Sunday, May 24, 2009

Phuh! Legaaaa ....

Akhirnya baru boleh lapangkan dada & rehatkan diri setelah sibuk dengan training yang bertali arus. Bermula dengan beberapa sesi di Auckland, Hamilton sehinggalah ke Palmerston North. Sesungguhnya amat memenatkan. Kesihatan pun dah bertambah pulih. Boleh lah update blog dengan lebih kerap selepas ni.
Di sini, semua kena buat sendiri. Tak ada assistance pun. Organise training, prepare material, photostat material, berurusan dengan hotel sehinggalah untuk 'binding' material pun kena buat sendiri. Disebabkan asyik tak sempat jer, sampai buat 'binding' di hotel ketika bermalam di Hamilton... he he he ... lihat gambar di bawah ni. Kesian kan.
Di Palmy, yang bestnya Conference Room bersebelahan dengan my room ... ha ha ha.
Berikut adalah gambar-gambar peserta kursus.
Leadership Fundamental - Hamilton
Leadership Fundamentals - Hamilton (jangan betulkan mata anda ... memang blurrr... he he he)
Recruitment & Selection di Palmy - Tania is my co-facilitator. Mana ahau dee? Apa lagi, tukang ambil gambar ler ... tak nak lah enter frame selalu kan ... he he he
Recruitment & Selection di Palmy.
Sales Training di Palmy
Sales Training di Palmy. Disebabkan terlampau lega training dah habis sampai lupa ambil group photo ... ha ha ha

Dan macam mana Ahau-Dee manjakan diri selepas setiap sesi berakhir? Lihat gambar-gambar di bawah ... yummy !!! Semua room service ... malas nak keluar bilik sebab punyalah sejuk kat luar sana tu. Suhu di Palmy mencecah 4 degree di waktu malam.
Sirloin Steak. Sampai 5 biji kentang dia orang letak. Ok jer lah. Ahau Dee bagi 3 bintang.
Yang ini paling best. 1 dozen Scallops ... punyalah sedap ... 5 bintang. (2 malam Ahau Dee order yang ni ... he he he)
Yang ni pun not bad tapi macam tak cukup jer. Char grill fish ( Snapper kut) ... makan jer, ikan apa pun tak kisah. Ahau Dee bagi 4 bintang.
Dan ini yang paling tak best. Fish Fillet. 2 bintang jer. Satu lagi terlupa nak ambil. Rosie's Seafood Basket ... Sedap juga.
p/s : Maka minggu ni kena start control makan balik ... he he he
Ahau - Dee

4 comments:

Wiz said...

Dee, busy nya, tapi mesti bestkan to be able to accomplish all the trainings. I bet you scored high amongst the participants.

Anymore trainings after this of just jalanning?

Ahau - Dee said...

Tu lah Wiz, hajat di hati nak banyak berjalan sebelum balik bulan October nanti tapi nampaknya banyak sangat kerja nak kena buat.Ada lagi a few session bulan depan.

As I said before, cuma boleh plan 2 trip jer ... Sydney - next week dan South Island sebelum balik nanti. Itu pun, harap-harap boss luluskan cuti ... he he he

Pasal score tu, alhamdulillah ... setakat ini respons semuanya bagus-bagus belaka walaupun my English hancus and berterabur ... wa ka ka .

Balik Malaysia nanti, kena attend your class lah. Boleh tak?

la Signora said...

Ehem, dalam gambar-gambar tersebut, Dee yang paling kecik.Ape rahsia diet anda?

Ahau - Dee said...

Eh! Kecil ker Lisa? He he he ... itupun dah lama tak jalan pergi kerja sebab asyik out-station jer.

My diet programme belum success lagi Lisa. Still struggling nak kurangkang lagi 10kg.

Entah berjaya ataupun tidak tak tahu lah... faham-faham jer lah, winter ni kan ... asyik nak makan jer ... ha ha ha