Berpuluh kali Ahau Dee berusaha untuk hidupkan kembali blog ini. Terfikir juga samada masih relevan kah blogging ni? Dengan kehadiran pelbagai social network, masih adakah orang nak baca. Lebih-lebih lagi Ahau Dee sudah berada di Malaysia dan tidak lagi tinggal di luar Negara. Masih ada kah cerita menarik untuk diceritakan?
Tapi bila difikirkan semula, bagus juga jika Ahau Dee hidupkan semula blog ini. Sekurang-kurangnya dapat merakamkan pengalaman yang dilalui oleh Ahau Dee. Maklumlah, sejak semakin muda ni, Ahau Dee mudah lupa.
So, just do it ... jangan fikir banyak-banyak. Tulis saja. Sekurang-kurangnya boleh baca balik di masa hadapan seperti mana apa yang Ahau Dee buat sekarang ini. Selalu mengimbau kembali pengalaman di New Zealand.
This post is the beginning. Nothing is too late right? Jika ada yang sudi membaca, jangan lupa tinggalkan komen ya.
Sehingga bertemu lagi.
Ahau Dee
kembara ahau-dee ...
Sekadar berkongsi cerita tanpa peningkan kepala.
Thursday, February 26, 2015
Thursday, August 29, 2013
Our Future Leaders
Pada saat ini Ahau Dee berada di Merlimau kerana mengendalikan
Development Programme untuk penerima biasiswa Sime Darby. Sebagai Programme Manager, Ahau Dee perlu
memastikan program ini berjalan lancar dan menepati matlamat yang ditetapkan.
Maknanya Ahau Dee juga kena berkampung di Merlimau selama 2 minggu dengan
anak-anak muda ini. Sejujurnya, ini adalah salah satu tugas yang memberi warna
dalam kehidupan Ahau Dee.
Berinteraksi dengan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin
pada masa depan adalah satu pengalaman yang segar. Terutama sekali apabila
mereka ini terdiri daripada anak-anak muda yang bijak dan mempunyai potensi
yang besar. Banyak perkara yang Ahau Dee
belajar dari mereka, cara pemikiran mereka dan menyelami apa yang penting bagi
Generasi Y. Selain itu, ia juga membuatkan Ahau Dee terasa muda sentiasa. Ahaks
!!!
Apapun, dalam banyak-banyak program yang Ahau Dee kendalikan,
peserta SDP 1 pada minggu lepas memberi kelainan. ‘The team dynamic’ amat berbeza
dan segar. Secara tidak langsung ianya mengubah pandangan Ahau Dee terhadap Gen
Y.
Keseluruhannya, peserta kali ini (18 orang) mempunyai sikap yang
amat penting sebagai pemimpin pada masa depan. Mereka bijak, mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar dan masyarakat, berfikir secara
kritikal, tahap disiplin yang tinggi dan yang paling penting amat merendah diri
dan menghormati orang lain.
Ahau Dee berharap dapat terus menjadi ‘rakan’ mereka walaupun
mereka akan berada jauh di UK dan China untuk melanjutkan pelajaran. All the best to them dan semoga kita akan
berjumpa lagi di SDP2. InsyaAllah .
Ahau Dee
Saturday, August 24, 2013
Flashback ...
Blog ini lahir apabila Ahau Dee mendapat peluang keemasan
untuk bekerja di New Zealand di mana ianya menjadi satu-satunya pengalaman yang
tidak dapat dilupakan seumur hidup. Blog
ini menjadi satu-satunya ruang untuk Ahau Dee merakamkan segala kenangan pahit
manis hidup di tanah Kiwi yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya
itu.
Selain merakamkan pengalaman hidup di sana, blog ini juga
menjadi saksi bagaimana Ahau Dee berjaya menurunkan berat badan sehingga 32 kg.
Sayangnya apabila Ahau Dee pulang ke Malaysia, blog ini terus terbiar sepi tak
berpenghuni. Entah kenapa, hendak tulis satu ‘post’ pun amat susah.
Seperti yang Ahau Dee katakan dalam posting sebelum ini,
semuanya terperap sebagai ‘draft’ sahaja. Padahal terlalu banyak cerita yang
boleh dikongsi bersama. Antaranya perjalanan Ahau-Dee di South Island yang
separuh jalan, percutian di London, Paris dan Spain, pengalaman menaiki Star
Cruise ke Phuket dan Krabi, mengajar scholars di Melbourne, percutian domestic,
mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, mengawasi berpuluh projek CSR, kehadiran Brian dalam hidup
Ahau Dee, projek 8A Muzani dan macam-macam lagi.
Paling menyedihkan bila berat badan ideal Ahau Dee tidak
bertahan lama. Ketika blog ini menyepi, berat badan Ahau Dee bertambah dari
masa ke semasa sehingga ianya kembali ke asal. Pelbagai usaha Ahau Dee lakukan
sehingga mencecah belasan ribu ringgit tapi ianya tidak berjaya (ini pun sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama).
Sehinggalah beberapa minggu sebelum raya, Ahau Dee singgah
di blog ni dan kembali mendapat semangat untuk menurunkan berat badan. Melihat gambar-gambar lama membuatkan Ahau Dee terfikir, sekiranya dulu boleh buat, sekarang pun boleh buat. Semenjak
hari itu dan sehingga kini, Ahau Dee Berjaya menurunkan berat badan sebanyak
7kg. Satu perkembangan yang baik walaupun kena turun sebanyak 25kg lagi.
Mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk menghidupkan
kembali blog ini dan pada masa yang sama berusaha menurunkan berat badan.
Pastinya ini akan mengembalikan nostalgia Kembara Ahau Dee di New Zealand.
Ahau Dee
Friday, August 23, 2013
Cubaan ke 100 kali
Rasanya dah berpuluh kali Ahau Dee cuba untuk menyambung kembali hayat blog ini tapi akhirnya ianya hanya setakat 'draft' sahaja. Tiba-tiba timbul niat untuk menulis kembali. Di ketika ini Ahau Dee berada di Merlimau, Melaka untuk mengendalikan program untuk penerima biasiswa YSD.
Mungkin dah sampai masanya untuk Kembara Ahau Dee kembali bernyawa dan buat saat ini, Ahau Dee ingin perkenalkan buah hati Ahau Dee, Brian.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin : )
Ahau Dee
Mungkin dah sampai masanya untuk Kembara Ahau Dee kembali bernyawa dan buat saat ini, Ahau Dee ingin perkenalkan buah hati Ahau Dee, Brian.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin : )
Ahau Dee
Saturday, August 14, 2010
Ku Kembali ...
Lama sungguh tak update blog ini. Sampai dah bersawang. Tiba-tiba rasa hendak aktif semula dengan blog ini. Terlalu banyak cerita hendak ditulis di sini. Kalau masih ada kawan-kawan yang sudi singgah ... tunggu ya. Ahau-Dee telah kembali.
Ops! Selamat Berpuasa ya : )
Ahau - Dee
Ops! Selamat Berpuasa ya : )
Ahau - Dee
Subscribe to:
Posts (Atom)