Sunday, March 8, 2009

Auckland Cup Week

Hampir seminggu tidak update blog ni … Ahau Dee tidak kemana pun Enida – masih di sini tetapi sibuk untuk mendisplinkan diri dengan rutin yang baru yang teramatlah penatnya. Maklumlah, Extreme Makeover Ahau Dee mesti menjadi kenyataan menjelang October nanti. Jangan nanti orang kata cakap tidak serupa bikin ataupun NATO. Tidak mahu menipu diri sendiri lagi … ha ha ha.

Bukannya mudah untuk mengubah cara hidup yang telah sebati sekian lama kepada yang lebih sihat. Cuti sebulan di Malaysia benar-benar memberi kesan yang tidak begitu sihat … he he he. Kalau tahun lalu berjaya turun sehingga 20 – 23 kg dan kali ini Ahau Dee mensasarkan sekurang-kurangnya lagi 10kg di dalam tempoh 7 bulan. Pastinya kali ini lebih mencabar.

Antara perubahannya yang sedang dilakukan ialah lebihkan makan salad daripada nasi, roti dan noodles. Lebihkan makan ikan daripada ayam atau daging. Lebihkan makan buah-buahan daripada junk food, chocolate dan ice cream. Lebihkan berjalan daripada naik bas – sekurang-kurangnya 8km sehari iaitu 10,000 langkah dan sekurang-kurangnya sejam diperuntukkan untuk work-out di gym (setiap pagi dan malam).

Itu belum lagi dicampur dengan usaha untuk mengikis tabiat-tabiat buruk yang lain di dalam usaha untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri. Sesungguhnya project kali ini amat menarik. Doakan Ahau Dee berjaya ya : )

Seperti di janjikan di posting sebelum ini, berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika terserempak dengan Perarakan sempena Auckland Cup Week yang berlangsung minggu ini dan merupakan New Zealand’s biggest and most glamorous racing event.

Di antara kereta antik yang mengambil bahagian.

Huh! Tentu penat untuk mengimbangkan badan dan perlu mengikuti perarakkan ini yang jauh jaraknya.

Cute!!!
Salah seekor kuda ini hilang kawalan dan menimbulkan suasana cemas tetapi kuda tersebut dapat ditenangkan oleh lelaki bertopi tu. Agaknya, panas sangat kut ... apa pun, besar sungguh kuda tu.

Mereka ini diberikan tepukan gemuruh kerana mengalunkan muzik yang amat menarik.
Ahau - Dee

4 comments:

Anonymous said...

Dee, I rasa if you naik Unicycle tu kan, lagi cepat transformasi total makeover tu akan tercapai especially kat bhgn abs, sebab byk pakai muscle kat situ untuk controlkan the thing kan.

You naik I tolong cheer kan kat bawah k...Dee Dee dee go Dee go! Cycle Dee cycle!

Ahau - Dee said...

Ha ha ha ... betul sangat-sangat. Lepas tu make-up macam badut, pakai rambut palsu berkilat & warna-warni.

Then, terus Sime Darby NZ hantar balik ke Malaysia ... sebab telah transformed jadi 'sewel' ... ha ha ha

Anonymous said...

Sewel pun, sewel fit k!!!!!!!!!! itu yang penting. Ada washboard abs lagi.

Ahau - Dee said...

Ok jugak tu Wiz.

I've got the idea. Solek muka macam badut dan lepas tu jangan pakai baju ... kelas kan?