Thursday, July 31, 2008

Tersasar ...


Aku gagal kali ni. Gagal untuk turunkan berat badan sehingga 85kg pada 1 August. Inilah akibatnya bila melanggar pantang. Di tambah pulak dengan cuaca buruk di sini … my regular exercise pun terbantut.

Sedar-sedar saja naik beberapa kg pada pertengahan bulan sehingga terpaksa berhempas pulas semula untuk mencapai target. Sejak 2 minggu lalu, aku dah mula exercise di gym ... sekurang-kurangnya sejam sehari.

Akhirnya, aku berjaya kembali ke angka 88kg. 19kg berjaya diturunkan sehingga hari ini.

Seterusnya ... kena teruskan usaha dan belajar dari kesilapan. Tidak mahu terlalu obsess dengan weight loss programme ni tapi terus berusaha sampai berjaya turun sehingga 75kg pada 1 December nanti. 5 months to go ... Insyaallah.
Ahau-Dee

Sunday, July 27, 2008

Minggu yang Kelam

Mimpi ngeri peminat All Blacks menjadi nyata semalam apabila coach Robbie Deans berjaya membimbing Wallabies untuk mengalahkan All Blacks dengan penuh bergaya 34 – 19 di dalam Bledisloe Cup rugby opener di ANZ Stadium semalam.
Robbie Deans adalah bekas assistant coach All Blacks di mana beliau sepatutnya menjadi coach All Blacks. Oleh itu perlawanan semalam lebih kepada Robbie vs All Blacks. Akhirnya Robbie berjaya membuktikan bahawa keputusan All Blacks dulu adalah satu kesilapan. Beliau adalah orang luar pertama yang menjadi coach bagi Australia.
Pastinya New Zealanders akan bermuram durja disepanjang minggu seperti mana cuaca buruk di sini. Yang pasti ianya akan menjadi topic hangat dalam HR meeting esok.

Aku yang tak pandai langsung pasal rugby ni pun melekat di depan tv sampai akhir. Di hadapan hampir 80,000 penonton ternyata All Blacks kehilangan arah dan Wallabies menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Memang best pun.
Rugby adalah nyawa bagi New Zealanders tak kira lelaki ataupun perempuan. Rugby dianggap permainan lelaki yang sejati. Bagi mereka ‘football’ adalah permainan untuk gay sahaja. Ha ha ha

All Blacks terkenal dengan aksi ‘Hakka’ sebelum permulaan setiap perlawanan.Ianya adalah tradisi pahlawan Maori sebelum bertempur di medan perang dan sering ditunggu-tunggu oleh para penonton.
Ahau - Dee

Wednesday, July 23, 2008

Approved!

Basically my boss dah pun approved my leave application hujung tahun ni. Harap-harap tak ada apa yang berlaku dan aku boleh balik kampung 18 Dec nanti sampailah 9 January. As you can see at the sidebar ni aku sedang menghitung hari nak balik kampung... he he


Something to look forward and I am really excited. Macam-macam plan dah ada dalam kepala sekarang nih.


So kawan-kawan, email me and we can plan a get together soon. And the best part, I will celebrate my birthday and new year at home with a new look and brand new Zahidi. Yes!

School of Music, University of Auckland


Ahau - Dee

Monday, July 21, 2008

Vol 6 - Apa yang bezanya ?

Apa pulak yang beza kali ini?

Text language allowed in exams ! Huh! Biar betul ? Nampak gayanya segala benda boleh di New Zealand ni. Walaupun banyak pihak yang membantah tapi as at today, the ‘text generation’ are allowed to use their abbreviated form of language in some school exams.

Cuba bayangkan jika perkataan di dalam gambar kat bawah ni diguna pakai di dalam exam. Tak ker pening kepala pemeriksa lebih-lebih lagi bagi orang lama.

'Yourself' jadi 'urself', 'great' jadi 'g8', 'tomorrow' jadi '2moro' dan macam-macam lagilah. Apa yang pasti, ianya tak mungkin berlaku di Malaysia!

Hmm … apa sajalah Labu … yang penting bahagia.

Ahau - Dee

Thursday, July 17, 2008

Vol 5 - Apa yang bezanya?

Apa pulak kali ni? Tentulah programme TV kat sini. Seperti yang kita tahu, New Zealand amalkan 'freedom' jadi begitulah jugak program tv kat sini. Bebas segala.

Ada banyak program yang menarik tapi program ni yang menarik perhatian aku walaupun program ni dari Britain tapi aku suka isu yang ditampilkan.

Yang pasti ianya tak akan lepas di Malaysia lah. Nak baca sinopsis nya ... tu ... kat bawah tu.

How to Have Sex After Marriage

Tuesday July 22 at 9.30pm - Episode 7

Melani and Brian Vermaas married 6 years ago after a 3-month whirlwind romance. In the early stages of their relationship they couldn't keep their hands off each other and their lovemaking was so frequent and so loud one of their neighbours moved out.

Brian, fell head over heels in love with Melani (31). He bombarded her with 30 text messages a day until she agreed to go out with him. They spent their month long honeymoon sailing round the med having sex at every beach they arrived at.

Now the spark has fizzled out and 31 year-old Brian is struggling to perform, Melani has delivered an ultimatum; if their problems in the bedroom can't be fixed she will walk out of the marriage.

When Brian was made redundant their problems started to surface. A new job, working 70-80 hours a week for less money took its toll on his confidence and started affecting their sex life.
Sex has gone from twice a day marathon sessions to mundane mechanical sex, once every 6 weeks. Brian struggles to maintain his erection and Melani is rarely satisfied.

A successful plus size model, Melani knows she can get sex elsewhere but up until now has only wanted her husband. However, things have got so tough for them she says the show is their last chance.
Hmm ... menarik kan?
Ahau - Dee

Tuesday, July 15, 2008

Vol 4 : Apa yang bezanya?

Mee maggi

cepat dimasak

sedap dimakan ...

Hmm ... ingat lagi tak lagu iklan tu? Nostalgia kan? Apa yang beza kali ini? Sudah tentu perasanya berbeza tetapi bukan itu yang aku nak ceritakan di sini.

Di New Zealand, MAGGI tidak disebut seperti kita sebut di Malaysia. Di sini, orang Kiwi sebut 'Ma Jee' (sebutan Ma tu macam kita sebut Magazine). So, aku kena fine tune kan lidah aku ni untuk sebut 'Ma Jee' ... kalau tak depa tak faham ... he he h e

Ahau - Dee

Monday, July 14, 2008

Saturday, July 12, 2008

Vol 3 - Apa yang bezanya?

Apa yang bezanya kali ini? Hmm ... apa lagi, HUJAN lah! Di Malaysia pun ada hujan kan tapi hujan di Auckland ni lain macam sikit.

Aku namakan ia 'Hujan Main -Main'! Tiba-tiba jer hujan dan bila kita baru nak buka payung, hujan pun berhenti. Lepas tu, baru berjalan sepuluh tapak, hujan turun balik dengan lebatnya. Then, berhenti. Dalam cuaca cerah pun hujan boleh turun. Tak ada petanda langsung. Macam tu lah selalu.

Lupakan saja 'baju hujan' sebab ianya tak praktikal kat sini. Angin kat Auckland ni kuat sungguh. Dalam 3 bulan, sudah 3 payung aku bertukar. Sebulan satu payung.

Huh! Setakat sejuk tu boleh tahan lagi tapi bila sejuk + angin + hujan = tu yang buatkan tak tahan kat sini. Aku kena selsema teruk sekarang ni . Nampak sangat made in Malaysia ni tak cukup kuat. He he he

The worst part ianya membantutkan my weight loss programme. Nak berjalan kaki pergi/balik office pun kena fikir dua tiga kali ... sudahnya naik bas lah. Cam ner nak turun 85 kg ni?
Dan cuma tinggal 19 hari saja lagi nak capai target. Huh! Cobaaaaannnnnn!
Ahau - Dee
p/s : Ahau - Dee berubah wajah lagi , rasa semak pulak format sebelum ni. Bak kata omputih, less is more and I like it !

Friday, July 11, 2008

Syukur ...

Gambar : Pantai di North Shore

Rasanya kengkawan kat Sime Darby semuanya dah dapat surat 'cinta' dari boss masing-masing sebagai menghargai 'cinta' yang dicurahkan sepanjang financial year 07 / 08. Tentunya ada pelbagai versi 'cinta' dalam surat masing-masing ... ada yang manis, pahit, kelat, masam dan macam-macam lagi.

Seterusnya kena terus buktikan ke'cinta'an terhadap kerjaya masing-masing dengan new KPIs untuk FY 08/09 ... and I have a long list. Huh! (terpaku kejap dok pikiaq macam mana nak achieve semua KPIs tu)

Apapun ... Alhamdulillah di atas rezeki yang Tuhan beri & semalam aku terima surat 'cinta' tu dari Peter ... cuma kali ini surat 'cinta' aku berbeza sikit dan buatkan aku tersenyum.

excerpt from my salary review letter :

I want to congratulate on the way you have moved into your role in a new country and to thank you for the hard work you done. You are a respected and valued member both of the HR team and of the company and I look forward to your continued enhancement of both


Kind regards,

Peter Leathley
Head - Human Resources

Ahau - Dee

p/s : Shall I take it as a confirmation letter as well selepas 3 bulan bekerja di sini?

Sunday, July 6, 2008

Jom Jalan

Kawan-kawan,

Apa kata kita pergi ke my office? Kita jalan kaki okay. Tak jauh, dalam 4 km jer ... so, pergi & balik dalam 8km. Tak payah nak risau harga petrol dah naik atau traffic jam. Cabaran utama hanyalah 'hujan, angin yang kuat & sejuk. Dah Sedia?
Jom jalan ...


Kat sinilah aku tinggal. Quest on Mount yang terletak di Mount Street, Auckland. Studio apartment jer dan sewanya ...$270 seminggu (RM702 seminggu). Murah kan? He he he

Dari Quest on Mount, kita akan menuju ke Symonds Street, salah satu jalan utama di Auckland ni. Dua bangunan tinggi di kiri & kanan tu adalah apartment & kebanyakkan penghuninya adalah student AUT. (Auckland University of Technology).




Inilah sebahagian dari Symonds Street dan kita akan berjalan sampai ke hujung sana ... nampak tak traffic light tu?


Dari tarffic light ni, kita akan ke seberang jalan dan menuju ke Grafton Bridge.

Kita akan ke kiri - nampak tak signboard 'Hospitals Grafton' ?

Inilah Grafton Bridge. Kita akan ke seberang sana.

Grafton Bridge berada betul-betul di sebelah Symonds Street Cemetery ...ada cerita menarik kat sini. Tunggu.

Kita jugak akan berjalan di atas Motorway (kat Malaysia dipanggil Highway) dan permandangan akan lebih menarik bila matahari terbit.

Dari Grafton Bridge kita akan melalui Auckland City Hospital sebelum sampai ke Auckland Domain.

Ha..dah nampak pun pintu gerbang Auckland Domain

Kita akan ambil short-cut iaitu melalui Auckland Domain untuk sampai ke Carlton Gore Road. Inilah pintu gerbang Auckland Domain.
Kita akan menyusuri jalan ini ...

Satu permandangan yang menyegarkan setiap pagi.

Ops! Dah pun sampai ke Carlton Gore Road dan kita akan berjalan sampai ke penghujung jalan di mana terletaknya Skycity Cinema & Olympic Pools.

Inilah building Olympic Pools dan kita akan berjalan lagi sampai ke hujung & akan sampai ke Lumsden Green.

Inilah sebahagian dari Lumsden Green.

Tempat ni sedang di dalam proses menaikkan taraf sebab kawasan ini selalu banjir. Lumsden Green ni adalah sebuah taman sebenarnya ... kecil jer.


Lumsden Green terletak bersebelahan Broadway Road iaitu jalan utama di Newmarket. Kita akan berjalan disepanjang Broadway Road sehingga kita berjumpa dengan Great South Road. Tak jauh dah ... dalam 20 minit berjalan.

Sambil tu boleh mencuci mata sebab Broadway Road adalah salah satu tempat shopping kat Auckland ni. Macam-macam jenis orang ada.

Westfield ataupun 277 (two double seven) adalah salah satu shopping mall yang terdapat di Auckland. Tak banyak shopping mall kat sini ... tak macam Malaysia. Setiap hari aku datang sini sebab ada Foodtown ... macam Jusco & tutup pukul 10 malam.


Kita akan terus lagi sampai ke hujung jalan untuk sampai ke simpang di antara Manukau Road dan Great South Road

Ha ... dah nampak pun Great South Road ... kita kena seberang jalan & dalam 100 metres akan sampailah ke office aku.

Di seberang jalan adalah showroom Volkswagen, Porsche dan Audi milik Sime Darby

Ha! Dah sampai dah pun ... Di sinilah terletaknya office aku ... di tingkat tiga, disebelah kiri. Kat bawah tu adalah Poppi Cafe ... yang selalu aku beli Hot Chocolate tu.

Apa macam? Penat tak berjalan? Kita berjalan lebih kurang 45 minit. Boleh berpeluh jugak ... walaupun sejuk. Inilah salah satu punca aku boleh turun sehingga 18kg dalam masa 3 bulan... he he he . Nak balik rumah pun kita akan melalui jalan yang sama. Best kan berjalan? I love it !!!

Ahau - Dee

Thursday, July 3, 2008

Di Mana Sharlinie ? (Versi NZ)

Most of the people will stop & read this notice including me.
Then, please see below


Gotcha !!!
Aku pun terkena jugak ... it's a new TV series in channel ONE. Huh!
Ahau-Dee

Wednesday, July 2, 2008

Tuesday, July 1, 2008

Small Success !

Finally I've achieved the 2nd phase target ...
to reduce my weight below 90kg by 1st July 2008.
As at today (1st July), berat badan aku ialah 89kg.
YES !!!
So far I've lost 18kg in 3 months !
Huh! (sambil membuang peluh di dahi)
Hooray !!! I did it again !!!

Reward myself... enjoying my meal at Kintamani, Bali.. He he (I wish)


Latest photo (1 Jul)... still tembam lagi! Any tips???
Now is the 3rd Phase ... which will be tougher and challenging
but I know I can achieve it ... my next target is ...
to reduce another 5kg by 1st August 2008 i.e. below 85kg.

Friends, wish me all the best ya! And I will keep you informed !

Ahau - Dee

p/s : Once I've achieved the next target, I will share with you the secret ... tunggu !