Tuesday, December 2, 2008

Palmerston North ... Here I Come : )

Seawal 4.30 pagi nanti perlu bersiap sedia untuk ke Airport kerana ada Leadership Fundamentals Training di Palmerston North untuk para pekerja di Trucks Investment Limited pada jam 9.00 pagi nanti. Flight pukul 6.55 pagi dan akan sampai pada 7.50 pagi nanti.

Bukan hari ini saja malah 3 hari berturut-turut. Maka akan berada di sana sehingga hari Jumaat nanti. Rasanya program kali ini lebih mencabar kerana ramai boss-boss akan turut serta.

Sekarang ini hampir pukul 12.00 tengah malam tetapi masih tidak boleh tidur memikirkan apa perancangan untuk esok. Semenjak pagi tadi beberapa perubahan telah dilakukan pada presentation slides untuk memastikan sesi kali ini lebih baik dari sebelum ini.

All The Best Ahau-Dee. Sesi kali ini amat penting. Berdebar rasanya.

Sementara itu, bahang perayaan Krismas sudah mula terasa. Hari Sabtu yang lalu menghadiri Christmas Party di rumah Managing Director tetapi sayangnya tak ambil gambar sebab segan ... tak ada orang pun ambil gambar. Tak nak lah tunjukkan yang kita ni macam tak pernah pergi party kan ... he he he. Sudahnya camera hanya berada di dalam poket.

Sebelum tu, penghuni di Quest On Mount sama-sama berganding bahu menghias pokok Krismas di lounge. Ada live band dan makan-makan. Meriah jugak. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Bersama dengan Hotel Manager yang selalu panggil Ahau-Dee "Skinny" sebab dia perasan berat badan dah turun sikit ... he he he

Inilah hasilnya.
Ahau-Dee

2 comments:

Anonymous said...

Oooh skinny! awak berfoya foya dgn manager hotel itiewww yer? Ish ish ish. Cute jgak dia. he he he

Have fun training the mat salleh.

Just out of curiosity, if ada another vacancy of training job that you know ooo please gimme a hoot. My hsbd is a certified trainer and he sooooooo needs to get away now.

Thanks.

Ahau - Dee said...

Thanks Wiz.

InsyaAllah, kalau ada I let you know okay : )

p/s : dah tua lah hotel manager tuh!