Sunday, August 31, 2008

Bulan Ramadhan ...



Ahau - Dee

Oh! Tidak!

Hairan pulak bila aku buka jer akaun harimau aku tu (maybank2u.com) tak ada apa yang luar biasa. Jumlahnya ... seperti yang selalu aku dapat setiap bulan. Sepatutnya, sudah kenyang sebab Sime Darby dah bayar bonus (pastinya ramai warga Sime Darby tengah tersenyum lebar la ni ... dengarnya bonus nya bagusssss sekali).

Then, bila Puan Aini email my payslip ... barulah tahu cerita sebenar yang membuatkan aku menggaru kepala yang semakin botak ni ha.

My bonus 'hilang' sebab kena tolak dengan 'Additional Tax' dan 'Tax Clearance (Manual)' ... apa hal nya ni ! Dahlah masa nak datang sini dulu ...aku kena bayar sampai RM7 ribu untuk settlekan income tax sebab my ex-company tak bayar walaupun dia orang potong my gaji. Huh!

So kawan2, please learn from my mistake - kena check dengan LHDN walaupun company buat monthly deduction supaya tak kena 'kencing' dengan company. At the end of the day, kita yang bertanggungjawab especially bila company dah gulung tikar walaupun you ada bukti such as payslip, EA form, PCB 2 dan naik turun office LHDN berkali-kali. Dia orang tak terima & tak layan !

Tu yang membuatkan aku macam 'bengang' sikit ni sebab tengok perkatan 'tax' tu ha walaupun aku tahu mesti ada masalah teknikal. Pastinya tak kemana tapi macam potong stim jer ... you know, when you are excited about something ... tiba-tiba jadi macam ni ... memang 'teruji' jugak lah ... lebih-lebih lagi nak puasa ni ha.

Tak per ... setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Note : Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan posting kali ini ... sajer jer : )

Ahau -Dee

Friday, August 29, 2008

Thursday, August 28, 2008

Confirmed !!!



PASSENGER ELECTRONIC TICKET
Your itinerary is attached here for your reference.
We look forward to your journey with us.

Passenger(s): Mr Mohd Zahidi Ishak (Adult)
E-Ticket No: 2322102642551

Auckland - International To: Kuala Lumpur International Airport
Flight: Malaysia Airlines MH130
Aircraft: Boeing 777-200
Depart: Sat, 13 Dec, 14:15
Arrive: Sat, 13 Dec, 20:05
Kuala Lumpur International Airport To: Auckland - International
Flight: Malaysia Airlines MH131
Aircraft: Boeing 777-200
Depart: Sat, 10 Jan, 21:30
Arrive: Sun, 11 Jan, 12:50

Total Flight Price: NZD 2241.90
Total paid: NZD 2241.90

Ini membuktikan betapa excitednya aku nak balik. Benda ni pun nak masukkan dalam blog ... suka hati aku lah kan ... he he he : )

Apapun, harga tiket dah naik dah ... lebih kurang RM5800 ... huh! Itupun, aku beli tiket 3 bulan awal ... super saver dah sold out. Kalau last minutes lagilah mahal walaupun kelas economy jer.

Thanks to Katie sebab sanggup gunakan credit card dia untuk bayarkan dulu. My credit card ada masalah sikit. Thanks to Aza jugak sebab tolong check dengan MAS hari tu sebab MAS di NZ ni tak reti nak jawab talipon ... he he he

Ahau - Dee

Monday, August 25, 2008

Jalan-jalan Ahau - Dee

Tak ada cerita menarik hujung minggu lalu cuma aku tertarik dengan pokok ni ha ... walaupun daunnya dah gugur tapi bunganya tetap mekar.



... dan sambil mereka menyebarkan ajaran Kristian, ada perlawanan arm wrestling sekali ... macam-macam mat salleh ni ... lelaki vs. perempuan pulak tu.


Ahau - Dee

Wednesday, August 20, 2008

20 08 2008

Menarik kan tarikh hari ni ... 20 08 2008 ... susah nak jumpa ni. Enny yang bagitau sebab aku hanya interested dengan 08 08 08 jer. Lebih menarik lagi, hari ini adalah birthday Caroline yang ke 28. Dia pun tak perasan betapa specialnya hari ini for her ...

28th Birthday on 2008 2008

And of course, she is so excited. As you know, Caroline is my best buddy kat sini. She is my 'hot chocolate' partner, my English tutor and once in a while aku akan tumpang kereta dia untuk balik ke rumah. Moreover, she is the only HR team yang sama office dengan aku.

To celebrate her birthday, aku pun pergilah cari wine sebab tak tahu nak beli hadiah apa. Inilah pertama kali dalam hidup aku beli wine. Macam dah expert, terus pergi ke Foodtown dan sudahnya aku jadi blurr ... tak tahu nak pilih apa. Punyalah banyak jenis. Sales person pulak tak ada.

Akhirnya aku approach one 'sophisticated lady' dan explain kat dia yang aku ni tak tahu apa pun pasal wine tapi nak beli hadiah for birthday, etc... Dengan bersungguh-sungguhnya dia pun recommend kan wine ni dan katanya ... I just buy a cheap one and I would be very lucky if I have a boyfriend and he bought me this wine ... hmmm ... tak ada boyfriend rupanya ... he he he
Bukan mahal pun ... $25 jer (RM65).

Caroline was so happy dan pilihan perempuan tu tepat sekali. Yang paling best sekali, boyfriend dia melamar dia semalam and celebrate their engagement dengan wine yang aku hadiahkan.

Congratulations Caroline ! I am happy for you and may their relationship last forever!

Ahau - Dee

Monday, August 18, 2008

One Day by Opshop - New Zealand Rock Band

Biasanya aku tak ambil peduli sangat video clip yang ditayangkan di tvnz ni ... tapi semalam tiba-tiba aku 'terkesan' dengan lagu ni ... khas buat M,M & M (you know who you are)

Absence make her heart grow fonder
While I’m conquering the last frontier
Lately I’ve found myself wonderin’ out loud
Wonderin’ what I was doin’ here

[Chorus]

One day you’ll understand how much you have me
One day you’ll realise we have it easy
I can’t offer you the future - I don’t know it myself
All I can offer you is me
I’m all I can offer you right now

Patience make her heart grow stronger
Reassure her she’s where I want to be
Never was the grass ever greener
I’m about ready as I’ll ever be

And one day you’ll understand how much you have me
One day you’ll realise we have it easy
If an expression of love is what you need to believe
All I can offer you is me
I’m all I can offer you right now

[Music]

I’m all I am
All I am, yeah
One day you’ll understand how much you have me
One day you’ll realise we have it easy
I can’t offer you the future - I don’t know it myself
All I can offer you is me
One day you’ll understand how much you have me
One day you’ll realise we have it easy
If an expression of love is what you need to believe
All I can offer you is me
I’m all I can offer you right now

[Pause]

Absence make her heart grow fonder
While I’m conquering the last frontier



One Day - Opshop
Ahau - Dee

Saturday, August 16, 2008

Satu Bulan daa ...



Selepas berbincang dengan boss, insyaAllah aku akan bercuti lebih kurang sebulan di Malaysia hujung tahun nanti. Cuti aku dipercepatkan dari 18 Dec kepada 13 Dec dan aku akan kembali ke Auckland pada 10 Januari. Habiskan my annual leave. Asalnya cuti aku dari 18 Dec sampai 9 Jan jer.

Nak tahu betapa excitednya aku? Aku dah siap plan apa yang nak dibuat dalam masa sebulan tu ... walaupun hampir sebulan tapi macam tak cukup masa... macam-macam nak buat dan banyak tempat nak kena pergi. Pasti meriah dan mungkin akan jadi macam amazing race... ha ha ha .

Sayangnya, aku kena kerja pada Hari Raya nanti sebab annual leave dah habis... Huh! Inilah kali pertama dalam hidup aku kena kerja pada hari raya pertama, berada di di luar negara dan jauh pulak dari family.

Ops! Puasa pun belum lagi daa .... ha ha ha

Ahau-Dee

Wednesday, August 13, 2008

Expatriate ker... ?

Mungkin bagi sesetengah orang, tiada apa yang menarik kali ini tapi secara peribadi cerita kali ini membuatkan aku menghargai apa yang aku ada di Malaysia ... my car.

Selepas berbelas tahun berkereta sana sini, bila tak ada kereta ni ... lain macam rasanya ...lebih-lebih lagi untuk urusan kerja.

Seboleh-bolehnya aku cuba menyusun jadual kerja supaya meminimumkan penggunaan public transport.Kadangkala aku meminjam kereta boss untuk pergi ke mana-mana dengan bantuan GPS. Kalau tak ... sesat lah jawabnya.

.

Semalam, aku ada meeting di City Nissan - Wairau Road, Takapuna (North Shore) dimana aku perlu menyeberangi Harbour Bridge. Dan kereta boss pulak tak ada ... jadi kena naik baslah jawabnya.

Seawal 7.30 pagi aku dah bejalan dari rumah ke Albert Street (lebih kurang 1km) untuk menaiki bas ke North Shore. Hujan selebat-lebatnya pagi semalam sehingga payung yang baru dibeli minggu lepas rosak lagi. Kayalah kedai payung kat Auckland ni. Sampai di Smales Farm Station pukul 8.50 am dan kena tunggu satu bas lagi untuk ke City Nissan. Bas berhenti di Wairau Road dan aku berjalan sejauh 500 metres untuk sampai ke destinasi.

Nasib aku baik sebab sampai tepat pada masanya - 9.25 am ... kalau lambat tak professional lah pulak. Lebih-lebih lagi aku ni dari Malaysia. Meeting pun berlangsung dalam suasana yang pahit, kelat & masin ... biasalah mat salleh.
Untuk kembali ke office pulak, aku kena naik 3 bas. From Wairau Road to Takapuna, from Takapuna to Queen Street and from Queen Street to Newmarket. Nasib baik hujan dah mula reda dan aku boleh masukkan payung tu dalam tong sampah jer.


Aku sampai office tepat jam 1.30 petang. Untuk satu meeting aku perlu habiskan masa 5 jam dalam perjalanan. Kalau ada kereta, perjalanan lebih kurang sejam sahaja (pergi balik) sebab traffic di Auckland ni taklah seteruk KL.

Nama jer expatriate kan ... tapi macam tak ada class ... hmmm ... kesian kat aku kan ... apapun, itulah pengalaman.... ha ha ha.

Ahau - Dee

Saturday, August 9, 2008

Rebirth



Sejenak kufikirkan pelayaran usiaku
dibawa arus oleh keadaan
ketimuran kebaratan
keduniaan dan akhirnya
ku bertanya
siapakah diriku

Di tengah keganasan hangatnya keghairahan
membakar hangus insan yang terleka
memaksa ku menilai
perimbangan perjalanan
persimpangan
aku dan diriku

Kini aku sendirian
yang kan dapat menentukan
kebaikan
keburukan
ku tanggung jua

Ke kirikah atau kanan
Arah yang bercabang liku
dalam aku
mencari diriku

Di hati kecil ku terdengar
suara yang membisik sesuatu
kutersedar
mengenalkan aku
kepada diriku

Terasakan terbuka
kunci pintu hatiku
timbullah cahaya
merangkul tubuhku
terurai kekusutan
pertalian hidup ku

Setelah aku kenali hidupku
Setelah aku mengenal diriku


Note : Seperti yang kita sedia maklum, Aishah merupakan satu-satunya anak Malaysia yang berjaya mencipta nama di New Zealand. Lebih membanggakan lagi, rakan sepejabat masih ingat lagi The Fan Club dan lagu hit mereka ... Sensation dan beliau tahu bahawa Aishah adalah anak Malaysia.

Aku Dan Diriku - Aishah


Friday, August 8, 2008

Nation in Distress ...



Aku tak tahu nak kata apa ... hanya sekadar melihat, memandang dan memerhatikan dari jauh. Tidak menyokong atau pun membantah kerana aku tidak layak dan tidak arif untuk membincangkan soal politik.

Cuma sebagai anak Malaysia, aku rasa semua ini tidak seharusnya berlaku di saat-saat kita akan meraikan ulangtahun kemerdekaan tidak lama lagi. Buat pertama kali bendera Malaysia diterbalikkan sebagai lambang protes terhadap apa yang sedang berlaku. Segala-galanya di politikkan ... mungkin itu hakikatnya. Hidup ini tak akan meriah tanpa politik.

Ahau - Dee

Thursday, August 7, 2008

080808

Esok merupakan tarikh yang istimewa - 08 08 08 ... pastinya ramai yang akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang istimewa atau luar biasa untuk diingati sampai bila-bila. Mungkin bagi orang lain, ia hanya satu tarikh biasa seperti hari-hari yang lain dan tidak memberi apa-apa makna. Hakikatnya, citarasa setiap manusia itu berbeza.

Bagi aku ianya satu tarikh yang istimewa dan unik. Kebetulan pula jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Amat sesuai untuk membuka satu lembaran baru di dalam kehidupan untuk menjadi satu titik tolak ke arah sesuatu yang lebih baik.

Aku selalu percaya, di dalam mengharungi kehidupan ini kita perlu berhenti sejenak, merenung kembali apa yang dilalui, belajar dari kesilapan, mengutip segala pengajaran dan pengalaman untuk menjadi bekal di dalam meneruskan kehidupan ini. Kita jatuh, terluka, merawat luka dan bangun semula untuk menghadapi segala cabaran.



Alhamdulillah, selepas 4 bulan di sini aku semakin selesa, optimistik, percaya dan yakin pada diri sendiri untuk mencapai apa yang diingini. Tiada manusia yang sempurna tapi yang penting kita perlu sentiasa berusaha mencari kesempurnaan itu dan bersyukur di atas apa jua hasilnya.

Dengan segala kurniaan dari Tuhan - kesihatan, tenaga, peluang, rezeki yang melimpah ruah dan jalan yang terbentang luas, aku amat teruja untuk melalui hari-hari mendatang dari sudut pandangan yang amat berbeza dari apa yang aku lalui sebelum ini. Segala yang hilang pasti akan muncul kembali.

InsyaAllah, dengan izinNya, segalanya berkemungkinan.

Syukur. Terima Kasih Tuhan.

Ahau - Dee

Tuesday, August 5, 2008

Vol 7 - Apa yang bezanya?

Sehingga hari ini, aku belum terjumpa lagi The Coffee Bean Cafe di Auckland ni. STARBUCKS ada di merata-rata. Hmm ... hairan jugak. Mungkin mata aku yang kelabu kot? Tapi memang betul pun ... no Coffee Bean cafe in Auckland ni. Tempat lain tak tahu lah sebab langkah aku di New Zealand ni belum panjang lagi. Masih dok pi mai pi mai tang tu ... ha ha ha

Ahau - Dee

Monday, August 4, 2008

Minggu Bertukar Warna


Dah lama tak nampak pelangi ... pagi ni, dalam perjalanan ke office ternampak pelangi di Newmarket. Cantik tapi tak dapat nak captured sepenuhnya dengan my handphone. Kalau guna camera tentu lebih baik gambarnya.

Kalau perhatikan betul-betul, ada dua pelangi - satu dekat bangunan kuning tu dan satu lagi dekat dengan pokok tapi tak berapa jelas. Itu yang terpanggil nak letakkan dalam blog ni.

Anyway, thought for week untuk minggu ini dari Jonathan Swift ...

May you live all the days of your life.

Semoga minggu ini dan minggu-minggu seterusnya akan seindah pelangi. New Zealanders pun sedang bergembira apabila All Blacks berjaya membalas dendam dengan mengalahkan Wallabies 39 - 10 di Auckland pada hari Sabtu lepas. Satu perlawanan yang amat menarik dan membanggakan semua warga Kiwi.

Ahau - Dee