Tuesday, September 29, 2009
Selamat Tinggal Auckland
Terima Kasih New Zealand kerana telah membuka satu dimensi baru dalam kehidupan Ahau-Dee.
Doakan Ahau-Dee selamat kembali ke tanahair.
Dan kembara ini akan bersambung di bumi tercinta - Malaysia. Jumpa lagi : )
Kembara Ahau-Dee
Tuesday, September 22, 2009
Salam Dari Queenstown ...

Di Hanmer Springs
Macam mana cuti setakat ini??? Huh! Satu pengajaran besar yang Ahau-Dee dapat dari trip ini dan juga trip yang sebelum ini iaitu don't get excited ... just go with the flow sebab bila Ahau-Dee excited ... pasti ada sesuatu yang berlaku. Oleh itu untuk seminggu yang berikut ini, Ahau-Dee akan buat biasa saja ... just enjoy hari-hari terakhir di New Zealand. Memang Ahau-Dee tidak boleh 'excited' ... ha ha ha.

Di Hanmer Springs Spa and Pool - ada sesuatu berlaku di sini juga. Begitu juga di Wanaka : )
Sehingga di sini dulu. Semoga semua kawan-kawan sedang bergembira berhari raya ataupun bercuti. Pesanan penaja - berhati-hati di jalan raya okay!
Kembara Ahau-Dee
Friday, September 18, 2009
Salam Aidil Fitri

Bersama kawan baru Ahau-Dee, Bert dari France. Kita orang berjumpa di Kaikoura, kemudiannya sambung ke Christchurch dan dia akan ikut Ahau-Dee ke West Coast juga. Jadi tidak lah bosan berjalan sorang-sorang : )
Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan yang meraikannya. Semoga sentiasa bergembira di Hari Lebaran.
Mulanya Ahau-Dee ingat nak update blog dari masa ke semasa mengenai South Island trip ni tetapi posting jadi tak menarik sebab asyik kelam kabut dan tak cukup masa especially bila nak pilih gambar-gambar yang menarik. Nampaknya, kena tunggu balik Malaysia nanti baru boleh update. Lagipun, semua orang tengah sibuk nak beraya kan ... he he he.
Pada saat posting ini ditulis, Ahau-Dee masih berada di Christchurch dan sedang tunggu shuttle bus untuk ke train station. Destinasi seterusnya ialah West Coast. Banyak cerita menarik sebenarnya.
Apapun, kita beraya dulu okay ... kita cerita kemudian.
Salam Lebaran,

Di atas Interislander Ferry menuju ke Picton.
Kembara Ahau-Dee
Tuesday, September 15, 2009
Posting Kelam Kabut ...

Posting ni dibuat dalam keadaan kelam kabut sebab tak ada masa. Ahau-Dee berada di Kaikuora sekarang ni. Patutnya hari ni nak tengok Whale tapi angin kencang dan ianya dibatalkan. Lepas tu Ahau-Dee ambil keputusan untuk tengok Whale dengan kapal terbang pulak ... sebab bosan giler tak tau nak buat apa kat sini. Kalau tak ada whale - No refund!!!
+

Lepas ni Ahau-Dee nak ke Christchurch pulak.
Ahau-Dee juga jumpa adik Zan - Mazlinawati & suami dia Jasmadi di Wellington ... dapat makan Nasi Lemak Sambal Udang Petai. Huh! Happy giler. Terima kasih banyak2 yer ... Lepas ni kita jumpa kat Pantai Merdeka pulak.
Saturday, September 12, 2009
Speechless ...
Sepanjang hari terakhir di pejabat Ahau-Dee cuba untuk tidak menunjukkan kesedihan. Tiba-tiba semua Admin staff di CCS (di mana terletaknya pejabat Ahau-Dee) masuk ke dalam pejabat Ahau-Dee untuk mengucapkan Selamat Tinggal dan menghadiahkan buku 'New Zealand' yang mengandungi gambar-gambar menarik di New Zealand. Aduh! Terharu sungguh!!!
Selepas memberi farewell speech dan bergambar kenangan dengan semua orang, Ahau-Dee terima pula email di bawah ini yang di hantar oleh Tania - terus ... (anda pasti dapat mengagak apa yang berlaku jika berada di tempat Ahau-Dee selepas membaca email ini)
THANKS ZAHIDI…
Tania Roberts
Kembara Ahau-Dee


