Thursday, July 23, 2009

HDL Sales Team


Dari kiri Ahau-Dee, Lester, Nigel, Ian, Lyndon, David, Grant, Bill dan Graham (Big Boss).

Hari ini Ahau-Dee mengajar Time Management untuk Hino Sales Team di Auckland. Ini merupakan sesi terakhir mereka bersama Ahau-Dee. Apa yang menarik mengenai mereka ini ialah walaupun mempunyai pengalaman berpuluh tahun di dalam industry dan ada yang sudah bercucu, mereka begitu receptive dan open minded.

Walaupun tidak mudah untuk meyakinkan mereka untuk menerima sesuatu konsep atau teori tapi mereka sentiasa menghormati pandangan orang lain. Mereka akan mendengar dahulu dan kemudiannya memberi pendapat mereka sebelum dapat mencari kata putus.

Memanglah penat tapi ianya memberikan satu kepuasan apabila training selesai. Yang menariknya walaupun Ahau-Dee struggle dengan my time-management tetapi bila kena mengajar subject ini, kena sentiasa 'nampak' macam bagus ... ha ha ha. Kadang-kadang mengajar mat salleh ni lebih mudah dari mengajar orang Malaysia sendiri.

Minggu depan ada lagi satu sesi Time Management & Customer Service dan selepas tu Ahau-Dee kena develop programme baru iaitu Effective Presentation Skills (macam lah bagus sangat kan ... nak kena ajar org lain macam mana nak jadi presenter yang baik).

Ahau-Dee

6 comments:

Wiz said...

Dee, you memang sajer je suh derang posing herot senget macam gitu ye? Sebab apabila dalam berposisi yang sedemikian, memang nampak you yang terkecil dan terslim kat situ sebab yang lainnya sumer boroooiiiiiii! ha ha ha. Berkesan memang berkesan.

Nanti you kena ajar I how to manage my time plaks.

Jean said...

Phuhyo....you look so good beside that abang "buncik"...kekeke.. Wow, h'ang memang fikirkan boleh, keep up your high spirits of being the best in weight management! ooops! ya tak ya, time management juga..

Ahau - Dee said...

No problem Wiz. Lepas I ajar you time management, terus tak siap2 cake tu sebab che'gu ni memang tak boleh pakai. Sendiri pun tarak betoi! Ha ha ha

Pasal posing tu ... kebetulan jer kut. Kebetulan I yang kononnya slim dan juga jangan tak tau yang I jugak yang termuda.

Ha ha ha

Ahau - Dee said...

Thanks Jean. Memang duk fikirkan boleh ni! Another 5kg to go and then I can just maintain the weight.

Time Management susah sikit sebab still tak boleh avoid last minute thing - kena belajar dari you & Tay lah.

Never change. Huh! Cakap saja pandai ... ha ha ha

alicia said...

Keep it up!!!

I'm sure you can do it...

Ahau - Dee said...

Thanks Alicia :)

Fikirkan Boleh !!! He he he