan kau rasa apabila engkau merasakannya ( dialog dalam filem Abang 92 - Rahim Razali menjawab soalan anak dia - Deanna Yusoff)
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:menyesal terhadap apa yang dilakukan terhadap saya kerana susah nak cari orang yang sebaik saya ni.
12. Saya akan cuba:untuk kawal nafsu makan yang melampau-lampau terutama bila balik Malaysia nanti. Saya suka makan dan rezeki sentiasa murah sebab orang lain suka memberi saya makan. Masalahnya, semua makanan tu sedap-sedap belaka dan saya tidak pernah tidak ada selera untuk makan walaupun sakit.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:SETIA ... walau apa pun yang terjadi.
14. Telefon bimbit saya:Budak sekolah pun tak akan pakai telefon bimbit yang saya pakai sekarang ni. Orang lain dah tukar tiga empat kali tapi saya masih setia dengan yang satu ni dan akan terus pakai SELAMAnya sehinggalah ianya rosak.
15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya akan tarik selimut dan cuba tidur untuk lima atau sepuluh minit lagi ... perkara yang paling best dibuat semasa winter ni ialah berada di bawah selimut.
16. Saya paling meluat apabila:
orang bertanya 'Bila Nak Kahwin'. Tak nak tanya 'Bila Nak Mati' ker? Orang kita selalu kata ajal maut, rezeki dan jodoh di tangan Tuhan, tapi masih duk sibuk tanya bila nak kahwin - tak ada jodoh lah tu! Faham!
17. Pesta/Parti adalah:
apabila semua orang menjadi diri sendiri dan happy. Mesti ada music, makanan yang sedap dan party games.
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Teddy - my cat 19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang ini kerana saya rasa 10 tahun lebih muda dan lebih berkeyakinan serta dihargai.
20. Hari ini:
saya stress sebab berat badan saya naik kerana saya makan banyak dua tiga hari yang lalu. Saya kena jauhkan diri dari nasi sebab bila makan nasi saya mesti nak tambah. Dan nasi amatlah menggemukkan.21. Malam ini saya akan:bekerja keras di gym untuk menghapuskan lemak-lemak di badan dan sebagai satu denda kepada diri sendiri yang makan tak ingat dunia baru-baru ini. Kena bekerja lebih lama di gym.
22. Esok pula saya akan:Mengajar Customer Service Excellence di Mt Wellington. Ini merupakan sesi terakhir Customer Service di Auckland.
23. Saya betul-betul inginkan:badan yang tidak cepat gemuk apabila makan sebab saya suka makan.Sesungguhnya my weight loss programme ni amatlah menyeksakan ... zahir dan batin.
24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:saya melihat senyuman yang amat manis dan baru saya perasan yang misai saya sudah ada yang berwarna putih.
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:Bak kata Enida - arked-arked ni tak main lah. Tentulah pusat membeli belah tapi tak kisahlah kat mana pun. Yang penting senang cari parking (kalau di Malaysia lah).
26. Makanan Barat atau Jepun:Dua-dua boleh saja ... sebab saya tak pernah ada masalah dengan makanan cuma makanan saja yang suka memberi masalah kepada saya.
27. Bilik yang terang atau gelap:Bilik gelap, dengan lilin yang wangi tu dan muzik Kenny G ... satu persekitaran yang paling sesuai untuk berangan.
28. Makanan segera adalah:Biskut - kejap ada kejap tak ada.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
No worries.
30. Siapa yang anda mahu tag?Zan, Alicia, Kamal (Jawab dalam Facebook okay), Lisa
Ahau-Dee