Saturday, July 18, 2009

Unforgettable ...

Trip terakhir ke Hamilton dan Palmerston North baru-baru ini telah memberikan kesan yang tersendiri kepada Ahau-Dee. Satu pengalaman yang istimewa dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Susah untuk diceritakan di sini kerana ianya pengalaman yang lucu, menarik, mendebarkan, tidak masuk akal dan juga memalukan...sehingga tak sanggup nak tulis... ha ha ha. Hanya Ahau-Dee dan seorang dua sahaja yang tahu apa yang berlaku di belakang tabir.

Yang penting participants tidak tahu apa yang telah berlaku dan ianya mesti nampak professional. Training berjalan dengan lancar dan mendapat feedback yang amat baik dan positif. Ramai yang melahirkan rasa sedih kerana selepas ini tidak akan berjumpa Ahau-Dee lagi selepas beberapa kali menghadiri training Ahau-Dee.

Sungguh terharu apabila melihat semua orang begitu excited bila berjumpa Ahau-Dee dan telah memberikan kerjasama yang amat baik semasa training. Sehinggakan HR Manager, Tania pun kagum dengan 'relationship' yang telah terjalin di antara Ahau-Dee dengan participants. Jika Ahau-Dee suruh mereka melompat pun, mereka akan melompat tanpa banyak soal walaupun most of them are managers and senior managers. Sehingga sampai ke tahap itu mereka percaya pada Ahau-Dee. Rasa benar-benar dihargai dan diterima dengan baik oleh semua participants.

Walaupun penat sebab tiap-tiap hari ada training dan banyak persiapan yang perlu dibuat sehingga menjejaskan waktu tidur tapi semua usaha itu berbaloi apabila segala yang dirancang berjalan dengan lancar walau apa pun yang berlaku sebelum 'show' bermula ...ha ha ha

Enjoy your weekend : )


Recruitment & Selection Training di Auckland pada hari Isnin & Selasa
Recruitment & Selection Training di Hamilton pada hari Rabu

Time Management Training di Palmerston North pada hari Khamis

Customer Service Excellence di Palmerston North pada hari Jumaat.

Dan gambar di atas ialah Soup & Cheese Cake yang Ahau-Dee order ketika dinner di Hamilton. Apa yang menarik? Harga soup tersebut ialah $25 sepinggan dan rasanya .... huh! agaknya, macam ni kut rasanya muntah baby .... ha ha ha ... Cuba bayangkan, jika Ahau-Dee yang suka makan benda pelik2 pun hanya sanggup makan satu sudu sahaja ... ha ha ha
Ahau-Dee

2 comments:

Anonymous said...

Dee cerita la apa yang berlaku. Ok let me guess...

A. Seluar Dee terkoyak apabila Dee pun melompat.
B. Dee terlupa nak pakai kasut tapi sebaliknya terpakai selipar jepun.
C. Dee terlatah dlm bahasa pekat Melayu.
D. Dee terlepas angin.


On a different note, Congratulations Dee on your success. Siap mat salleh tu rindu2 lagi kat you. Cayalah!

Ahau - Dee said...

He he he ...memang malu nak cerita lah Wiz. Tak per, nanti kita jumpa saya cerita.

Anyway, I like your imagination ... wild wild west ... ha ha ha

Thanks for the compliment. Kadang2 bila orang luar menghargai kerja kita memang membuatkan kita kembang hidung sekejap (dahlah memang hidung kembang)

Alhamdulillah, at least saya boleh balik Malaysia dengan hati yang lapang sebab banyak mission dah tercapai especially my weight loss programme ni ha.