Thursday, July 30, 2009

Cakap Kena Serupa Bikin

Salah satu petua untuk menjadi seorang trainer / facilitator yang baik ialah kita ‘kena cakap serupa bikin’ dan kena pandai berkongsi pengalaman serta tidak cakap besar. Dua jam pertama setiap training amat penting untuk kita create kan 'good impression' dan untuk kita 'influence' participants supaya lebih terbuka terhadap idea-idea yang akan di kongsi di dalam program tersebut.
Time Management - 29 July 2009

Sesi Time Management di Mt.Wellington, Auckland semalam merupakan training Ahau-Dee yang ke 36 di New Zealand dan merupakan sesi yang paling mencabar sekali. Bukan mudah untuk meyakinkan orang lain untuk menguruskan aktiviti mereka dengan lebih berkesan dan untuk menyedarkan mereka bahawa ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Kena ada ‘self-awareness’ dan ‘self-discipline’. 'It is our own responsibility'. Seperti biasa, ramai orang yang tidak mahu mengaku kelemahan sendiri.

Sebagai trainer juga kita kena sentiasa peka terhadap maklum balas participants dan kena pandai membaca 'body language' mereka. Disebabkan penerimaan yang agak ‘negative’ pada permulaan training, maka Ahau-Dee terpaksa berkongsi pengalaman menurunkan berat badan sehingga 27kg apabila bercakap mengenai ‘Change’ dan ‘Self-Discipline” dengan menunjukkan gambar Ahau-Dee ketika mula-mula datang ke New Zealand.

Kelakar melihat reaksi mereka. Mereka amat kagum dan dengan serta merta suasana training bertukar serta menjadi lebih positif. Mereka begitu berminat dengan konsep self-discipline yang Ahau-Dee guna pakai iaitu A WHIP !!!

A – Acceptance
W – Will Power
H – Hard Work
I – Industry
P – Persistence

Customer Service Excellence - 28 July 2009

The Morale of The Story – Participants tidak berminat dengan theory ataupun apa saja di petik dari buku. Mereka mahukan sesuatu yang practical dan kita kena 'lead by example'. Kena share with them the success story. Bak kata omputih … walk the talk.

Di Belakang Tabir

Untuk mengurangkan kos, Ahau-Dee juga kena menyediakan refreshment untuk morning tea. Catering kat sini mahal. Betul-betul versatile bila kerja di NZ ni. Gambar di atas adalah menu yang disediakan oleh Ahau-Dee

Scone Cheese dan Scone Sultana di makan bersama Cream Cheese dan Raspberry Jam

Muffin dan Donuts

Assorted biscuits

Coffee & Tea

Ahau-Dee kena tiba sejam lebih awal untuk set-up morning tea, training room, etc. Habis sahaja training kena bersihkan training room dan pastikan semua gelas dan pinggan masuk Dishwasher sebab di sini tak ada cleaner untuk buat kerja-kerja tu. Siapa yang pakai, dia yang kena cuci. Lebih menarik lagi, habis sahaja training kena angkut semua barang-barang balik dan balik rumah naik ‘Bus’ … ha ha ha. Bayangkanlah dengan laptop, lcd projector, speaker, training material, stationary,ect ... apa pun tetap enjoy bila tunggu bas sambil dengar iPod.

Glamour tak? Best kan menjadi one-man-show trainer ni?

Ahau-Dee

4 comments:

la Signora said...

Walk the walk, talk the talk.

That is YOU indeed.

Betul tu,I had one trainer who went on and on, walhal kitorang macam nak pengsan kebosanan.The trainer bagi semburan jargon IT yang amat canggih, dan kami yang bukan trained exclusively in IT memanglah ternganga.Salah seorang participant dah ready nak terjun dari bangunan hahahaha (that was me).

I like the A-WHIP concept.Am personally putting that in my own battle against the flabs!

And for a one-man show, you did good !Catering kat NZ/OZ memang MAHAL, tak macam kantin Mak Kiah ke ape, kan?heheheh

Ahau - Dee said...

Thanks Lisa. Saya pun pernah ada pengalaman rasa macam nak terjun bangunan bila attend training ... ha ha ha.

Cakap pasal catering kat Malaysia rasanya boleh dapat lagi kuih karipap 3 seringgit kan?

Kat NZ dah lah GST tinggi, siap ada delivery charges lagi. Huh! Lepas tu, makanan dia punyalah simple.

All the best in your battle ok :)

Mazlizan bin Mohamed said...

Wow dah kurus dah! Ada gaya macam Datuk dah pun.
Balik M'sia buat treatment rambut pulak.
Apa pun citer kali ni mengimbau kembali zaman EX5.
So tak kisah dah kalau nak naik Bas or jalan kaki.Basic dalaman dah kukuh.
Aku rasa hang paham.....hehehehe.

Ahau - Dee said...

Hi Zan,

Mana boleh lupa zaman EX5 ... tetap terpahat kukuh. Betoi apa hang cakap ... kalau setakat naik bas & kena buat kerja2 dibelakang tabir ni - kira no hal lah.

Tapi bab rambut ni - aku rasa aku lebih sesuai botak ... ha ha ha ... lebih seksi (seksa). Kena terima kenyataan.

Pasal my weight ... semua org kat sini kata aku dah ok tapi my BMI still indicate that I'm overweight !

Huh!