Wednesday, June 11, 2008

Yang Kuidam ...

Semakin bersemangat aku nak kuruskan badan ... semakin banyak pulak makanan yang kuidamkan. Tekak ni asyik dok menggoda pemikiran aku untuk makan & makan. Dan semalam antara makanan yang berada dalam list aku ialah Nasi Beriani.

Dek tak tahan godaan, maka pergilah aku ke ke 'World of Food' -Food Court dekat Customs Street untuk mencuba Nasi Beriani versi Auckland. Dengan harga $10 sepinggan, aku pun order Beriani Rice - Chicken & Lamb.

Then, aku perhatikan 'chef' tu dok sediakan my nasi beriani and to my surprise ... Nasi Beriani Auckland ni tak jauh bezanya dengan nasi goreng. Dia masukkan bahan-bahan & kemudian goreng dengan nasi. Maka jadilah Nasi Beriani. Nampak macam real tapi sebenarnya Nasi Beriani Goreng ... he he he.

I miss the real Malaysian Food.
Ahau-Dee

Monday, June 9, 2008

Caroline's Lunch

Monday ... 9th June ... 2.30 pm

Tak ada quotes of the week minggu ni sebab Katie (chairperson for this week) decided not to have it.

Dan apa yang nak aku ceritakan kali ni tak ada kaitan dengan Quotes pun cuma aku rasa kelakar selepas belanja Caroline lunch tadi sebab dia tu baik sangat dengan aku. So, we had lunch at Popi Cafe dan aku order Salmon Curry Pot ($7). Atas cheese & Salmon & kat bawah dia nasi ... kecil sangat portion dia.

Caroline pulak order Blueberries, Yogurt & Seeds setelah berfikir punya lama. Then, she waited for almost 1/2 hour untuk dapatkan meal dia. Bukannya ada customer lain pun. Aku pun tak sabar-sabar nak tengok macam manalah rupa meal tu .... so ginilah rupanya ...



Dia orang letak yogurt, blueberries (i think frozen punya) dan sunflower seeds & bijan ... itu jer ... dah lah ambil masa yang lama ... macam tu jer lunch dia ... he he he ... harga dia pulak $11.

Lepas tu aku beritahu Caroline ... nanti you datang Malaysia, I will show you apa maknanya ... Lunch ... he he he .

Ahau-Dee



Friday, June 6, 2008

Priscilla Queen of the Desert : The Musical

Priscilla Queen of the Desert: The Musical sedang hangat dipentaskan di Civic Centre, The Edge - Auckland dari 27 May 2008 sehingga 6 July 2008.

Pementasan ini diadaptasikan dari The Australian road movie The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert, yang dibintangi oleh Terence Stamp, Guy Pearce and Hugo Weaving dimana ianya telah menjadi worldwide hit pada tahun 1994. Aku dah tengok filem ni ... memang kelakar gilerr.

Hajat di hati nak tengok musical ni tapi mahal sangat ... jadi bila terserempak dengan para pelakon yang membuat promosi sebelum permentasan bermula ... Aku, Aza & Lin pun tumpang sekaki lah bergambar and here are the photos ...


Aza : "Lin, ko tengok draq kat belakang tu ... antara dia dengan aku siapa lagi vogue?"
Lin : " Aku rasa korang berdua tak leh lawan yang lagi satu tu" (gambar kat bawah ni)

Dahsyat giler costume dia orang ... dan lihatlah betapa kecilnya aku ... he he he ... Si Aza & Lin pulak (termasuk akulah) kagum melihat betapa pejalnya punggung dia orang & montoknya buah dada pelakon-pelakon ni ... he he he




At least tak sia-sia jugak aku dera si Aza & Lin berjalan jauh selepas makan di Ayutthaya ... sekurang-kurangnya dapat jugak dia orang bergambar dengan drag queen omputih walaupun lentok korang tak leh lawan dengan minah-minah tu ... he he he senyum jangan tak senyum.
Ahau - Dee





Thursday, June 5, 2008

David ...

David is one of my officemate. Very friendly dan selalu buat kejutan dengan menanyakan soalan yang 'tiba-tiba' pada aku. Tiba-tiba jer dia masuk office aku or tiba-tiba jer dia datang kat aku and tanya soalan. I know that he is trying to be friendly tapi masalahnya ... most of the time, I don't know what is his question due to his accent dan sebab aku selalu terkejut.

As always, dia kena ulang soalan tu dan ada kalanya aku buat muka selamba sambil tukar topik lain. Lepas tu aku rasa bersalah lah pulak. Tu lah ... dulu tak nak belajar omputih betul-betul.

Semalam aku dapat tahu ayah dia masuk hospital. So, aku pun dengan semangat ke'sahabat'an (copy from kejiranan) cubalah bertanya khabar ... nak tunjuk ambil berat lah kononnya dengan bahasa inggeris aku yang tak pass tadika tu ...

Me : Hi David! Sorry to hear about your father. How's he ?

David : Oh! Okay ... his dying.

Me : (terkebil-kebil mata aku, lidah ku kelu - tak tau nak kata apa)

Huh! He is so realistic. Alkisahnya ... ayah dia kena kanser paru-paru and at critical stage sekarang ni.

May God Bless Him.

Ahau-Dee

Wednesday, June 4, 2008

Quotes of The Week


We are not interested in the possibilities of defeat, they do not exist

Queen Victoria


So, there is no reason for me to mengaku kalah ... kena terus berjuang ... and as at today my weight is 94 kg ...which was never happened for the past 4 years.
Turun 3 kg dari sebelum ini dan setakat ini aku telah turun 13kg.
Nampaknya the 2nd phase membuahkan hasil ... cuma tidak boleh terus leka ...
kena terus berjalan tanpa henti ...
all the best Zahidi !
Ahau - Dee