Sunday, February 22, 2009

SKYCITY Starlight Symphony


Semalam, 21 February 2009 - Ahau Dee berkesempatan untuk sama-sama merasakan kemeriahan SKYCITY Starlight Symphony yang diadakan di Auckland Domain. Acara tahunan ini merupakan salah satu program hiburan / amal yang ditunggu-tunggu oleh warga Auckland.

Program hiburan yang berkonsepkan 'santai' sambil 'berkelah' bersama keluarga dan kawan-kawan di Auckland Domain ini benar-benar memberi satu pengalaman baru bagi Ahau Dee. Dengan suhu mencecah 18 darjah, duduk melepak sambil makan dan dihiburkan dengan acara hiburan bercitarasa tinggi, memang menarik.

Persembahan dari The Auckland Philharmonia Orchestra, SKYCITY Massed Choir, violinist jemputan, artis jemputan seperti Brooke Fraser amat menghiburkan walaupun semua lagu-lagu yang dipersembahkan agak asing di telinga ini walaupun hanya beberapa lagu sahaja yang biasa didengar.

Apapun, vokal penyanyi Phil Madsen yang mendendangkan lagu Bohemian Rhapsody secara solo benar-benar menakjubkan. Tidak ketinggalan persembahan cahaya laser dan bunga api yang menarik sambil diiringi dengan lagu 1812 Overture. Memang terasa kepuasannya

Brooke Fraser, penyanyi kelahiran New Zealand yang diminati ramai.
Memang 'cool' bila semua orang begitu santai dan bersahaja dengan kelengkapan 'picnic' masing-masing sambil menikmati acara hiburan yang bermutu dan percuma lagi. Jarang suasana begini terdapat di Malaysia ... contohnya kalau kita melihat konsert Jom Heboh anjuran TV3. Yang pasti ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga dengan kawan-kawan.
Semuanya berjalan dengan lancar. Tiada drama dan tidak ada sesiapa yang melakukan aksi gila-gila walaupun hampir kesemuanya minum minuman keras. Lebih menarik lagi, jumlah sampah sarap yang ditinggalkan amatlah minima.
Tabik hormat pada warga Auckland.
Ahau-Dee

Wednesday, February 18, 2009

Apa Kata Anda?


Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda mengalami situasi berikut.

Apabila
… kesetiaan diingkari
… kepercayaan di khianati
… janji dimungkiri
… kasih sayang di cemari

Dan
… kasih sayang menjadi duri
… rindu menjadi benci
… kenangan menjadi mimpi ngeri

menghantui setiap ruang hati
membelenggu diri setiap hari

segalanya amat menyakitkan
sehinggakan cinta itu menjadi dendam

Bagaimanakah untuk menghadapinya?

Terima Kasih di atas maklum balas anda.
Ahau-Dee

Monday, February 16, 2009

Jalan-Jalan Ahau Dee 09 : Mission Bay & Paritai Drive

Sekali lagi hari minggu dihabiskan dengan melepak di tepi pantai. Sudahlah hitam legam. Bertambahlah hitam jadinya sampai pening kepala lah jugak sebab lama sangat berjalan di tengah panas.

Kalau minggu sebelum ini banyak menghabiskan masa di St.Heliers Beach tapi kali ini banyak melepak di Mission Bay dan berjalan sehingga ke Kohimaramara Beach. Makan tengahari di Fish Pot Café dan tidak lupa menikmati Movenpick Ice Cream yang sedap tu. Ya … my life is great !!!

Pantai di Mission Bay ... pantai buatan ni sebenarnya.
Tiada yang menarik. Hanya permandangan biasa di tepi pantai. Apapun, boleh juga mencuci mata dan tidak kurang juga yang membuatkan sakit mata … ha ha ha.
Mission Bay Fountain ... dalam air tu pun depa nak berendam & main air jugak ... tak cukup ker air di tepi pantai tu ... ha ha ha ...
Rangitoto Island jelas kelihatan dari Mission Bay
The Mission Bay Millennium Foot Bridge "Aramaramara"... nak tahu panjang mana foot bridge dia ... lihat gambar di bawah. Ianya dibina sebagai meraikan kedatangan era millennium ... canggih kan?

Ha ha ha ... kalau orang Malaysia tentu tak nak buat sebab kita biasanya nak yang terpanjang, yang terbesar, yang tertinggi di Asia Tenggara ker, Asia ker malah di dunia ... betul tak?
Mecca Stonehouse Cafe ... tak masuk pun. Jadi tak pasti apa yang menarik.
Sejarah stonehouse ...
Sebelum pulang, singgah sebentar di Paritai Drive in the suburb of Orakei, di mana dikenali sebagai kawasan orang kaya di Auckland ni. Rumah-rumah di sini berharga melebihi NZD$6 juta dan ke atas. Seperti yang biasa berlaku di Malaysia, ramai yang membeli rumah di sini dengan harga berjuta-juta, merobohkannya dan bina semula ikut citarasa masing-masing. Orang kaya ... macam tu lah kan.
Rumah ini berusia lebih 30 tahun dan didiami oleh seorang wanita yang berusia 80 an.Kebanyakkan rumah-rumah yang lain semuanya sudah dibina semula dengan rekabentuk baru. Contohnya gambar di bawah ini.
Berikut adalah gambar-gambar permandangan dari Paritai Drive ini yang membuatkan harga rumah-rumah di sini begitu mahal.



Ahau - Dee

Saturday, February 14, 2009

Musim Panas Ahau Dee

Dah lama tak bercerita pasal Jalan-Jalan Ahau Dee. Asyik terperuk dalam rumah sehingga tidak menikmati musim panas di sini. Akhirnya, minggu lepas Ahau Dee berkesempatan untuk keluar jauh sikit dari bandar Auckland sebagai warm-up sebelum menyambung siri Jalan-Jalan Ahau Dee untuk 2009 ... he he he


Kali ini, Ahau Dee keluar dengan NAUTY 1 ... kawan daa. Bila ada orang sudi nak bawa kita jalan-jalan, apa lagi - bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Perancangan asal hendak ke Matakana tetapi perjalanan terbantut kerana jalan sesak disebabkan ada konsert di sana. Maka kami pun berpatah balik dan singgah di Wenderholm Regional Park.


Tidak ada apa-apa yang menarik. Permandangan yang biasa sahaja. Tidak seperti yang diwar-warkan, tidak ramai orang bersidai di tepi pantai. Ramai yang buat khemah sendiri atau berada di bawah pokok ... hmmm ... pelik. Bukan mat salleh suka berjemur ker?


Wenderholm Regional Park ni dipenuhi dengan pokok-pokok pohutukawa ataupun lebih dikenali sebagai New Zealand Christmas Tree. Sayangnya, bunga-bunga dah gugur ... kalau tidak tentu lebih cantik permandangannya.


Selepas berjalan-jalan di Wenderholm Regional Park, kami berpatah balik ke Auckland dan singgah di Bastion Point untuk makan tengahari sebelum pergi ke pantai-pantai lain pula. Memang cantik landscape di sini dan seperti biasa tempat ini menjadi tumpuan untuk berkelah di hujung minggu.


Di sini terdapat sebuah monument yang dibina khusus untuk Micheal Joseph Savace, the First Labour Prime Minister.


Disebabkan ramai sangat orang, terpaksa cari tempat yang jauh sikit untuk menikmati makan tengahari sambil menikmati permandangan bandar Auckland dengan angin sepoi-sepoi bahasa ... ha ha ha ... lebih kurang sejam juga lepak di sini sambil makan, sembang-sembang, ber'sms' dan dengar lagu.
Kemudian kami pergi pula berjalan-jalan di beberapa pantai di Mission Bay dan St.Heliers Bay sambil makan ais krim dan sempat bertemu beberapa orang kawan baru. Barulah nampak ramai mat salleh bersidai kat sini.
Yang bestnya, mereka semua sangatlah suka dengan kulit Ahau Dee yang hitam manis ni ... kata mereka, kulit mereka macam orang sakit. Ha ha ha ... nama pun manusia kan. Tak pernah bersyukur ... yang kita nak putih dan depa pulak nak hitam ... ha ha ha
Di sebelah malam pula kami singgah di Albert Park untuk melihat kemeriahan Auckland Lantern Festivals. Tak payahlah nak cerita apa dia Lantern Festivals tu kan sebab di Malaysia pun ada. Punyalah ramai orang ... bagi Ahau Dee yang menarik hanyalah Lanternnya sahaja. Kalau setakat show opera Cina tu ... rasanya kat Malaysia best lagi ... he he he. Berikut antara gambar yang sempat diambil sebelum kamera habis bateri.

Siri Jalan-Jalan Ahau Dee agak terbatas tahun ini. Tak boleh pergi jauh sangat sebab cuti kena simpan untuk 3 trip utama untuk tahun ini.
1. Taupo, Wellington & Napier pada bulan April nanti ... kononnya nak drive dari Auckland. Kalau ada sesiapa ada idea yang lebih baik ke mana Ahau Dee boleh pergi dalam masa 4 hari pada bulan April ni, jangan lupa tinggalkan komen. Yang ni masih belum pasti.
2. Sydney pada bulan June nanti - dah pun beli package holiday (flight + hotel)
3. South Island Trip pada bulan September nanti selama 2 minggu ... tahun ni nak berpuasa dan sambut hari raya di South Island. Huh! Musafir Di Aidil Fitri ler jawabnya.
InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan semua perancangan di atas akan menjadi kenyataan dan untuk weekend punya trip bergantung kepada kesibukan kerja, cuaca dan juka ongkosnya ... ha ha ha
Ahau-Dee

Caraku ...

Ahau Dee ada menerima email dari seorang kawan yang dah lama tak berjumpa ... dan beliau mencadangkan supaya Ahau Dee menulis sesuatu yang lebih membina dan matang supaya dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain.

Terima kasih di atas pandangan itu dan sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini.

Jawapan ikhlas Ahau-Dee, blog ini lahir berdasarkan konsep

"Sekadar Berkongsi Cerita Tanpa Peningkan Kepala".

Hanya untuk merakamkan perjalanan hidup yang singkat ini untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Bukan nak jadi popular pun ... he he he

Rasanya kalau hendak mencari ilmu, banyak lagi blog-blog lain yang lebih ilmiah dan boleh mencabar minda.

Biarlah Ahau-Dee dengan caranya yang tersendiri ... bak kata orang, ukur baju di badan sendiri.

Ahau-Dee