Saturday, December 6, 2008

Satu Kesilapan Satu Ujian

Adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan apabila seorang trainer/facilitator boleh tersalah bawa material penting untuk digunakan di dalam training.

Pada pagi Rabu yang lalu, ketika sedang bersiap untuk ke Palmerston North baru tersedar bahawa DVD yang sepatutnya digunakan di dalam training Leadership Fundamentals tidak berada di dalam sarungnya. Rupa-rupanya tertinggal di office dan tidak perasan bila masa tertukar.

Itulah akibatnya bila tidak periksa dengan teliti. Memandangkan sudah tidak cukup masa untuk ambil di pejabat, maka terus saja bersiap sambil tak henti-henti memarahi diri sendiri. 50% daripada intipati kursus bergantung pada DVD tersebut.

Tepat jam 5.25 pagi sudah tercegat dibawah apartment untuk menunggu teksi yang sepatutnya tiba jam 5.30 pagi. Sampai 5.45 masih tak sampai-sampai. Terpaksa pergi ke jalan utama untuk mencari teksi lain. Tapi sayangnya satu teksi pun tak nak berhenti sebab semua dah ada customer.

Bagai nak luruh jantung takut terlepas flight. Sudahlah beg berat dengan training notes untuk 35 participants, terpaksa berjalan jauh untuk mencari teksi. Akhirnya ada jugak satu teksi yang berhenti dan bila beritahu pada dia yang flight pukul 6.50 pagi, terus beliau pecut dan alhamdulillah … sampai tepat pada masanya walaupun kelam kabut. Kalau terlepas flight tak tahu lah apa nak buat.

Sampai di Palmerston, terus call Nikki untuk poskan DVD tu … sekurang-kurangnya boleh jugak digunakan untuk hari kedua dan ketiga. Kemudian, training diteruskan tanpa DVD. Tuhan saja yang tahu perasaan pada masa tu. Dahlah participants semuanya senior-senior belaka … main redah jer … segala pengalaman yang ada digunakan supaya sesi tidak nampak janggal dan akhirnya alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun perasaan terkilan sentiasa bersarang di hati di sepanjang hari.

Gambar di atas : Bersama peserta kursus di hari pertama. Majoriti semuanya mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman. Tapi sayang gambar tidak jelas (bila nak tukar kamera agaknya)

Bersama Jim Wilson, General Manager di Hino Distributors (NZ) Limited

Keesokkannya, sampai di tempat training, dah nampak sampul courier … lega rasa hati … tetapi tak lama .. bila buka jer, ada kesan benda tajam terkena pada sampul dan yang malangnya tu, dalam banyak-banyak tempat …. terkena di DVD tersebut … bukan calar tapi dented … sampai tak boleh pasang DVD tersebut.



Nampak tak dented nya?

Argh! Apa makna semuanya ini? Satu ujian dari Tuhan dan harga dia pulak dalam $500. Terpaksa kena berjawab dengan boss Monday nanti. Sudahlah participants untuk hari kedua agak mencabar … terus perasaan jadi kacau bilau dan terpaksa teruskan training tanpa DVD berkenaan.

Secara peribadi prestasi hari kedua agak tidak memuaskan walaupun evaluation semuanya baik Cuma rasa tidak puas hati pada banyak perkara. Nasib baik hari ketiga berjaya dijalankan dengan lebih baik.

Bersama peserta di hari kedua.

Bersama peserta di hari ketiga

Bila difikirkan balik, memang Tuhan tidak izinkan untuk gunakan DVD tersebut … tidak pernah sebelum ini lupa benda yang penting bila membuat persediaan untuk training. Inilah satu kesilapan yang paling besar yang pernah dibuat semenjak menjadi trainer … arghhh !!!

Mungkin ada hikmah disebaliknya … dan minggu depan ada satu lagi sesi. Terpaksa diteruskan tanpa DVD tersebut.

Ahau - Dee

4 comments:

anne rafei said...

oh! no worries.. takde challenges, tak berliku la life. tak jadik camni, nanti u tak careful in the future. kan?

a lesson learned, rite?

Anonymous said...

Dee, like you said, the DVD wasn't meant for you to use. You were not tested but spared. Think of it that way. I"m soooo proud to know that you did great even without the DVD. Great job Dee!

Ahau - Dee said...

Betul tu Anne ... pengajaran yang amat berguna ... do not assume!

Ahau - Dee said...

Thanks Wiz ... Rasanya akan lebih baik kalau ada DVD tu.

Agaknya I terlalu nak kan yang terbaik dan sudahnya jadi macam tu. Nak cerita pasal trip ke Palmerston North pun tak ada mood.

Hmmm ... macam-macam hal pulak sebelum nak balik ni.Ni belum lagi hal2 lain yang memeningkan kepala ... he he he