Tuesday, June 30, 2009

EDT Ahau-Dee


Wangi-wangian amat penting bagi Ahau-Dee. Ianya memberikan impact yang tersendiri dan banyak memainkan peranan di dalam mempengaruhi mood Ahau-Dee. Walaupun ramai yang berkata hanya lelaki metroseksual saja yang suka pakai perfume ni ha ... argh! tak kisahlah kan apa orang nak cakap ... metroseksual ker, gay ker ... yang penting Ahau-Dee tak ambil duit orang dan tak kacau orang.

Lagi pun 'I am so gay when I smell nice' ... he he he

Kalau tiba-tiba terasa seksi ataupun perasan seksi, Ahau-Dee akan memilih JPG sebab bau dia memang sungguh seksi.

Kalau terasa nak menjadi lebih yakin dan lebih dominant, Ahau-Dee akan memilih Eternity - bauan yang evergreen dan classic. Memang terasa 'manly' sangat ... ha ha ha.

Attitude Giorgio Armani pulak akan membuatkan Ahau-Dee terasa lebih tenang dan selesa. Bila ada training atau meeting penting pula, Ahau-Dee lebih suka memilih Armani Code. Jika hendak buat sesuatu yang lebih active, Fleur Du Male akan menjadi pilihan. Mulanya tak suka sangat bau dia tapi bila bercampur dengan peluh ... hmmm ... not bad at all.

Untuk sesuatu yang lebih exclusive, Bvlgari pula menjadi pilihan. Cuma CK One saja belum digunakan lagi ... nak simpan untuk dipakai bila balik Malaysia nanti.

Hmmm ... life is great kan : )

p/s : entah apa-apa posting kali ni ... hentam jer lah labuu ....

Ahau-Dee

Friday, June 26, 2009

Apa Sebenarnya

Ada cerita yang nak diceritakan. Ada rasa yang nak dikongsi bersama tetapi tiada kata-kata yang sesuai untuk diungkapkan. Terlalu rumit tetapi jari-jari ni gatal juga nak menaip sesuatu. Arghh! Buat apa nak pening kepala kan?

Orang kata 'a picture is worth a thousand words' dan terjumpa gambar ni yang dapat merungkaikan segala-galanya.

Have a great weekend everyone !

Ahau-Dee

Wednesday, June 24, 2009

Ada masanya ...

Ada masa-masanya Ahau-Dee stress ... bila apa yang dirancang tak jadi dan bila banyak buat silap dari buat benda yang betul ... especially bila tidak dapat menepati standard yang Ahau-Dee tetap kan ... he he he. Apa pun, kena belajar dari pengalaman.

Tapi kalau tak stress pun tak best jugak hidup ni kan? Bila stress, mulalah fikir nak makan itu nak makan ini ... tapi la ni tak boleh makan banyak sebab duk pulun nak kurus. Itu pun terbabas jugak sikit ... nasib baik sikit jer. Semalam makan ikan cod panggang lagi ... patutnya sedap tapi jadi tak sedap ... tak tahu pasal apa.

Bila stress, kadang-kadang duduk depan computer tak tahu nak buat apa walaupun kerja berlambak nak kena buat. Mula lah buka file, tutup file dan akhirnya jumpa gambar lama ni ... gambar tahun 2007. Hilang stress kejap.

Hmmm .... I miss my son sebab dia tahu teknik untuk menghilangkan stress Ahau-Dee ... I need a hug !!! Anyone?

p/s : my boss cakap ... don't take it so serious ... ok boss!

Ahau-Dee

Sunday, June 21, 2009

Petua Ahau Dee 2 – Self-Branding


Di Coogee Beach, Sydney

Penjenamaan Diri? He he he … bukan barang-barang saja yang ada ‘brand’ … diri kita pun ada ‘brand’ juga. Ianya memberikan ‘aura’ yang tersendiri kepada seseorang individu. Aura yang dapat membantu dalam banyak perkara terutamanya di dalam karier kita dan kehidupan peribadi.

Walaupun perkara ini very subjective tetapi ianya tetap menarik untuk diperkatakan. Setiap orang ada cara yang tersendiri di dalam proses ‘self-branding’ ni kerana setiap manusia itu berbeza. Yang penting setiap perbuatan itu ikhlas dan mempunyai niat yang baik, pasti akan berhasil.

Di sini Ahau-Dee ingin berkongsi amalan-amalan Ahau-Dee di mana Ahau-Dee percaya dan yakin ianya memberi impact yang tersendiri di dalam kehidupan Ahau-Dee
Keindahan landscape dan bangunan di Sydney.

1. Sentiasa menetapi waktu samada di tempat kerja ataupun ketika membuat temujanji dengan kawan-kawan. Kalau boleh, cuba sampai di sesuatu tempat itu 15 minit sebelum waktu yang dijanjikan. Ini adalah titik permulaan untuk membina kepercayaan orang lain terhadap kita dan seterusnya akan membantu membentuk penjenamaan diri kita. Kita perlu menghormati orang lain kerana ‘masa’ mereka juga amat berharga.
2. Don’t leave people in the dark !!! Yang ini Ahau-Dee belajar dari my Sifu, Jean. Sentiasa balas setiap email, sms ataupun phone call. Jangan biarkan orang tertanya-tanya samada kita terima message tersebut ataupun tidak. Perkara ini juga Ahau-Dee tekankan di dalam setiap training yang Ahau-Dee buat di Auckland ni dan berikut adalah salah satu email yang Ahau-Dee dapat dari salah seorang peserta.

Hi Zahidi

No Problem, if it wasn't for your training i wouldn't have e-mail you back that i received your e-mail, but due to your training i will acknowledge that i have received your e-mail

Cheers Glenn........

3. Menjadi sukarelawan apabila diperlukan. Tak kisahlah untuk aktiviti apa pun. Walaupun hanya menjadi committee untuk menganjurkan sesuatu majlis. Yang penting kita lakukan tugas dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab tanpa mengharap sebarang balasan.

4. Sentiasa ceria bila bersama orang lain terutama di pejabat ataupun di majlis keramaian. Sebarkan ‘positive energy’ di sekeliling anda. Di pejabat Ahau-Dee dikenali sebagai ‘The Happy Man’. Jangan rosak majlis ataupun mood orang lain dengan cerita-cerita sedih kita kecuali kawan-kawan rapat yang sanggup mendengar. Orang lain pun ada masalah sendiri yang perlu diselesaikan. Sehingga kini Ahau-Dee masih belajar untuk sesuaikan diri mengikut majlis.
Di dalam Queen Victoria Building, Sydney.

5. Menjaga harta awam atau barang orang lain seperti menjaga barang sendiri. Hormati hak orang lain. Ahau-Dee agak terkejut apabila seorang rakan yang amat mementingkan hal-hal agama berkata – Aku gunakan ‘machine tu’ sampai maksimum, kalau rosak pun, bukan barang aku! Sebab itulah Ahau-Dee sedaya upaya tak nak pinjam barang orang lain tetapi kadang-kadang tu … terpaksa jugak … he he he.

Banyak lagi amalan lain tetapi ianya mungkin sesuai untuk masuk kategori petua yang lain pula … so, cukuplah dulu dengan lima petua di atas dan posting berikutnya ialah petua untuk menambahkan keyakinan diri.

Apa macam ok tak siri petua ni? He he he

Komen jangan tak komen : )

Ahau-Dee

Thursday, June 18, 2009

Siri Baru - Petua Ahau-Dee 1

Kita lupakan sejenak programme mission impossible Ahau-Dee dan jika anda ingin tahu perkembangannya, sila lihat counter di side bar blog ini. Ahau-Dee akan cuba update in daily basis.

Seperti yang dijanjikan di dalam posting sebelum ini, kali ini Ahau-Dee ingin berkongsi petua-petua ataupun amalan yang selalu Ahau-Dee praktikkan di dalam kehidupan ini. Bukannya bertujuan nak ajar orang lain atau nak tunjuk hebat tapi sajer jer … just for fun dan mencari kelainan … sebab dah tak ada cerita lain sebenarnya … he he he.

Sambil tu, Ahau-Dee letakkan gambar-gambar yang diambil semasa bercuti di Sydney baru-baru ni … tak banyak gambar yang menarik sebab cuaca buruk dan banyak gambar yang kelam dan suram. Guna pulak kamera murah … macam tu lah jadinya.

View dari bilik hotel - Marriott Sydney, Tingkat 13

Perlu diingatkan di sini bahawa semua petua yang ditulis di dalam blog ini adalah pandangan PERIBADI Ahau-Dee. Maka tiada kajian saintifik dapat membuktikan samada ianya berkesan ataupun tidak … ha ha ha. Semuanya berdasarkan my common sense and based on my personal values + my belief system + my experience + my observation.

Tajuk siri ‘Petua Ahau-Dee’ yang pertama ini ialah ‘Petua Murah Rezeki’. Mengikut ‘kamus’ Ahau-Dee, rezeki bukan sahaja bermaksud wang ringgit ataupun harta benda tetapi apa sahaja perkara baik yang berlaku terhadap diri kita dan yang memudahkan kehidupan kita. Alhamdulillah, rezeki Ahau-Dee sentiasa murah dan tidak pernah berhenti.

Contohnya bila kita tidak ada idea untuk buat sesuatu, ada sahaja kawan-kawan yang sudi tolong. Walaupun Ahau-Dee ini bukan kategori orang yang bijak pandai tetapi Ahau-Dee mempunyai kawan-kawan yang banyak pengalaman dan yang paling best, mereka ini tidak kedekut berkongsi ilmu pengetahuan dan sentiasa membantu Ahau-Dee. Itulah rezeki namanya.

Maka Petua Murah Rezeki Ahau-Dee adalah seperti berikut :-

1. Sayangkan makanan. Bila makan mesti kena makan sampai habis. Biar licin pinggan tu dan jangan biar tertinggal sebutir nasi pun. Kalau tak boleh makan banyak, ambil sedikit sahaja. Jangan membazir. Ahau-Dee akan pastikan apa yang terdapat di pinggan Ahau-Dee akan licin termasuklah hiasan-hiasannya sekali … he he he. Jangan sesekali buang makanan yang masih elok. Arwah mak Ahau-Dee selalu berkata …rezeki tu menangis : (

p/s : Dulu Ahau-Dee pernah dapat gelaran “Majlis Perbandaran’ sebab selalu habiskan makanan yang tidak habis.

Art Gallery - Gambar dari depan & belakang ... cantik-cantik building kat Sydney

2. Rezeki jangan ditolak. Jika ada sesiapa yang mempelawa Ahau-Dee makan, contohnya bila seseorang pelawa makan kacang … Ahau-Dee tidak akan menolak walaupun Ahau-Dee tidak suka makanan tu … at least ambil sedikit sahaja sebagai menghormati pelawaan orang tersebut. Jangan fikir apa pandangan orang, yang penting dari rezeki sekecil itulah akan mendatangkan rezeki yang lebih besar.

Harbour Bridge yang famous di Sydney

3. Sentiasa buatkan orang lain ‘Happy’ terutamanya orang-orang yang kita sayang dan baik dengan kita. Contohnya jika hendak belikan hadiah buat seseorang, Ahau-Dee akan dapatkan hadiah yang terbaik walaupun kos mencari hadiah itu lebih tinggi dari harga hadiah tersebut tetapi yang penting hati terasa puas dan si penerima akan gembira. Omputih kata … go extra miles. Ahau-Dee juga suka melakukan kejutan atau buat sesuatu yang berlainan dan bila si penerima tersenyum riang, itulah kepuasan yang tidak terhingga. Berikan yang terbaik di dalam apa saja yang dilakukan jika ianya melibatkan orang lain.

Di Circular Quay ... jalan-jalan cari makan ... punyalah mahal.

4. Jangan berkira sangat dari segi duit ringgit, harta benda, tenaga, ilmu dan apa saja yang kita ada. Kalau boleh berkongsi dengan orang lain, apa salahnya? Selagi boleh tolong orang, kita tolong. Asalkan tidak melebihi batasan dan jangan sampai orang lain mempergunakan diri kita. Sekali orang buat baik dengan Ahau-Dee, seribu kali Ahau-Dee akan cuba membalasnya dan sentiasa ingat setiap kebaikan orang lain pada Ahau-Dee. Kadang-kadang stress jugak sebab sentiasa nak balas budi baik orang lain sebab terlalu ramai orang yang baik terhadap Ahau-Dee ni. Apapun, Ahau-Dee akan tetap cuba sedaya mungkin.

Apa macam? Logik tak? Ha ha ha ….. Komen jangan tak komen.


Tak ingat dah bangunan apa ni ... ha ha ha

Ahau-Dee

Tuesday, June 16, 2009

Gambar Lama ...

Ketika sedang mencari material untuk training, Ahau-Dee terjumpa gambar-gambar lama dan terpanggil untuk diletakkan di dalam blog ini. Ianya juga sebagai satu perangsang untuk mencapai target di dalam Mission Impossible 2009.... macam-macam lah ko ni kan ... ha ha ha

Gambar di atas di ambil pada tahun 2001 (kalau tak silap) semasa Ahau-Dee menjadi salah seorang pemenang Best Dress di Annual Dinner CS Group ... kalau tidak silap masa tu berat badan Ahau-Dee dalam 78 kg.
Gambar di bawah ini pula di ambil di Langkawi pada tahun 2002/3 (lebih kurang lah) dan masa ni kalau tidak salahlah, berat badan Ahau-Dee dalam 80kg ...So, just imagine kalau Ahau-Dee berjaya turun sampai 75kg ... tentu lebih bagus kan kan kan .... ha ha ha

Dan yang di bawah ini pulak, Ahau-Dee bersama sahabat karib yang dah berkawan berpuluh-puluh tahun lamanya (boleh buat novel ... ha ha ha ) ... Mas dan Enida.

Gambar ini di ambil di Training Room, CS Metal Industries (M) Sdn. Bhd. ketika Mas dan Enida dengan baik hatinya sudi menjadi speaker jemputan untuk programme Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Ahau-Dee untuk pekerja di Corporate Office ... di atas dasar kawan ... dia orang tak kenakan bayaran pun ... FOC ... Thanks Mas & Enida : )

Sampai sekarang Ahau-Dee tetap ingat apa yang mereka ajar tentang kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan di dalam Bahasa Inggeris. Sampai ke Auckland kubawa ilmu itu ... he he he. Masa tu rambut ada banyak sikit ... ha ha ha ... sekarang dah tak ada ... hu hu hu.


p/s : Posting 'Petua Ahau-Dee' akan menemui anda tidak lama lagi ... tiba-tiba rasa nak berkongsi petua dengan kawan-kawan ... sajer jer nak memeriahkan blog ni ... sambil tu, boleh letakkan gambar-gambar semasa di Sydney ... tunggu okay : )

Ahau-Dee

Sunday, June 14, 2009

Mission Impossible 2009 - updated

Bandaraya Sydney

Seperti yang tertulis di dalam my profile, Ahau-Dee adalah seorang anak Malaysia yang tidak pernah jemu-jemu untuk menguruskan badannya. Ramai yang telah sedia maklum sejak berada di bumi Kiwi ini, Ahau Dee telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg (as of today 22 kg).

Ketika datang sini dulu, berat badan Ahau-Dee ialah 107kg dan hari ini 85kg. Ahau-Dee perlu turunkan lagi 10kg untuk mendapat berat badan ideal iaitu 75kg. Memandangkan musim winter ni ... cabarannya bertambah hebat sebab cepat lapar, maka Ahau-Dee ingin mencabar diri sendiri dengan meletakkan survey seperti yang dapat anda lihat di side bar blog ini.

Sudah hampir 6 bulan berat badan Ahau-Dee berada di tahap 85 - 87 kg dan tidak turun-turun. Tidak boleh 'tidur' lagi ... he he he ...banyak sangat halangan sejak akhir-akhir ini. Sengaja Ahau-Dee menulis posting ini sebab ianya akan menjadi satu cabaran kepada Ahau-Dee.

Kalau tak berjaya ... malu sendiri ... he he he dan Ahau-Dee akan update kan berat badan setiap hari di blog ini (sila lihat di side bar) sebagai salah satu 'Action Plan' untuk menunjukkan betapa seriusnya Ahau-Dee kali ini. Yes !!!

p/s : Kalau berjaya, boleh lah selepas ini Ahau-Dee menjalankan kursus bagaimana untuk menjadi kurus ... ha ha ha

Ahau-Dee

Saturday, June 13, 2009

Lesson of the week : )


Group ke 11 - 11 June 2009

Setiap kali ada training, Ahau-Dee akan menjadi ‘nervous’ especially bila melihat senarai peserta yang terdiri daripada senior managers dan juga mereka-mereka yang agak ‘dingin’ dan selalu memandang Ahau-Dee dengan sebelah mata. Lebih pening jika ‘level’ setiap peserta agak jauh berbeza, contohnya ada bakal supervisor, foreman, junior executive, senior executive dan senior manager. Jika terlalu advance, yang si junior akan ketinggalan dan kalau buat terlalu basic, senior manager akan bising – nothing new … maka terpaksalah mencari keseimbangan yang sememangnya amat sukar.

Walaupun dah 10 kali mengadakan Leadership Fundamentals Training tetapi untuk sesi yang ke 11 & 12 baru-baru ini, Ahau-Dee benar-benar rasa tercabar disebabkan faktor di atas sehinggakan terpaksa merombak hampir keseluruhan material dan akibatnya tidur pun tak lena sebab asyik duk fikir pasal training. Gelisah dan menggelabah tidak tentu pasal.

Group ke 12 - 12 June 2009

Maka hasilnya, untuk sesi ke 11, Ahau-Dee kurang berpuas hati (rasa macam ada yang tak kena) tetapi tetap mendapat maklum balas yang baik terutamanya daripada Senior Managers sehingga ada yang menghantar email memuji sesi tersebut. Bila membaca komen mereka di dalam Evaluation Form pun membuatkan Ahau-Dee tersenyum.

Untuk sesi ke 12, Ahau-Dee cuba buang jauh-jauh perasaan ‘nervous’ dan hasilnya benar-benar menakjubkan. Ahau-Dee amat berpuas hati dan mendapat maklum balas yang cukup positif. Pengajarannya ialah – kena selalu yakin pada diri sendiri dan jangan terlalu fikir atau risau tak tentu pasal. Buat yang terbaik dan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Perasaan ‘worry’ tu telah membuatkan Ahau-Dee stress dan sebab tu lah rambut makin tak ada … ha ha ha.

Lagi satu pengajaran yang Ahau-Dee dapat ialah tak kenal maka tak cinta – Managers yang selama ini begitu dingin dengan Ahau-Dee, rupa-rupanya mereka begitu mesra cuma sebelum ini tidak ada peluang untuk kenal dengan lebih rapat sebab semua orang sibuk dengan kerja. Bila mereka mendapat tahu yang Ahau-Dee akan kembali ke Malaysia lagi 3 bulan ... ramai yang berkata Ahau-Dee patut terus bekerja di sini : )

Pengajarannya, janga terlalu mudah ber prasangka buruk dengan orang lain ... he he he. Bukannya tak tahu tapi kadang-kadang Ahau-Dee ni ada inferiority complex dan low self-esteem. Itu lah cabarannya.

Lagi satu Ahau-Dee ini terlalu mahukan yang terbaik sehinggakan benda yang dah okay pun nak diubah lagi ... ha ha ha . Berikut adalah beberapa komen yang Ahau-Dee terima dari para peserta yang memberi semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap sesi yang akan Ahau-Dee buat selepas ini.


Komen di atas ialah dari salah seorang senior manager yang membuatkan Ahau-Dee rasa begitu terharu.

Ahau-Dee

Wednesday, June 10, 2009

Aduh! Terharu sungguh !!!


Nak tahu kenapa tiba-tiba Ahau-Dee rasa terharu? Sila singgah ke blog sahabat lama Ahau-Dee, Ketam oh Ketam (Zan). Speechless bak kata omputih ... he he he

Terima kasih Zan walaupun rasanya perkataan 'hebat' itu macam tak betul jer ... ha ha ha. Anyway, Zan baru jer celebrate birthday dia baru ni. Semoga berbahagia & success selalu.

Thank you for being my best friend : )

Ahau-Dee

Friday, June 5, 2009

Jejak Kasih ... Ha ha ha


Setelah hampir 5 tahun tidak berjumpa dan kembali berhubung sejak setahun yang lalu melalui blog, akhirnya barulah Ahau-Dee berkesempatan berjumpa dengan si Tepak Sireh yang berada di Auckland semalam sebagai finale jelajah New Zealand beliau.

Ahau-Dee mengenali beliau sejak tahun 1997 dan our friendship macam biskut 'chipsmore' - kejap ada, kejap tak ada ... he he he. Apapun, friends are forever kan ... walaupun tak jumpa tapi bila dah jumpa ... 5 tahun punya cerita boleh dirumuskan dalam masa 5 jam ... ha ha ha. Beliau tidak banyak berubah dan masih macam dulu ... bla bla bla (kena tapis tak boleh cerita dalam blog ni ... ha ha ha)
Kami pergi makan di Kaya + Toast, Ahau-Dee membawa Tepak Sireh melihat 'night life' di Auckland dan sambung pula makan di salah satu Indian Restaurant di sini sebelum mengucapkan 'Selamat Tinggal'.
Dan perjumpaan seterusnya akan berlangsung di Miri pulak sebab Ahau-Dee tidak pernah ke sana. Bagus jugak ada kawan di merata tempat ni kan ... he he he . InsyaAllah, bulan December nanti okay : )
Ahau-Dee

Tuesday, June 2, 2009

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Sydney 1


Kalau nak dikira dari segi pengalaman melawat tempat orang, Ahau-Dee boleh dikategorikan sebagai terlalu ‘mentah’ dan kurang ‘arif’ dalam banyak perkara. Maka apabila ada orang mempelawakan dirinya untuk menemankan Ahau-Dee melawat Sydney, maka jadilah seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Alasannya, dia terlalu sukakan Sydney dan setiap tahun akan ke sana. Agak terharu juga sebab dia sanggup keluarkan duit untuk temankan Ahau-Dee.

Maka dipendekkan cerita, terbanglah kami berdua ke sana. Hari pertama di sana semuanya berjalan dengan lancar tetapi bila masuk hari kedua, ‘tension’ pun mula bertandang, ‘rimas’ pun datang singgah dan ‘stress’ pun memberi salam tetapi Ahau-Dee terus ‘cool’ saja sebab tidak mahu merosakkan majlis … ha ha ha

Apapun, adakah anda akan merasai apa yang Ahau-Dee rasa jika ‘travelling partner’ anda mempunyai sikap-sikap berikut? Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan Ahau-Dee?

Sambil itu nikmatilah gambar-gambar yang lain daripada yang lain ataupun yang Ahau-Dee rasakan unik sebagai melatari posting kali ini … ha ha ha

Golden Water Mouth di China Town – rekabentuk yang dihasilkan untuk create a Yin –Yang harmony (Feng Shui) di mana element gold, wood, water, fire & earth digunakan untuk menghasilkan positive energy and good fortune.

1. Beliau seorang yang terlalu ‘rigid’ dan tidak ‘flexible’. Semuanya kena ikut perancangan yang ditetapkan. Dia tetapkan itinerary dan kena complete ikut masanya. Kalau tidak, mulalah ‘buat muka’. Terasa seperti percutian robot pulak.

Masalah bermula apabila Ahau-Dee habiskan hampir sejam di Paddy’s Market untuk membeli souvenirs dan beliau terus jadi ‘cranky’ sambil berkata ‘this is my holiday too’. Itu pun, Ahau-Dee hanya singgah di dua kedai dan borong apa yang patut.

Tak ada sebarang description untuk rekabentuk diatas ni tetapi ianya tetap unik.

2. Yang lucunya bila kami habiskan masa hampir tiga jam di Shopping Mall seperti Myrer & David Jones dia tak kisah pulak. Rupa-rupanya, beliau tidak suka environment di Paddy’s Market … low class kononnya. Huh! Ahau-Dee tak mampu nak beli souvenirs yang mahal-mahal.
Memorial to the victims of the Bali Bombings di Coogee

3. Beliau hanya hendak makan di Restaurant sahaja tetapi pada masa yang sama dia akan tanyakan pada Ahau-Dee nak makan dimana. Bila Ahau-Dee berikan cadangan, mulalah dia buat expression muka yang kurang menyenangkan. Bila suruh dia decide, dia suruh Ahau Dee balik. Huh!

Ada satu ketika tu, bila restaurant penuh, kami singgah di salah satu Food Court, Yang menariknya, dia merungut sebab tidak tahu apa bahan yang diletakkan dalam setiap meal sebab biasanya food court hanya letakkan gambar. Mana ada food court yang akan sertakan description seperti di restaurant.

Dia juga merungut Food Court bising tapi bila makan di restaurant yang mejanya rapat-rapat dan harga makanannya $30 satu pinggan, orang ketawa berdekah-dekah dan bising, dia boleh kata … I love this place and the environment. Aduh! Berlubang poket Ahau-Dee.

Di antara banyak-banyak statues di Sydney, Ahau-Dee paling suka statue ni … nasib baik kain dia tak terselak kan … ha ha ha

4. Bila hendak ke satu destinasi, dia akan terus berjalan dengan lurus dan terus pandang ke depan sedangkan Ahau-Dee seperti selalu akan memandang kiri dan kanan … maklumlah pelancong … dan itu pun akan menimbulkan satu suasana yang tegang juga sebab Ahau-Dee selalu tertinggal di belakang. Hey! That was my first time in Sydney & it was my holiday too … ha ha ha

Pameran Dinasour di Australian Museum
5. Beliau tidak dapat menerima hakikat apabila berlaku beberapa perubahan di Sydney, contohnya kaunter pakaian lelaki dah bertukar – dulu di sini dan kenapa sekarang dah ada di tempat lain, Hey! Banyak perkara boleh berlaku dalam masa setahun kan? Sehinggakan signage terbentang menunjukkan arah pun dia masih terus menuju ke tempat yang kononnya dia rasa betul (setahun yang lalu). Maka Ahau-Dee biarkan saja dia sampai akhirnya dia sedar sendiri…. He he he … nasib aku lah labuuu ….

Lelaki ini begitu bijak mengimbangi crystal ball & mendapat perhatian ramai. Selepas itu jumpa dia di Pitt Street pulak secara solo. Agaknya, tak nak kongsi duit dengan partner dia kut … he he he

6.Beliau tidak mahu menaiki bas sebaliknya hanya naik teksi … berlubang lagi poket Ahau-Dee.

Agaknya lelaki ini buat charity event kut untuk gembirakan kanak-kanak ... but it was fun

Ketika membeli belah di kedai ini tiba-tiba terdengar seorang wanita berkata yang tahun lalu pun kedai ini nak tutup … agaknya banyak sangat stock sampai ambil masa setahun untuk tutup … he he he

7. Beliau juga terlalu ‘organised’. Ingat ker di rumah dia saja macam tu. Rupa-rupanya sampai ke hotel. Bayangkan lah , apa gunanya bayar hotel mahal-mahal tetapi kita tetap kena basuh pinggan … he he he … pelik mat salleh seorang ni.

Buah-buahan di Royal Botanic Garden … ops! Bukan buah ler tapi kelawar yang sedang lena dibuai mimpi.

8. Kesimpulannya dia mudah ‘stress’ untuk perkara-perkara kecil dan semuanya akan terpancar jelas di wajah dia ataupun body language dia and too bad … Ahau-Dee ni dah jadi pakar ‘body language’ … ha ha ha… mudah sangat sense setiap perubahan cuaca.

Burung Jadian tiba-tiba muncul di kawasan sekitar Sydney Opera House . Siap dengan bunyi-bunyian lagi …. sebiji macam burung … nasib baik burung di dalam seluar tu tidak terlepas dari sangkar … ha ha h a

Banyak lagi perkara-perkara kecil yang susah nak ditulis tapi hanya boleh merasa dan bila dia tanya macam mana pengalaman Ahau-Dee, maka Ahau-Dee katakan pada dia inilah percutian yang paling stress pernah Ahau-Dee alami dan senaraikan benda di atas.

Beliau hanya terlopong dan kemudian minta maaf. Anyway, dia tetap my Buddy : ) Hidup ini terlalu singkat untuk bergaduh, membenci ataupun marahkan orang lain. 'World Peace' kononnya … lagipun ianya satu pengalaman juga.
Burung Kakak Tua yang terbang bebas di Royal Botanic Garden dan tiba-tiba seekor terus mendarat di atas tangan Ahau-Dee. Pedih jugak kena patuk … ha ha ha
Morale of the story … berhati-hatilah di jalan raya. Ops! Berhati-hati lah memilih travelling partner … kena satu kepala dan satu angin biarpun apa musimnya … ha ha ha. Dan pastinya, untuk trip ke South Island bulan September nanti, Ahau Dee akan bercuti seorang diri … ha ha ha … lesson learnt!!!

Ahau-Dee

Monday, June 1, 2009

Salam dari Sydney ... kononnya ...

Pada saat dan ketika posting ini ditaip, Ahau Dee berada di Marriott Hotel, Sydney. Tiba-tiba teringat nak tulis sesuatu ketika berada di sini sebab esok nak balik dah. Maklumlah pertama kali jejak kaki ke bumi Australia ni kan ... jadi excited dia lebih sikit lah. Nak tinggalkan kenangan di dalam blog ini.

Gambar-gambar belum diproses lagi. Kena tunggu next posting. Apa yang menarik pada trip kali ini? Hmmm ... Ahau Dee tersalah pilih travelling partner. Maka 'Jalan-Jalan Ahau-Dee' kali ini agak stress sikit tetapi secara keseluruhannya still enjoy sebab Ahau-Dee sentiasa apply teori 10/90 - 10% yang berlaku kepada kita adalah diluar kawalan kita dan lagi 90% adalah di dalam kawalan kita iaitu bagaimana kita mengawal minda kita dan reaksi kita terhadap apa yang berlaku ... lebih kurang begitu lah. Life goes on bak kata omputih kan ... he he he

Selepas ini kena berhati-hati untuk mengajak sesiapa untuk pergi bercuti. Tak per, yang penting belajar dari pengalaman. Ataupun, lebih baik jalan sorang-sorang. Lagi senang ... he he he

Apa ceritanya? Hmmm ... tunggu next posting lah. Sambil cerita, sambil letakkan gambar-gambar di Sydney. Di sini cuaca agak kurang baik maka gambar-gambar tak cantik sangat.

Sehingga di sini dulu. Cheers : )

Ahau-Dee