Thursday, July 2, 2009

7 Perkara …


Coogee Beach di Sydney .. Ahau-Dee suka gambar ni

Pantas sungguh masa berjalan kan? Kini dah pun masuk pertengahan tahun. Pastinya 6 bulan seterusnya akan lebih menarik dan mencabar bagi Ahau-Dee. Ianya akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Apa yang menarik?

1. Tinggal lagi 3 bulan sahaja untuk berada di bumi Kiwi. Ahau-Dee akan pulang pada 30 September. Nak enjoy sepuas-puasnya. Kali ni naik Singapore Airlines pulak sebab masa beli tiket, itu yang paling murah … nak hantar barang balik Malaysia pun kena cari Shipping Company yang paling murah … he he he. Inilah nasib bila jadi expatriate di zaman gawat ni.

Satu-satunya gambar yang merakamkan gambar Ahau-Dee ketika mengajar

2. Ada lebih kurang 20 training sessions yang perlu dilaksanakan di Auckland, Hamilton, Palmerston North, Nelson, Christchurch dan Dunedin. Maknanya, 20 kali lah jantung Ahau-Dee akan berdegup dengan kencang dan tak tidur lena sebab setiap sesi ada cabaran tersendiri. Huh! Stress.

3. Boss mahukan ‘hand-over’ yang complete sebelum Ahau-Dee balik sebab tidak ada orang lain yang akan ganti tempat Ahau-Dee. Gawat katanya, maknanya kena ada ‘a proper knowledge transfer’ from Ahau-Dee to HR Team. As of today … still garu kepala lagi sebab tak tahu nak start macam mana. Macam-macam nak kena buat ni. Huh! As always : (

Government House di Sydney

4. Ahau-Dee akan bercuti ke South Island dari 12 September hingga 28 September (17 hari). Masa tu bulan puasa dan nampaknya Hari Raya tahun ni, Ahau-Dee akan beraya sambil berjalan-jalan … ada pernah orang buat tak? Hentam saja lah … Boleh kut turun lagi beberapa kg sebab bulan puasa & lepas tu banyak berjalan kan … ha ha ha. Good for me.

5. Duit nak pergi holiday tak cukup lagi nih … nampak gayanya bukan sahaja kena diet makan tapi kena diet poket jugak … hu hu hu. Kalau tak cukup duit jugak, kena nyanyi tepi jalan untuk kumpul duit … ha ha ha. Souvenir untuk diri sendiri pun tak beli lagi. Nak kena potong gaji pulak ni pasal 'tax equalisation' ... ish! macam-macam : (
6. Ahau-Dee akan mula bekerja di Malaysia pada 5 October tetapi tugas utama belum dipastikan lagi. Berdebar jugak sebab tak pasti apa kerja Ahau-Dee kali ni walaupun khabarnya akan kembali ke tempat lama dengan beberapa tambahan tugas. Syukur and no complaint … at least ada kerja kan?

Phase 1 - Transformasi Ahau-Dee sehingga October 2008
7. Ahau-Dee ingin pulang dengan wajah baru dan semangat baru. Segala-galanya baru. Bukan nak buat plastic surgery tapi by then tentu mission impossible dah tercapai (Fikirkan Boleh !!!). A complete makeover and transformation … macam transformer lah pulak … A brand new Ahau-Dee … ha ha ha

Syukur. My life is great and hapPENING … : )

Ahau-Dee

4 comments:

Mazlizan bin Mohamed said...

aik, zoom photo kat perut.....
mmg kempis pon.

Jangan kurus sangat, nanti aku takder geng...hahahhaha

Ahau - Dee said...

Zan,

gambar tu ambil tahun lepas ... la ni lagi kempis ... ha ha ha

tak per, hang boleh di maafkan sebab sudah berkeluarga ... he he he

Anonymous said...

Wah posa kat south island...bestnyaaa. Bila baca hang bermotivasi, den pun rasa semangat. Ish tak sabar plak nak tunggu hang balik...hehe

Ahau - Dee said...

Terima Kasih Anonymous tetapi siapakah gerangan tuan hamba?

Hmm ... misteri nih!

Tak tau lagu mana nak posa & raya sorang2 kat tengah jalan ... ha ha ha

belasah jer.