Sunday, February 22, 2009

SKYCITY Starlight Symphony


Semalam, 21 February 2009 - Ahau Dee berkesempatan untuk sama-sama merasakan kemeriahan SKYCITY Starlight Symphony yang diadakan di Auckland Domain. Acara tahunan ini merupakan salah satu program hiburan / amal yang ditunggu-tunggu oleh warga Auckland.

Program hiburan yang berkonsepkan 'santai' sambil 'berkelah' bersama keluarga dan kawan-kawan di Auckland Domain ini benar-benar memberi satu pengalaman baru bagi Ahau Dee. Dengan suhu mencecah 18 darjah, duduk melepak sambil makan dan dihiburkan dengan acara hiburan bercitarasa tinggi, memang menarik.

Persembahan dari The Auckland Philharmonia Orchestra, SKYCITY Massed Choir, violinist jemputan, artis jemputan seperti Brooke Fraser amat menghiburkan walaupun semua lagu-lagu yang dipersembahkan agak asing di telinga ini walaupun hanya beberapa lagu sahaja yang biasa didengar.

Apapun, vokal penyanyi Phil Madsen yang mendendangkan lagu Bohemian Rhapsody secara solo benar-benar menakjubkan. Tidak ketinggalan persembahan cahaya laser dan bunga api yang menarik sambil diiringi dengan lagu 1812 Overture. Memang terasa kepuasannya

Brooke Fraser, penyanyi kelahiran New Zealand yang diminati ramai.
Memang 'cool' bila semua orang begitu santai dan bersahaja dengan kelengkapan 'picnic' masing-masing sambil menikmati acara hiburan yang bermutu dan percuma lagi. Jarang suasana begini terdapat di Malaysia ... contohnya kalau kita melihat konsert Jom Heboh anjuran TV3. Yang pasti ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dengan kawan-kawan.
Semuanya berjalan dengan lancar. Tiada drama dan tidak ada sesiapa yang melakukan aksi gila-gila walaupun hampir kesemuanya minum minuman keras. Lebih menarik lagi, jumlah sampah sarap yang ditinggalkan amatlah minima.
Tabik hormat pada warga Auckland.
Ahau-Dee

2 comments:

Wiz said...

Dee, you duk atas apa? Ada bawak picnic basket jugak tak?

Respect betul bila bab sampah sarap ni. Kat Malaysia, jgn harap la scenario mcm tu. Lalu je orang terbit la sampah sarap. Heran tul. I will try to kutip mana yang termampu tapi tak larat la jugak as it is a never ending job. Last2 give up.

Ahau - Dee said...

I pergi berlenggang jer Wiz ... mana lah tahu ada picnic. Nasib baik my fren ... si Naugty 1 tu bawa picnic basket dia.

Dengan wine dan cookies. I pekena mineral water jer ... ha ha ha. Pasal sampah pulak, I've seen a few mat salleh sebelum ni yang kutip sampahj di tepi jalan ... mungkin dia orang pun macam you jugak kut ... boleh bagi pingat ni ...he he he

Dari pemerhatian I, asian masih lagi kurang pendidikan sivik nya dari segi sampah-sampah ni.