Saturday, August 24, 2013

Flashback ...


Blog ini lahir apabila Ahau Dee mendapat peluang keemasan untuk bekerja di New Zealand di mana ianya menjadi satu-satunya pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.  Blog ini menjadi satu-satunya ruang untuk Ahau Dee merakamkan segala kenangan pahit manis hidup di tanah Kiwi yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya itu.
Selain merakamkan pengalaman hidup di sana, blog ini juga menjadi saksi bagaimana Ahau Dee berjaya menurunkan berat badan sehingga 32 kg. Sayangnya apabila Ahau Dee pulang ke Malaysia, blog ini terus terbiar sepi tak berpenghuni. Entah kenapa, hendak tulis satu ‘post’ pun amat susah.
Seperti yang Ahau Dee katakan dalam posting sebelum ini, semuanya terperap sebagai ‘draft’ sahaja. Padahal terlalu banyak cerita yang boleh dikongsi bersama. Antaranya perjalanan Ahau-Dee di South Island yang separuh jalan, percutian di London, Paris dan Spain, pengalaman menaiki Star Cruise ke Phuket dan Krabi, mengajar scholars di Melbourne, percutian domestic, mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, mengawasi berpuluh projek CSR, kehadiran Brian dalam hidup Ahau Dee, projek 8A Muzani dan macam-macam lagi.
                                                  
Paling menyedihkan bila berat badan ideal Ahau Dee tidak bertahan lama. Ketika blog ini menyepi, berat badan Ahau Dee bertambah dari masa ke semasa sehingga ianya kembali ke asal. Pelbagai usaha Ahau Dee lakukan sehingga mencecah belasan ribu ringgit tapi ianya tidak berjaya (ini pun sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama).
Sehinggalah beberapa minggu sebelum raya, Ahau Dee singgah di blog ni dan kembali mendapat semangat untuk menurunkan berat badan. Melihat gambar-gambar lama membuatkan Ahau Dee terfikir, sekiranya dulu boleh buat, sekarang pun boleh buat. Semenjak hari itu dan sehingga kini, Ahau Dee Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg. Satu perkembangan yang baik walaupun kena turun sebanyak 25kg lagi.
Mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk menghidupkan kembali blog ini dan pada masa yang sama berusaha menurunkan berat badan. Pastinya ini akan mengembalikan nostalgia Kembara Ahau Dee di New Zealand.
Ahau Dee

No comments: