Sunday, January 25, 2009

Ops Balik Kampung

Sudah hampir 2 minggu Ahau Dee kembali ke Auckland. Pelbagai perkara berlaku dipenghujung 2008 dan diawal 2009 menjadikan kehidupan Ahau Dee begitu berwarna-warni dan penuh drama.

Minggu pertama di Auckland diduga dengan kesihatan fizikal dan emosi yang tidak stabil sehingga terpaksa cuti sakit sehingga 3 hari dan berlarutan di sepanjang minggu. Minggu kedua pula hilang fokus dan berada di dalam proses pemulihan serta cuba untuk mendapatkan kembali rentak kehidupan Ahau Dee. Sungguh mencabar.

Segalanya serba tak kena. Hanya yang tahu sahaja mengerti apa yang telah berlaku. Susah untuk diungkapkan. Mungkin terlalu ikutkan perasaan tetapi sebagai manusia, sekuat mana pun kita, setabah mana pun kita, sehebat mana pun kita, hakikatnya; kita tetap manusia yang lemah dan sering terbabas dari landasan yang sepatutnya.

Arrghhhh! Apa yang dok merapu ni … Lets bygones be bygones dan Ahau Dee kini berpegang pada prinsip berikut yang diambil dari pelbagai sumber. Terima kasih teman-teman.

Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. Believe everything happens for a reason.

Free your heart from hatred. Free your mind from worries. Live for the moment. Live simply and without fears. Give more and expect less. Much of the pain is self chosen.

If you love someone, let it be and set him/her free, if he/she comes back to you, it's meant to be...

If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Kiss slowly. Forgive quickly. Life is never easy. Love yourself. Be yourself.


Tahun 2009 pasti menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Tinggal lagi 8 bulan untuk menetap di tanah Kiwi ini sebelum kembali ke Malaysia. Tak sabar untuk menjadikan segala perancangan untuk tahun ini satu kenyataan.

Sebelum itu, Ahau Dee ingin mengimbau kembali Ops Balik Kampung baru-baru ini yang merupakan satu kenangan paling indah di dalam sisi kehidupan Ahau Dee. Maaf jika posting kali ini banyak sangat gambar-gambar dan cerita pun dah basi ... he he he.


Bersama my son & anak saudara yang sentiasa menceriakan keadaan.

Bersama keluarga terdekat dengan aktiviti utama ... makan,makan & makan.


Sebahagian dari kaum keluarga yang sudi bertandang ke rumah Ahau Dee

Sempat juga melawat my big Bro yang tak sihat di Ipoh. Tiga beradik tapi muka semua tak sama kan ... ha ha ha

Bersama my big bro - Azmin.

Sempat juga bertemu dengan Teddy ... kucing Ahau Dee yang kini dijaga oleh my niece ... Ida

Bersama Ida ... anak saudara tu ... Wiz, jangan ingat yang bukan-bukan.

Bersama rakan sekerja di Sime HQ ... lunch di Dome, Subang Parade. Norlela, Aini, Eliana, Heidi, Afif, Aishah & Ramli.Thanks everyone.
Bersama Wan & Gina

Bersama Gina & Meha. Thanks Meha sebab belanja makan ... sodapp !

My first birthday celebration dengan Diva Redbox - Lin & Aza dan Mr.Cool - Zul. Thank you guys! Plan nak jumpa sekali tapi berlarutan sampai berkali-kali sebab korang ni terlalu cool & rocks!!! Wa caya you lah! ha ha ha

Sempat jugak bertemu dengan Uthaya si pejuang Bahasa & Bangsa Malaysia ... sampai tumpah air kat Devi's Cornet tu ... ha ha ha. Kawan lama sejak Tingkatan 4 lagi nih. Terima kasih bagi buku Rudra Avatara tu. sayang tak sempat nak jumpa Sri Bala.

My birthday celebration di Bungalow Sime, PD dengan ahli keluarga.

Antara aktiviti kekeluargaan yang sempat di buat di PD.

Tengah bersantai ....

Bersama Cynthia yang tak pernah lupa Uncle Dee dia ... Black & White kan ... he he he

Bersama Lai Li Na ... teringat zaman pergi kerja di CS dulu. Selalu Ahau Dee bangun lambat & Lina kena tunggu kat bawah ... ha ha ha

Bersama Tay di Sunway Pyramid
Sambut New Year dengan Aza, Lin & Ida di Paya Serai PJ Hilton. Lin, this is my favourite photo ... ha ha ha
Makan malam di PJ Hilton dengan Niza,Mi & family yang begitu baik sekali sudi menguruskan akaun Ahau Dee ... maklumlah banyak sangat hutang ... ha ha ha

Bersama Adrian & Alicia ... my best buddies masa kat Only World Group. Nasi lemak kat kopitiam ni yang paling best. Sempat gak celebrate birthday Adrian.

Bersama Pak Haji Kamarul ... Ops! Belum haji lagi kan ... ha ha ha... control macho lah pulak!

Sempat gak pergi ke Mozarella Cheese Factory di Langkawi dan makan cheese dia. Sodapp!

Bersama bakal adik ipar yang tak jadi ... ahaks !!!

Another birthday celebration dengan Ida di Redbox, Sunway Pyramid. Capricornian lah kononnya. Puas melalak malam tu !
Zul & Rasyid. Zul, news yang ko bawakan tu telah buatkan my fish & chips jadi tak sodapp... hu hu hu ... sabar jer lah ... dugaan.
Bersama Gabrielle, Darren dan wife yang akan bergelar mummy tak lama lagi. Congratulations Darren. Sempat celebrate birthday Darren.

Dan yang ni skandal yang tak jadi Enny ... ha ha ha ... lupa nak ambil gambar bersama kan? Ops! Kan dah tak jadi ... he he he

Bersama my Sifu Jean & Tay. Thanks a lot : )
Another birthday celebration di rumah Enida dengan kek yang dibuat khas oleh Wiz. Thanks Wiz. Buat susah-susah jer ... he he he. Terima kasih daun keladi.
Comel tak Edrick tu? Suka sangat bila dia panggil ... Uncle Dee ... kelasss !!! Ha ha ha

Bersama Wiz, Enida & Mas. Thanks Enida & Mas for everything ... korang tahu lah kan the detailsnya ... mana nak cari sahabat macam ni? I am so lucky.
Bersama Ramli, Wan & Rosli di TGI's Friday. Thank you guys.

Uncle Sam pun ada dengan cerita hantu dia ...
Bersama dengan kawan-kawan di Ford yang sudi berjumpa walaupun di saat-saat akhir. Gina, Syafinaz, Yatie, Edison dan Brian. Thank you guys.

Akhir sekali, sebelum kembali ke Auckland. Aza, Lin & Enida sudi menghantar sampai ke airport. I love you guys : )

p/s : Gambar Kamal tidak dapat disiarkan kerana tidak mendapat kebenaran dari tuan punya badan ... he he he . Tahun depan boleh ker Kamal? Ha ha ha
Sekali lagi, terima kasih semua & semoga berjumpa lagi : )
Ahau - Dee

Tuesday, January 13, 2009

I'm Back ...

Dah lama tak update blog ni sebab sibuk dengan 'mission impossible - balik kampung'. Huh! Cepat sungguh masa berlalu dan terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan yang lalu sampai tak tahu yang mana satu nak cerita dulu.

Disebabkan masalah tertentu, mulanya bercadang untuk tukarkan setting blog ini kepada 'by invitation only' tapi bila difikirkan balik ... tak payah lah. Kenapa perlu biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita kan ... ha ha ha. Maka setting blog ini ditukarkan seperti biasa ... siapa saja boleh singgah blog ini jika sudi. Maklumlah ini bukan blog ilmiah ... sekadar berkongsi cerita tanpa peningkan kepala.

Terima kasih pada semua yang sudi melapangkan masa untuk berjumpa Ahau-Dee dan pastinya akan diceritakan pengalaman berjumpa anda di dalam blog ini ... tunggu. Memang tak cukup sebulan ... ha ha ha.

Kepada nama-nama berikut - ribuan terima kasih diucapkan : )

- Ahli keluarga & sanak saudara terdekat - panjang sangat list kalau nak tulis satu persatu
- Mas, Enida dan Wiz
- Kamal
- Zul & Amin Maybank
- Aza & Lin
- Kawan-kawan di Sime Darby Motor Division - Eliana, Aini, Aishah, Afif, Ramli, Norlela, Heidi, Enny dan Meha
- Kawan-kawan semasa di Ford Malaysia - Gina, Yatie, Syafinaz, Edison, Wan, Brian, Rosli, Uncle Sam
- Kawan-kawan di Wisma Sime
- Alicia dan Adrian
- Uthaya SB
- Kamarul
- Jean & Tay
- Lina & family
- Niza & family
- Gabrielle, Darren & wife
- Kawan-kawan baru - Yuz, Azila, Ani & Ayie

Rasa-rasanya tak tertinggal any names ... he he he. Kepada kawan-kawan yang tak sempat jumpa tu ... minta maaf banyak-banyak. InsyaAllah, bulan 10 nanti kita jumpa lagi. I will be back ... for good : )

Dan birthday celebration kali ini pun agak meriah juga. Terima kasih kepada mereka yang sponsor cake ni ha ... terima kasih daun keladi. Tahun ni nak lagi ... he he he


From Aza & Lin

From my Big Bro - Azmin

From my dear niece - Ida Izyani

From Wiz - specially made for me ... mamat yang peluk gunung tu Ahau Dee ler ... ha ha ha

Birthday & Farewell di TGI Friday's

Ahau - Dee

Sunday, December 28, 2008

Singgah kejap ...

Dah lama tak update blog ni. Sibuk merealisasikan semua list di dalam posting sebelum ni dan yang pasti ... badan sudah semakin kembang ... ha ha ha

Ahau-Dee akan kembali lagi ... soon ... tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi untuk berada di sana sebelum kembali ke Auckland dan bertugas seperti biasa ... hu hu hu ... kenapa lah cepat sangat.

Ahau-Dee

Friday, December 12, 2008

Selamat Pulang Ahau-Dee


Lokasi Gambar di Palmerston North - The Square, Windmill dan Rose Garden


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu bakal tiba. InsyaAllah, esok akan berangkat pulang ke tanahair. Alhamdulillah, walau apa pun yang terjadi masih ada keluarga dan kawan-kawan yang setia menanti.

Terima kasih Zul kerana call semalam. Very much appreciated. Berikut adalah perkara ataupun plan yang mesti dilakukan di Malaysia nanti : -

1. Makan nasi lemak daun pisang sambil baca surat khabar di kedai kopi.
2. KFC & McDonald ... sebab kat sini semua tak halal.

3. Karaoke, karaoke dan karaoke + bowling,bowling dan bowling
4. Tengok wayang ... movie marathon


5. Jalan-jalan cari makan di shopping complex dan of course - shopping, shopping dan shopping sebab balik sehelai sepinggang ... kena beli baju, seluar dan kasut baru lagi sebab beg penuh dengan hadiah saja - dan jadi macam Santa dah ni.
6. Makan Big Apple Donut di dalam kereta semasa traffic jam ... he he he

7. Celebrate birthday dengan Family di Port Dickson - 5 hari 4 malam
8. Pujuk hati di Langkawi - Kampung Tok Senik Resort
9. Jumpa kawan-kawan - Azman,Mas, Enida, Pet, Umi, Uda, Zul, Aza, Lin, Lina, Darren, Gabrielle, Jean & Tay, Uthaya, Alicia, Kamal, Kamarul, Zain, member-member & boss-boss di office lama - Sime & Ford, member-member deebers dan Wiz ( I nak jumpa you okay!)
10. Pergi ke Ipoh, Penang dan Perlis untuk berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan seperti Zan, Redzuan, my sifu - Tony Lau, member-member di NSG dan ramai lagi (kalau sempat)
11. Jumpa sanak saudara di KL & jiran tetangga ... kena buat lawatan dari rumah ke rumah ... ha ha ha
12. Buat jamuan makan di rumah untuk sanak saudara dan jiran tetangga

13. Disebabkan banyak sangat aktiviti makan maka salah satu perkara yang perlu buat ialah exercise, exercise dan exercise. Tak nak gemuk lagi ... he he he
14. Pergi spa ... massage, steam bath, sauna dan jacuzzi

15. Buat medical check-up + blood test & jumpa dentist.
Huh! Entah tercapai atau tidak semua tu ... mungkin ada yang terlupa tapi yang pasti jadual untuk sebulan sudah padat dan sendat.

Ahau-Dee