Thursday, August 29, 2013

Our Future Leaders


Pada saat ini Ahau Dee berada di Merlimau kerana mengendalikan Development Programme untuk penerima biasiswa Sime Darby.  Sebagai Programme Manager, Ahau Dee perlu memastikan program ini berjalan lancar dan menepati matlamat yang ditetapkan. Maknanya Ahau Dee juga kena berkampung di Merlimau selama 2 minggu dengan anak-anak muda ini. Sejujurnya, ini adalah salah satu tugas yang memberi warna dalam kehidupan  Ahau Dee.
Berinteraksi dengan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan adalah satu pengalaman yang segar. Terutama sekali apabila mereka ini terdiri daripada anak-anak muda yang bijak dan mempunyai potensi yang besar.  Banyak perkara yang Ahau Dee belajar dari mereka, cara pemikiran mereka dan menyelami apa yang penting bagi Generasi Y. Selain itu, ia juga membuatkan Ahau Dee terasa muda sentiasa. Ahaks !!!
Apapun, dalam banyak-banyak program yang Ahau Dee kendalikan, peserta SDP 1 pada minggu lepas memberi kelainan. ‘The team dynamic’ amat berbeza dan segar. Secara tidak langsung ianya mengubah pandangan Ahau Dee terhadap Gen Y.
Keseluruhannya, peserta kali ini (18 orang) mempunyai sikap yang amat penting sebagai pemimpin pada masa depan. Mereka bijak, mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar dan masyarakat, berfikir secara kritikal, tahap disiplin yang tinggi dan yang paling penting amat merendah diri dan menghormati orang lain.
Ahau Dee berharap dapat terus menjadi ‘rakan’ mereka walaupun mereka akan berada jauh di UK dan China untuk melanjutkan pelajaran.  All the best to them dan semoga kita akan berjumpa lagi di SDP2. InsyaAllah . 
Ahau Dee

No comments: