Friday, October 31, 2008

Gerak Gempur Ahau-Dee …

Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ini. Kasih sayang keluarga, mempunyai best friends, kawan-kawan yang ramai, boss yang baik, rakan sekerja yang supportive, kerja yang saya suka dan paling penting kesihatan yang baik.

Alhamdulillah, rezeki Tuhan bagi melimpah ruah and I’m content with my life the way it is.
Dari satu sudut yang lain …

saya pernah berkata yang saya akan terus membujang selepas ‘target’ yang saya tetapkan tidak tercapai

saya selalu berkata yang saya tidak ‘desperate’ untuk mencari pasangan hidup

saya kurang percaya kepada ‘matchmaking’ dan selalunya saya hanya sekadar mengambil hati orang-orang yang cuba perkenalkan seseorang kepada saya tetapi tidak pernah ambil serius ataupun ‘berusaha’

saya juga percaya cinta perlu hadir sebelum perkahwinan, tidak payah dicari dan akan datang sendiri

saya juga cukup benci dengan soalan cepu emas … bila nak kahwin, kenapa tak kahwin lagi – mind your own business !!!

dan saya tidak akan layan kalau berjumpa dengan perempuan yang jual mahal ataupun suka main tarik tali – take it or leave it !!!

bagi saya, sekarang ini saya tiada masa dan saya sudah penat untuk semua itu.


Tetapi …

Semenjak seminggu yang lalu, di dalam proses ‘bermuhasabah diri’ dan merangka strategi baru untuk terus melangkah ke hadapan … saya bertemu beberapa jawapan.

1. Saya akan melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang saya suka walaupun ianya agak lewat dan saya perlu bermula dari bawah serta akan memakan masa bertahun-tahun tetapi saya tahu itu yang saya mahukan. Saya tidak mengejar ‘kedudukan’ di dunia korporat tetapi saya mencari ‘kepuasan diri’.

2. Saya telah buangkan segala ‘old mindset’ mengenai ‘jodoh dan pertemuan’. Kini, pemikiran saya lebih terbuka. Saya telah melancarkan gerak gempur untuk mencari jodoh sekarang ini. Ya, saya sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang saya pada bila-bila masa jika bertemu yang sesuai.

Keluarga sayalah yang paling gembira dan mereka sudahpun memulakan ‘mission impossible’ ini. Bukan sahaja keluarga tetapi segala cable yang ada saya gunakan. Saya buangkan ego saya dan saya terima hakikat bahawa ‘dunia cinta’ saya tidak ‘secerah’ karier saya dan apa salahnya bercinta selepas berkahwin? Bak cerita Imran di sini.

Anda berminat untuk menjadi my brother / sister in-law saya? Atau hendak bermenantukan saya? Ataupun berkenalan dengan saya … silakan. Huh! I’m thinking out of the box now !!!

Sebelum tu … kena tahu beberapa perkara, saya ini tidak sempurna, banyak benda yang kena belajar, tidak ‘baik’ sangat, tidak berharta dan tidak beruang (berwang).

Cuma saya seorang yang ‘bertanggungjawab’ !!! Dan sedang berusaha untuk menjadi lebih handsome … he he he (perasan!)

That is the best word to describe Ahau-Dee. Amacam? Ok tak promo ini? Ha ha ha …
Hot Chocolate anyone?

Ahau-Dee

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Mt. Ruapehu – The ceritanya … Part 2.


Saya dengan Syamim

Hari terakhir kami di Ohakune, Mt.Ruapehu memberikan masa yang amat terhad untuk bermain ski. Alhamdulillah cuaca baik dan kawasan bermain Ski di Turoa di buka. Kami bertolak ke sana jam 8 pagi dan perlu turun pada jam 12.30 petang.

Bagi saya Turoa lebih cantik dan saljinya jauh lebih halus. Disebabkan masa agak suntuk, kami cuba mengejar masa. Sampai saja di sana terus bergegas ke kaunter untuk membeli pass dan menyewa peralatan ski.

Saya telah maklumkan kepada cashier bahawa kami adalah ‘beginner’ dan beliau terus beritahu berapa harganya, maka saya pun terus bayarlah. Rupa-rupanya kami tersalah beli pass.

Sepatutnya pergi ke beginner level dulu ataupun intermediate mountain tapi kami telah terbeli pass ke upper mountain – advance level punya. Saya sudah mula rasa lain macam bila naik lift chair ke atas sebab bila lihat ke bawah semua yang main ski tu hebat-hebat belaka.

Maka kesudahannya, dengan tunjuk ajar dari Syamin yang tidak sampai ½ jam, berlakulah adengan-adengan yang sepatutnya dirakamkan … he he he.

Berkali-kali saya jatuh dengan aksi yang berbeza-beza & hebat-hebat belaka. Pertama kali dalam hidup jatuh macam ni. Tersembam, tergolek, terlentang, terkangkang dan macam-macam gaya lagi. Itu baru nak turun from upper mountain ke stage yang berikutnya. Belum sampai bawah lagi.

Saya sorang jer yang menongkah arus .. he he

Daripada nak jatuh gaung, maka saya nekad untuk menjadi satu-satunya orang yang menaiki lift chair untuk turun ke bawah …. Ha ha ha … kelas kan? Enjoy jugak naik lift chair ni sambil ambil gambar dan time tu saya tak pedulikan orang lain pun walaupun ramai yang senyum sinis pada saya.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa menaiki lift chair untuk turun ke bawah.




Pengajarannya … baca betul2, tak pasti tanya, jangan kelam kabut dan akhirnya saya terima kenyataan yang saya ni lembab! Kaki dah keras … ajar berkali-kali pun susah jugak … ha ha ha.

Nasib baik saya suruh Syamin turun dulu … kalau tidak buang masa dia jer tengok saya jatuh berkali-kali.

Ahau - Dee

Thursday, October 30, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Mt. Ruapehu – The ceritanya - Part 1


Kali ini saya ingin berkongsi pengajaran yang saya perolehi dari trip ke Mt.Ruapehu baru-baru ini. Sekali lagi, ianya mungkin cliché tapi tetap menarik bagi saya untuk diceritakan.

1. Jangan terlalu ‘excited’ bila hendak melakukan sesuatu. Takut terjadi yang sebaliknya. Saya memang teruja untuk menaiki keretapi Trans Scenic ke Ohakune kerana digembar-gemburkan dengan permandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Sebelum ini hanya tengok di tv saja kan. Jadi, siapa yang tak excited.

Sudahnya, keretapi Overlander mengalami masalah dan tidak dapat meneruskan perjalanan. Kami berhenti di Hamilton dan dibawa ke Ohakune dengan bas yang amatlah tidak selesa. Tidak sempat melihat permandangan yang cantik-cantik. Kami juga tiba lewat 2 jam dari jadual asal. Maka pengajarannya .... senyum ajer lah. Kalau dah bukan rezeki nak buat macam mana kan walaupun terpaksa bayar lebih tapi tetap kena naik bas ... he he he. Penumpang yang pergi ke Wellington lagilah kesian.
2. Tidak semua ‘mat salleh’ tu pandai. Buat pertama kalinya saya berjumpa dengan tuan punya motel (or mungkin pekerja) yang punyalah blurr … macam tak tahu apa-apa. Setiap soalan kami disambut dengan muka yang blurr, gabra , muka terkejut sehingga saya rasakan … eh! teruk sangat ke english saya ni ha. Jawapan dia pulak ... huh! Baik saya baca brochure jer.

3. Kemalangan berlaku dimana-mana. Saya sudah bersedia untuk jatuh tergolek-golek semasa bermain ski nanti tetapi tak payah tunggu bermain ski, awal-awal lagi dah 'accident'. Semasa menikmati hot jacuzzi di motel sesuatu yang pelik berlaku pada saya. Tiba-tiba saya tidak sedarkan diri dan bila tersedar jer saya hampir lemas.

Menurut kata syamim, saya tiba-tiba ‘dive’ ke dalam jacuzzi yang hanya muat 4 orang tu dan kemudiannya bangun dan badan saya terhentak di bucu Jacuzzi sebelum bangun seperti orang baru lepas dari lemas. Yang saya sedar hanyalah bila saya sudah berdiri dan tidak tahu di mana saya berada. Terdapat kesan lebam di bahu kanan dan pinggang akibat hentakan yang kuat. Nasib baik tidak terhentak kepala. Sakitnya sampai sekarang.

Saya kerap juga ke spa tetapi inilah kali pertama perkara ini berlaku. Sedangkan airnya bukanlah panas sangat. Macam mimpi rasanya. Nak kata penat ... belum main ski pun lagi.

4. Keesokkannya, Turoa (tempat bermain ski) di tutup kerana cuaca buruk dan kami terpaksa ke Whakapapa. Mamat blurr tu siap salah bagi info lagi bila hendak bertolak ke Whakapapa. Sepatutnya pukul 10.30 am dan dia beritahu kami pukul 8.00 am. Nasib baik saya terbaca di notice board ... kalau tidak kami tunggu ler macam orang bodoh. Hampeh sungguh mamat tuh! Sementara menanti shuttle bus, kami menyusuri Mangawhero River dan berjalan di sekitar bandar Ohakune yang sunyi dan sepi.



Sampai saja di sana pukul 12.30 pm, Whakapapa pulak di tutup. Sekali lagi keterujaan untuk bermain ski terbantut.

Maka, terpaksalah ‘enjoy’ kan diri dengan cara tersendiri seperti gambar-gambar di bawah ini. Pengajarannya, kalau tak ada rezeki tu … tak ader lah tapi kena enjoy dengan apa yang ada. Life must goes on. Saya juga sempat merasa ‘salji turun’ … at least something kan.
Cuba nak bertahan ler kononnya ... tapi tak tahan daulat ... sejukkkkkkk.
Ni satu kaedah untuk menghilangkan stress ... cuba lah ... ha ha ha
Next posting, pengalaman pertama bermain ski di Turoa pada hari berikutnya. Lagi satu, bagi sesiapa yang hendak datang ke New Zealand ... mesti kena sewa kereta sebab susah tak ada kereta di sini. Saya tidak akan naik bas / train lagi ... he he he.

Ahau - Dee

Monday, October 27, 2008

Jalan-Jalan Ahau-Dee : Mt Ruapehu


Saya baru sahaja kembali dari Mt Ruapehu untuk bermain ski buat pertama kalinya. Malah inilah juga kali pertama saya melihat salji ... he he he ... ada beberapa cerita menarik yang berlaku tetapi saya terlalu penat untuk bercerita cuma saya ingin berkongsi beberapa keping gambar sebagai pembuka cerita Jalan-Jalan Ahau-Dee di Mt Ruapehu.





Terima kasih kepada Syamim yang sudi menemani saya dan menjadi ski instructor saya. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan.
Ahau - Dee

Friday, October 24, 2008

My Journey : Penutup Cerita ...

Terlalu banyak cerita yang ingin saya tulis di dalam blog ini tetapi saya rasa biarlah sehingga di sini sahaja cerita ‘My Journey’ ini kerana bagi saya inti patinya telah pun saya ceritakan. Secara peribadi, pengalaman yang paling menarik ialah bagaimana saya meniti dari seorang general worker sehingga menjadi ISO 9000 Consultant yang kemudiannya telah memanjangkan langkah saya sehingga membawa saya ke bumi Kiwi ini untuk terus mengutip pengalaman, belajar serta memperbaiki diri.

Semua ini adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan sesungguhnya saya amat bersyukur diatas segala kurniaan ini. Alhamdulillah.
Izinkan saya membuat kesimpulan di atas apa yang telah saya pelajari sepanjang pengalaman ini untuk renungan kita bersama. Saya hanya rumuskan kepada tiga bahagian saja walaupun banyak sebenarnya. Walaupun ianya begitu cliché tetapi inilah inti pati ‘My Journey’.

1. Jangan sekali-kali memandang rendah pada orang lain. Tidak kira siapa pun dia atau apa jua pekerjaan beliau. Benarlah kata orang tua-tua, hidup ini umpama roda. Sekejap di atas dan sekejap di bawah. Bila berada di atas jangan sesekali lupa memandang ke bawah. Bila berada di bawah, berusahalah untuk terus mendaki ke puncak. Jangan membenci kerana kita tidak tahu bila benci akan bertukar menjadi sayang dan begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan kejutan. Yang penting jangan sesekali menjadi kacang lupakan kulit. Kita mesti menghargai setiap orang yang berjasa pada kita. Bagi saya sekali orang berbuat baik, seribu kali saya cuba membalasnya.

2. Jangan memandang rendah impian orang lain. Setiap manusia itu unik, berbeza dan tersendiri. Kita seharusnya memberi sokongan dan membantu setiap orang yang dekat dengan kita untuk menggapai impian masing-masing. Bukannya melemahkan semangat mereka dan mentertawakan impian mereka. Kita juga tidak perlu menjadi orang lain. Setiap orang ada rezeki masing-masing dan jangan sekali-kali menganiaya orang lain. Percaya pada diri sendiri dan lakukan perkara-perkara yang kita minat walaupun ianya mungkin janggal pada pandangan orang lain. Kesimpulannya ... be yourself.

3. Ikhlas dengan setiap apa yang kita lakukan dan sentiasa bersyukur dengan apa saja hasilnya. Ini adalah dua perkara yang sering saya ingatkan pada diri saya sendiri. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya tergelincir juga tetapi saya masih terus berusaha ke arah itu. Nawaitu amatlah penting. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang penting kita berusaha,berdoa dan tawakal. Tuhan pasti memberi tapi Dia tetap menguji. Itu janjiNya.

Pengalaman bekerja di CS Group of Companies juga amat menarik tetapi rasanya terlalu panjang pulak drama bersiri ini nanti. Tidak lupa juga Kompakar, Acmar International, Only World Group, Ford Malaysia dan pastinya Sime Darby.

Saya bukanlah seorang yang bijak dan jauh sekali seorang yang genius. Terlalu banyak kelemahan dan ilmu didada teramatlah sedikit. Tujuan 'My Journey' hanyalah sekadar berkongsi cerita dan bukannya untuk berlagak pandai. Siapalah saya kan : )

Kepada kawan-kawan yang sudi mengikuti My Journey, terima kasih saya ucapkan. Terima kasih juga kepada sifu-sifu saya yang sudi mencurahkan ilmu mereka terhadap saya. Nama-nama seperti U Chang Eng, KC Lee, Tony Lau, Jean Ooi, CP Tay, dan ramai lagi akan sentiasa berada di dalam ingatan saya. Juga kepada semua rakan sekerja yang terlalu ramai untuk disebut satu persatu di sini. Yang pasti kita pernah sama-sama mencari rezeki dan melalui pengalaman berharga itu.

Terima Kasih Semua.

Ahau - Dee

Thursday, October 23, 2008

My Journey : Di sebalik ...

Kerja sebagai Consultant ni memang menarik. Nampak macam bagus saja. Selalu dapat layanan VIP bila berada di tempat Client dan selalu makan di restaurant yang hebat-hebat. Saya memang suka makan ... sebab tu lah tembam selalu... he he he.

Sebenarnya syarikat Tony ni kecil sahaja. Hanya ada Tony, saya dan adik beliau yang bertugas sebagai kerani di KL. Saya pula base di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Selain pergi ke tempat Client dan mengadakan public program di hotel, kami juga menganjurkan kursus di pejabat kami di Seberang Jaya. Pada masa itu kami menganjurkan Diploma in Quality Management dan bekerjasama dengan University of Portsmouth, UK.



Office kami tidak besar. Ada satu training room, pejabat Tony, meja kerani & meja saya serta satu bilik rahsia. Ramai pelajar yang bertanya bilik apakah itu dan jawapan yang saya berikan ialah store room.

Yang sebenarnya itu adalah bilik saya … he he he. Ya, saya tinggal di situ. Kira macam hostel lah. Disebabkan tidak cukup kakitangan, saya kena multi tasking. Selain menjadi consultant dan trainer saya juga perlu membuat kerja-kerja berikut :-



1. Housekeeping - membersihkan pejabat dan juga toilet (mana ada consultant basuh toilet kan?)

2. Membayar bil-bil pejabat

3. Memandang saya tinggal di situ, saya juga bertindak sebagai security guard … ha ha ha

4. Melakukan kerja-kerja kerani – segala paperwork untuk Tony, menyediakan certificate untuk peserta kursus dan lain-lain.

5. Bertindak sebagai driver beliau bila kena hantar ke airport dan sebagainya.

6. Membeli tiket kapal terbang, booking bilik hotel atau buat reservation bila ada dinner dengan client

7. Menyediakan refreshment untuk training session di pejabat dan kemudian membasuh cawan. Kena pastikan segala stock makanan mencukupi seperti biskut dan minuman 3 in 1 tu.

8. Menghantar training material ke supplier untuk di photostat ( nasib baik saya tak kena photostat sendiri)

9. Membeli hadiah untuk client bila kami dijemput ke majlis makan malam dan sebagainya

10. Berurusan dengan trainer jemputan bila perlu dan apa saja yang disuruh oleh Tony.

Saya juga menjadi salah seorang pelajar Diploma In Quality Management yang kononnya akan di sponsor oleh Tony tetapi bila saya berhenti kerja dengan beliau terus kena bayar balik segala kos ... he he he. Tapi tak per lah … at least ada jugak diploma kan daripada tak ada apa langsung.

Yang best tu bila di depan client kena berlakon kononnya segala urusan administration akan dilakukan oleh kerani di pejabat tetapi yang sebenarnya, saya lah yang kena buat semua tu.


Apa macam? Tak rugi kan kalau anda berminat untuk mengambil saya bekerja. Macam-macam saya boleh buat … he he he

Ahau - Dee

Wednesday, October 22, 2008

My Journey : Zaman Consultant Continues ...

Note : Gambar-gambar di ambil di Sand Dunes di Hokianga baru-baru ini.

Terlalu banyak pengalaman menarik di sepanjang karier saya sebagai trainer sehinggalah sekarang terutama pengalaman mengajar di pelbagai syarikat, pelbagai level dan juga pelbagai subjek. Dari pengalaman-pengalaman ini juga saya belajar untuk memperbaiki ‘persembahan’ saya.

Sand Boarding - upacara melepaskan tension ... he he he ... eh! tension ker?

Bagi saya, sebagai trainer ianya juga merupakan satu ‘persembahan’. Kita akan dinilai dari mula masuk ke dewan sehinggalah program selesai. The first few hours cukup penting kerana ianya perlu memberi impact yang bagus kepada peserta dan seterusnya kita kena pastikan peserta boleh ‘melekat’ dan mengikuti sehingga ke akhir program. Lebih mencabar bila program yang memakan masa 2 – 4 hari. Kita kena pastikan peserta akan bersemangat untuk datang keesokkannya.

Momentumnya kena betul , perlu sentiasa peka dan creative untuk memastikan semua peserta mendapat faedah dari program tersebut. Ya, hanya pengalaman yang dapat membantu kita menjadi seorang trainer yang baik dan sehingga kini saya masih ‘struggle’ untuk menjadi seorang trainer yang baik.Banyak sangat buat silap.


Target nak masuk dalam air tapi last sekali baru dapat ... selepas cuba hampir 10 kali. Salah teknik

Pada peringkat permulaan, saya begitu gentar dan risau apabila perlu mengajar Manager, Senior Manager dan Director. Bila terlalu fikirkan siapa peserta saya dan apabila terlalu berhati-hati, saya menjadi kaku dan tidak melakukan tugas yang baik.

Sebabnya saya cuba mengikut cara Tony kerana dialah sifu saya dan saya cuba menjadi Tony. Nasib saya baik apabila saya cepat sedar. Sebagai trainer, observation skills amatlah penting. Kita perlu tahu bila peserta bosan, excited, tak faham dan sebagainya dari body language mereka.

Saya terus menukar cara mengajar dan menjadi diri sendiri. Alhamdulillah, ianya berjaya. Maka kesimpulannya, kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu meniru orang lain. Mungkin ada beberapa tips yang boleh diguna pakai tetapi kita kena bawakan dengan cara sendiri.


Kononnya nak nampak macam padang pasir ler tapi tak jadi.... he he he .. sebab ada rumput tu.

Sehingga kini saya sudah mengajar lebih dari 400 sesi (mungkin lebih) satu lagi kesilapan saya ialah saya tidak merekodkan setiap sesi yang saya ajar dengan detail. Kalau tidak mungkin menjadi satu data yang menarik juga.

Dalam banyak-banyak training tu ada satu sesi yang saya masih ingat sehingga sekarang. Ketika itu saya perlu mengajar sekumpulan operator pengeluaran mengenai ‘Kursus Kesedaran Kualiti’. Mereka bekerja di sebuah syarikat yang membuat retread untuk tayar-tayar lori yang telah dipakai supaya boleh dijual semula dan nampak seperti baru.

Selepas membuat persediaan seperti biasa, sesi pun bermula. Kesemua peserta adalah lelaki dan umur mereka di dalam lingkungan 20 an hingga 40 an. Sedari awal saya rasa ada yang tidak kena dengan kumpulan ini sehinggalah sejam kemudian baru saya perasan yang kesemua mereka tidak tahu membaca dan menulis.


Aksi musafir di padang pasir yang kehausan dalam senyuman ... ha ha ha ... confirm tak leh berlakon.

Pastinya mereka segan untuk beritahu saya dan saya perlu berhati-hati supaya mereka tidak rasa malu dan terus tidak berminat untuk mengikuti kursus. Memandangkan ianya adalah kali pertama saya berhadapan dengan situasi tersebut, saya agak panik juga sebab dah biasa mengajar mengikut nota kursus dan slides (masa tu guna transparency jer).

Terus saya beri 5 minutes break untuk memberi ruang kepada saya mengatur strategi bagaimana untuk mengajar mereka. Selepas itu saya terus tutup buku, banyakkan bercerita , main games dan pastikan setiap seorang mengambil bahagian secara aktif di dalam perbincangan. Saya gunakan pengalaman-pengalaman mereka untuk menyedarkan mereka mengenai pentingnya kualiti di tempat kerja.

Ternyata, mereka sebenarnya bijak dan mempunyai idea-idea yang bernas serta tahu apa yang baik untukmereka. Mereka suka cara saya mendekati mereka dan membuatkan mereka rasa selesa untuk belajar. Training berakhir dengan jayanya dan buat pertama kalinya saya menerima ‘Thank You Note’ dari Manager syarikat berkenaan beberapa hari kemudian. Kata beliau, berlaku perubahan mendadak selepas program berkenaan. Alhamdulillah.

Akhirnya musafir KO sebab tak makan dan minum ... tapi nampak tembam jer ... he he he

Semasa berbual dengan mereka sewaktu rehat dan makan tengahari, ramai yang bertanya rahsia bagaimana hendak mendidik anak mereka supaya boleh berjaya macam saya (padahal mereka tidak tahu cerita sebenarnya mengenai saya yang tak masuk universiti pun).

Ternampak kesungguhan mereka ingin pastikan anak-anak mereka berjaya dan mereka mendengar dengan begitu tekun setiap apa yang saya katakan. Kesemua tips yang saya berikan itu adalah teori semata-mata di mana saya sendiri gagal melakukannya semasa di sekolah dulu … he he he.

Apa pun, sehingga sekarang mereka tetap memberi kesan yang tersendiri pada saya.

Ahau - Dee

Tuesday, October 21, 2008

My Journey : Consultant Muda ...


Selepas kejayaan training session di White Horse Ceramics Ind. Sdn Bhd, kerja sambilan saya sebagai Consultant/Trainer dengan Tony pun bermula. Sebulan kemudian Tony menawarkan pekerjaan tetap kepada saya sebagai ISO 9000 Consultant dengan gaji yang lebih lumayan dan peluang yang lebih luas.

Seperti biasa, saya terus menerima tawaran itu tanpa berfikir panjang. Kemudian baru rasa berat hati untuk meninggalkan Nansin kerana ramai kawan-kawan baik saya di situ dan hubungan saya dengan Top Management pun amatlah baik.

Alasan yang saya berikan ialah untuk melanjutkan pelajaran kerana Tony tidak mahu Onishi tahu yang dia mencuri pekerja beliau. Hanya rakan-rakan terdekat saja yang tahu perkara sebenar. Zan telah dipilih untuk menggantikan tempat saya dan saya memberi 6 bulan notis berhenti kerja supaya tidak menimbulkan masalah pada Nansin. Maka saya menggunakan Annual Leave sebanyak 38 hari yang diberi oleh Onishi untuk mengajar bila diperlukan sehingga sampai masanya saya meninggalkan Nansin.

Paling saya tidak lupa apabila ada surprise dinner untuk saya di mana saya lewat hampir sejam kerana traffic jam dan saya ingatkan hanya makan-makan biasa dengan kawan-kawan. Tiba di sana terkejut saya apabila melihat semua boss sedang menunggu kedatangan saya. Punyalah malu campur terharu. Sehingga sekarang saya masih menyimpan hadiah ‘farewell’ yang diberikan oleh kawan-kawan.

Walaupun saya telah berhenti kerja tetapi Onishi tetap mengundang saya menghadiri majlis makan malam syarikat yang diadakan di hotel beberapa bulan kemudian. Nansin mula mengadakan dinner di Hotel selepas kejayaan Majlis Pelancaran ISO di mana saya juga bertindak sebagai pengacara bersama Kak Ina. Rasa terharu kerana biasanya bila sudah berhenti kerja, kita akan terus dilupakan.

Maka pada usia saya 25 tahun, bermulalah era baru saya sebagai ISO 9000 Consultant yang membawa saya ke merata tempat. Dunia saya bukan lagi di Pulau Pinang sahaja. Saya pernah berkata pada kawan yang saya tidak mahu bekerja di KL atau tempat lain, cukuplah dengan Pulau Pinang. Akhirnya kerjaya sebagai ISO Consultant benar-benar memanjangkan langkah saya dan membuka mata saya.

Antara tugas saya ialah membantu sesebuah syarikat untuk membangunkan Quality Management System (QMS) mereka sehingga mendapatkan ISO 9000 Certification. Saya juga melakukan audit dan mengajar subjek-subjek yang berkaitan dengan QMS seperti ISO 9000 Documentation, Quality Awareness Programme, Internal Quality Auditor dan lain-lain.

Saya perlu berkerja dengan QA Manager yang bertindak sebagai Management Representative untuk sesebuah syarikat. Posting akan datang akan saya ceritakan antara pengalaman menarik sebagai Consultant. Seperti yang dirancang, umur saya pada masa itu ialah di awal 30 an dan telah bekerja sebagai Consultant untuk beberapa tahun. Saya bersama Tony dalam setahun setengah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.


Berikut adalah syarikat-syarikat yang pernah saya jejakkan kaki sebagai ISO 9000 Consultant samada untuk training ataupun sebagai Consultant. Saya menyesal tidak mengambil sekeping gambar pun semasa menjadi consultant. Kalau tidak pasti ianya akan menjadi kenangan yang berharga buat saya. Masa tu mana ada digital camera kan … nak cuci gambar macam remeh saja dan tidak terfikir yang peluang begini susah untuk datang kembali.

1.AE Corporation (M) Sdn.Bhd,Sungai Petani
2.Allied Stamping Corporation Sdn.Bhd, Seberang Perai
3.APM Air Conditioner Sdn.Bhd, Selangor
4.ATL Electronics (M) Sdn.Bhd, Sungai Petani
5.DIC Compounds (M) Sdn.Bhd, Seberang Perai
6.Funabashi Uchida (M) Sdn.Bhd, (Kuala Lumpur and Pulau Batam, Indonesia)
7.Guocera Tile Industries (M) Sdn.Bhd, Kapar
8. Hi-City Manufacturing Sdn.Bhd, Seberang Perai
9. Innovation Electronics Sdn.Bhd, Seberang Perai.
10. Juruukur Saksama Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
11. Li-Foong Brass Industries (M) Sdn.Bhd, Selangor.
12. Olympic Retreads (M) Sdn.Bhd, Seberang Perai.
13. PSC – NDSB (Ship Repair Division), Lumut.
14. Sankyu (M) Sdn.Bhd. (Branch - Penang, Petaling Jaya, Johor and Kuantan)
15. Shin-Etsu (M) Sdn.Bhd, Shah Alam
16. SJM Flex (M) Sdn.Bhd, Kapar
17. Transtherm Engineers Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.
18. White Horse Ceramics Ind. (M) Sdn.Bhd, Johor.
19. WH Marketing (M) Sdn.Bhd, Selangor.
20. Yamada Electronics (M) Sdn.Bhd, Selangor.
21. Sanwa Screen (M) Sdn.Bhd, Selangor

Kepada mereka yang pernah menghadiri kelas saya dan berkerja dengan saya, terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tidak diizinkan Tuhan. Apa lagi yang mampu saya katakan selain Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan di atas rezeki ini.

Ahau - Dee

Monday, October 20, 2008

My Journey :The Beginning ...

When a great adventure is offered, don’t refuse it!

Inilah pepatah yang sering saya pegang di sepanjang karier saya. Prinsip saya seperti ‘belasah or redah jer’ dan ‘muka tebal atau tak tahu malu’ banyak membantu dalam karier saya. Bila ada peluang saja, saya terus rebut tanpa berfikir panjang.

Selalunya, masalah akan timbul selepas saya berkata ‘ya’ pada sesuatu tawaran. Contohnya apabila Tony menawarkan untuk bekerja secara sambilan dengan beliau. Pada masa itu saya baru berusia 24 tahun ++ dan tidak mempunyai sebarang qualification yang melayakkan saya menjadi seorang trainer atau consultant yang berkaliber.

Ya lah kan, siapa yang nak dengar cakap Consultant muda especially in Quality Management. Dari segi qualification, Tony tidak kisah untuk ‘back-up’ saya dan katanya, beliau akan gunakan reputasi syarikat beliau untuk membawa saya masuk mengajar client beliau.

Cuma kata beliau, saya perlu kelihatan ‘matang’ atau ‘lebih tua’ dari usia sebenar. Berikut adalah cadangan Tony untuk membentuk imej baru saya sebagai bakal Consultant / Trainer :-

- Saya kena menyamar sebagai seorang yang berumur di awal 30 an

- Saya kena gunakan nama Mohd dan bukannya Zahidi kerana nama Mohd nampak lebih tua dan matang

- Saya kena pakai cermin mata yang boleh menampakkan saya lebih matang (fyi, saya menggunakan contact lens)

- Saya perlu memakai pakaian yang nampak lebih matang termasuklah pemilihan warna yang sesuai

- Saya perlu menyamar sebagai seorang consultant yang telah bekerja selama 6 – 7 tahun

Kebetulan masa itu saya baru sahaja membeli kereta baru. Jadi dari segi kenderaan dah nampak ok. Kononnya nampak seorang yang stabil dari segi karier. Cuma beberapa perkara di atas yang saya tak setuju especially nak suruh orang panggil saya Mohd walaupun nama penuh saya Mohd Zahidi.

Setelah berbincang dengan Tony akhirnya kami mencapai persetujuan. Guna nama Zahidi, tak payah pakai cermin mata dan cuma tukar dari segi penampilan sahaja. Kebetulan masa itu saya memang kelihatan lebih matang dari usia sebenar. Jadi orang akan percaya bila saya sebut saya berusia di awal 30 an.

Sebagai pekerja kilang yang memakai uniform, baru saya perasan yang saya tidak mempunyai pakaian yang sesuai. Lepas kerja pakai T’shirt, manalah nak pakai baju-baju yang kononnya nampak sebagai ‘Executive’. Maka terpaksalah saya mengeluarkan modal untuk imej baru saya.

Segalanya serba baru. Baju, seluar, kasut, briefcase, tali leher, pen dan perfume mahal (sebelum ni yg murah punya … he he he). A complete transformation dari imej budak kilang kepada imej seorang executive. Untuk tugas pertama saya yang akan dibayar RM250 sahaja (sebagai percubaan), saya membelanjakan dalam RM2 ribu untuk semua itu. Memang tak balik modal.

Projek pertama saya ialah Quality Awareness Training untuk White Horse Ceramics di Johor Baharu. Maknanya, saya kena menaiki kapal terbang ke sana buat pertama kalinya. Punyalah excited.

Dipendekkan cerita pengalaman pertama amatlah menarik bagi seorang budak kilang seperti saya ni ha. Sampai saja di airport telah ada driver yang menunggu di airport dengan signage ‘Mr.Zahidi’ dan kemudiannya membawa saya ke Hotel Grand Continental. Pertama kali nak tidur di hotel sebab sebelum ini mana mampu nak tidur di hotel.

Keesokkannya dengan memakai pakaian baru dan segalanya baru (rasa dah paling handsome dah … he he he), saya pun turun bersarapan di hotel dan telah ada driver yang sedia menunggu untuk membawa saya ke White Horse untuk mengajar.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan semua pekerja happy dengan kursus tersebut. Punyalah banyak ‘bohong sunat’ sebab kena nampak seperti saya sudah mengajar bertahun-tahun. Padahal baru pertama kali … nak buat macam mana kan. Nak hidup … he he he

Saya mendapat layanan yang begitu baik. Di bawa makan ke restaurant mahal untuk lunch dan rasa di hormati di atas pengalaman dan pengetahuan yang saya ada walaupun tak banyak mana. Sebelum ini orang pandang sebelah mata saja.

Masa itu perasaan saya punyalah best. Tak pernah terfikir saya akan melalui fasa sebegitu. Dalam sekelip mata saja saya rasa satu perubahan. Macam first love lah pulak. Sejak itu saya tahu bahawa inilah kerja yang sesuai dengan saya dan rasa macam senang nya kerja ni.

Padahal saya tidak tahu bukan mudah untuk menjadi Consultant dan Trainer. Cerita mengenai zaman consultant selepas ini.

Ahau-Dee