Monday, February 16, 2009

Jalan-Jalan Ahau Dee 09 : Mission Bay & Paritai Drive

Sekali lagi hari minggu dihabiskan dengan melepak di tepi pantai. Sudahlah hitam legam. Bertambahlah hitam jadinya sampai pening kepala lah jugak sebab lama sangat berjalan di tengah panas.

Kalau minggu sebelum ini banyak menghabiskan masa di St.Heliers Beach tapi kali ini banyak melepak di Mission Bay dan berjalan sehingga ke Kohimaramara Beach. Makan tengahari di Fish Pot Café dan tidak lupa menikmati Movenpick Ice Cream yang sedap tu. Ya … my life is great !!!

Pantai di Mission Bay ... pantai buatan ni sebenarnya.
Tiada yang menarik. Hanya permandangan biasa di tepi pantai. Apapun, boleh juga mencuci mata dan tidak kurang juga yang membuatkan sakit mata … ha ha ha.
Mission Bay Fountain ... dalam air tu pun depa nak berendam & main air jugak ... tak cukup ker air di tepi pantai tu ... ha ha ha ...
Rangitoto Island jelas kelihatan dari Mission Bay
The Mission Bay Millennium Foot Bridge "Aramaramara"... nak tahu panjang mana foot bridge dia ... lihat gambar di bawah. Ianya dibina sebagai meraikan kedatangan era millennium ... canggih kan?

Ha ha ha ... kalau orang Malaysia tentu tak nak buat sebab kita biasanya nak yang terpanjang, yang terbesar, yang tertinggi di Asia Tenggara ker, Asia ker malah di dunia ... betul tak?
Mecca Stonehouse Cafe ... tak masuk pun. Jadi tak pasti apa yang menarik.
Sejarah stonehouse ...
Sebelum pulang, singgah sebentar di Paritai Drive in the suburb of Orakei, di mana dikenali sebagai kawasan orang kaya di Auckland ni. Rumah-rumah di sini berharga melebihi NZD$6 juta dan ke atas. Seperti yang biasa berlaku di Malaysia, ramai yang membeli rumah di sini dengan harga berjuta-juta, merobohkannya dan bina semula ikut citarasa masing-masing. Orang kaya ... macam tu lah kan.
Rumah ini berusia lebih 30 tahun dan didiami oleh seorang wanita yang berusia 80 an.Kebanyakkan rumah-rumah yang lain semuanya sudah dibina semula dengan rekabentuk baru. Contohnya gambar di bawah ini.
Berikut adalah gambar-gambar permandangan dari Paritai Drive ini yang membuatkan harga rumah-rumah di sini begitu mahal.



Ahau - Dee

7 comments:

Wiz said...

Dee, it made me smile to think mat salleh ni mandi kat air pancut tu, ha ha ha. Tak dibuat orang kat sini kan. Tapi I once pernah in one rare occasion nampak one lady in her swimsuit mandi kat air pancut kat roundabout jalan utama in Ipoh masa peak hours Okkkkkkk! Terkezut beruk sumer orang. Tinjau2 jugak kut nampak camera man ker, mana tau ada shooting ker apa ker kan. Tapi tak der. She was enjoying herself to the oblivion of the heavy traffic that might be caused by her. Kelakar sgt.

Bila nak criter pasal before and after ni.

Imran Razali said...

Salam bro,

Hehe enjoy your summer tour in Auckland... I'm still stuck with my industrial internship here in Malaysia... this is my final week

Anyway.. ajak la budak2 yg ada kt sana jalan2 skali.. ask them to bring you to Mt Eden, One Tree Hill.. semua tu dkat Auckland je tuh :D

Anonymous said...

Aik D, kata nak start saving money for your trips. Ni baik punya spending, apa citer?? hehehe
Apa apa pun... bak kata puteri, kita ENJOYYYY!!!:)

Ahau - Dee said...

Wiz,

Memang kelakar giler cerita you tu. Nasib baik tak der yang accident. Btw, pompuan tu sexy tak? Kalau seksa tak per lah ... ha ha ha

Saya dengan bangganya bagitau kat my fren yg org Malaysia tak buat semua tu ... but now at least I know that ada gak sorang pompuan yang buat macam tu ... he he he

Next time ambik gambor ok.

Ahau - Dee said...

W'salam Imran,

Dah nak balik Auckland ler tak lama lagi ya. Welcome back okay.

Btw, bro dah pergi dah ke Mt.Eden & One Tree Hill tu dengan officemate tapi tak bawak camera time tuh!

Jarang jumpa student Malaysia sekarang or bro yg jarang keluar ... ha ha ha ... anak dara sunti lah kononnya.

Ahau - Dee said...

Aza,

Memang tengah save pun ... ni cuma belanja duit ikat perut, duit tambang bas sebab jalan kaki, sakit baki duit karaoke kat Malaysia hari tu, duit baki beli whipped cream tu ... wa ka ka

Sorry, your new branding tak dapat dipisahkan dengan whipped cream.

Betul tu ... kena ENJOY!!! tapi Den ni kadang2 pening sikit lar ...

narz said...

wahhh seronok nye..!!!