Friday, December 12, 2008

Selamat Pulang Ahau-Dee


Lokasi Gambar di Palmerston North - The Square, Windmill dan Rose Garden


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu bakal tiba. InsyaAllah, esok akan berangkat pulang ke tanahair. Alhamdulillah, walau apa pun yang terjadi masih ada keluarga dan kawan-kawan yang setia menanti.

Terima kasih Zul kerana call semalam. Very much appreciated. Berikut adalah perkara ataupun plan yang mesti dilakukan di Malaysia nanti : -

1. Makan nasi lemak daun pisang sambil baca surat khabar di kedai kopi.
2. KFC & McDonald ... sebab kat sini semua tak halal.

3. Karaoke, karaoke dan karaoke + bowling,bowling dan bowling
4. Tengok wayang ... movie marathon


5. Jalan-jalan cari makan di shopping complex dan of course - shopping, shopping dan shopping sebab balik sehelai sepinggang ... kena beli baju, seluar dan kasut baru lagi sebab beg penuh dengan hadiah saja - dan jadi macam Santa dah ni.
6. Makan Big Apple Donut di dalam kereta semasa traffic jam ... he he he

7. Celebrate birthday dengan Family di Port Dickson - 5 hari 4 malam
8. Pujuk hati di Langkawi - Kampung Tok Senik Resort
9. Jumpa kawan-kawan - Azman,Mas, Enida, Pet, Umi, Uda, Zul, Aza, Lin, Lina, Darren, Gabrielle, Jean & Tay, Uthaya, Alicia, Kamal, Kamarul, Zain, member-member & boss-boss di office lama - Sime & Ford, member-member deebers dan Wiz ( I nak jumpa you okay!)
10. Pergi ke Ipoh, Penang dan Perlis untuk berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan seperti Zan, Redzuan, my sifu - Tony Lau, member-member di NSG dan ramai lagi (kalau sempat)
11. Jumpa sanak saudara di KL & jiran tetangga ... kena buat lawatan dari rumah ke rumah ... ha ha ha
12. Buat jamuan makan di rumah untuk sanak saudara dan jiran tetangga

13. Disebabkan banyak sangat aktiviti makan maka salah satu perkara yang perlu buat ialah exercise, exercise dan exercise. Tak nak gemuk lagi ... he he he
14. Pergi spa ... massage, steam bath, sauna dan jacuzzi

15. Buat medical check-up + blood test & jumpa dentist.
Huh! Entah tercapai atau tidak semua tu ... mungkin ada yang terlupa tapi yang pasti jadual untuk sebulan sudah padat dan sendat.

Ahau-Dee

9 comments:

la Signora said...

XD pegi pesta McDonald's and KFC ye?Yeah, I'd do the same thing too.But no.1 thing to do on my list is to get a traditional massage.Tak suka sangat spa.I like the nenek yang pandai urut kat my kampong.Gila best.Kat sini, massage is AUD50.Cheh.Equivalent to 3x kene urut Nenek tu tau.Anyway, selamat balik kampong, have a safe trip and enjoy yourself!

vimmiyasmin said...

Abg Dee
Buat makan2 jgn lupa jemput saya!! hehehe!!

Ahau - Dee said...

Thanks Lisa.

Saya pun suka traditional massage ni tapi kalau nak manjakan diri ... gi spa ler. For quality, memang pakcik2 yg pandai massage ... lancar segala urat saraf ... he he he

Mummy Yasmin,

InsyaAllah ... semua tu hanya perancangan. Sebulan macam tak cukup ... ha ha ha

Wiz said...

Deeeeeeeeee! you're coming home!!! Alamak samblak dah habis ha ha ha. Tapi ytakpe, since you akan berada kat Malaysia the land of sambal, you are safe. Thanks for including me in your to meet list. I must gang up with Enida and Mas to join you. Please arrange something k. Enida and mas have my number. Will try my damnest to make it.

Jom makan!!!!!!!!!!!!

Alicia said...

Yay..I'm in the list of the person you wana meet when you are back. Anyway, I will msg you my number at facebook. Dah tukar nombor lar...

Please meet up ok! Jangan-jangan balik NZ baru nak call. Tak de hati :(

Uthaya Sankar SB said...

Nasib baik dalam senarai nombor 9 tu ada nama saya. Kalau tak, siap kau!

Jumpa nanti kena peluk-peluk ke?

ha ha ha!

Tepak Sireh said...

ni pasti masih busy kat Malaya... tak der plan nak terbang ke Sarawak ker? mai la sini, sambut new year...
anyways, Happy birthday bro!!!! nak hadiah? hang mai sini naaaa...

Zuraida jemain said...

Hai abg zahidi..igt lagi ieda cs metal? ur ex clerk la... tak sangka gi terbang jauh yek..tak kahwin lagi ke? igt dah beranak pinak.

Ahau - Dee said...

Wiz & Alicia,

Bila nak jumpa ni? My number kat sini 012-3113976.Mas & Enida pun tak jumpa lagi.

Uthaya,

Hmm ...peluk ko sedap ker? lain ler pelok saya ni ha ... montel. he he he

Shidy,

I wish ada banyak masa tapi sayang nyer tak boleh gi sarawak lagi ni ... hu hu hu. Thanks for the birthday wishes ... simpan hadiah tu ya.

Eda,

Apa khabar? Yup ... saya masih single dan botak ... ha ha ha