Monday, March 2, 2009

Teddy Bears' Picnic

Cuaca yang tidak menentu ketika hujung minggu di Auckland sejak akhir-akhir ini telah membantutkan program ‘Jalan-Jalan Ahau-Dee’. Maka bekerja di hari minggu adalah jalan yang terbaik untuk habiskan masa.

Di dalam perjalanan, baru perasan bahawa terdapat program kekeluargaan lagi di Auckland Domain. Kali ini kanak-kanak pula diraikan di dalam ‘27th Annual ABE’s Bagels Teddy Bears’ Picnic’ … hmmm … macam-macam orang Auckland ni.
Memandangkan sudah lalu di situ, maka Ahau Dee pun menyibukkan diri melihat apa yang ada di sana. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk menggambarkan kemeriahan Teddy Bears’ Picnic yang pastinya menggembirakan kanak-kanak.

Tarikan utama ... The Giant Teddy Bear & Teddy Bear dari Malaysia ... ha ha ha ... tidak kah anda tahu bahawa Ahau Dee juga di panggil sebagai 'Teddy Bear' ? Sedap di peluk ... ha ha ha

Program ini disokong oleh Auckland City Council dan Auckland Kindergarten Association. Khabarnya, kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dikenakan bayaran untuk menaiki bas jika mereka membawa bersama Teddy Bear ketika menaiki bas untuk ke acara ini.

Di antara badut yang memeriahkan acara

Kanak-kanak beratur panjang untuk mendapatkan 'free face painting'.

Sekali lagi, susah untuk melihat sampah sarap di Auckland Domain.

Kemudian, ketika hampir ke pejabat, Ahau Dee terserempak dengan satu lagi acara. Rezeki lah tu. Cerita mengenainya akan dimuatkan di dalam posting berikutnya … kalau tidak, tak ada cerita nanti … ha ha ha.

Ahau - Dee

4 comments:

Anonymous said...

Dee I nampak you, I nampak you tgh line up to get your face painted behind that girl baju pink tu. Ala nak menyorok plaks ha ha ha.

Teddy bear tu boleh bwk balik tak?

Anonymous said...

Ted-Dee,
Di manakah dikau? I have been waiting and clicking, looking for updates. Love this teddy bear picnic post. Eh Dee, nanti one day kita organize this Teddy Bears' Picnic kat Malaysia nak? Tasik Perdana ke?

How much do you wanna bet, though, that somebody will come up with the fatwa that teddy bears are not allowed because they cukup sifat and menyerupai haiwan asal(?)

Isyyy Enida ni, cutting the steam only! Dee, I have been thinking...

Ahau - Dee said...

Wiz,

Memang I beratur pun tapi sampai kat pelukis tu terus kena reject sebab melebihi tahap yang ditetapkan ... lebih had umur, lebih ketinggian dan lebih berat badan ... ha ha ha

Teddy tu perlu di simpan untuk tahun depan pulak. Nak bawak balik Ted-Dee (quote fr Enida) boleh ler ... he he he

Ahau - Dee said...

Enida,

I'm here ... tengah sibuk untuk mengurangkan ke'ted-dee'an hamba ni ha ... as I mentioned in my new posting.

Best gak idea tu ... rasanya kalau buat di Tasik Perdana tu ambitious sangat kut ... kita buat kat umah u jer & then saya pakai jadi Teddy Bear ... cute macam gambar tu .. he he he

Yes! I've heard about the fatwa tapi ... I have one cute teddy bear kat umah la ni ... hadiah dari Aza & Lin.

Apa yang dikau duk fikir ni Enida? Ha ha ha