Thursday, September 10, 2009

Sajak dari Seorang Sahabat


Muzik akan berhenti sebentar lagi..
Tirai akan dilabuhkan..
Lakonan ku akan terhenti di bumi Kiwi..

Ku renung sejenak...
Masa berlalu begitu pantas...
Ku imbas kembali.
Pahit, manis, masam,kelat dan pedas telah kurasa di bumi bertuah ini.

Igauan ku berdepan dengan Mat dan Minah sallleh telah ku hadapai dengan jayanya.
Persis bak itek di air
Ku renangi tanpa banyak rintangan
Aku berjaya sebagai anak Melayu Dari kampung

Ku hitung hari
Untuk kembali ke pangkuan keluarga dan tersayang
Wajah-wajah yang ku rindui...
Perempuan-perempuan yang selalu mengilai tawa bak di rasuk hantu
Rambut berterbangan
Akan ku temui... (you know who you are... ha ha ha)

Ku syukuri lagi
Peluang yg diberi
Jelajah seluruh negeri
Walau seorang diri tanpa ditemani
Akan ku lalui buat ke sekian kali

Hari raya nanti
Glazier dah menanti
Makan burger raya ni?
Nasib badan ku ini...

Ku pasrah lagi..
Akan ku sematkan dalam hati
Tak akan makan banyak lagi
Bila balik malaysia nanti
Bukan senang nak sampai ke tahap ini
Hanya tuan badan yang mengerti

Muzik telah terhenti..
Lakonan ku akan ku sambung lagi
Di tanah air nanti
Dipentas yg besar lagi..

p/s : Sajak ini ditulis oleh my friend dan juga sifu yang baru lepas bertekak dengan boss dia. Rasa kelakar bila dia ingat Ahau-Dee walapun stress selepas bertekak dengan boss ... ha ha ha. Terharu sungguh. Terima Kasih Zul. Ni ha, Ahau-Dee hadiahkan pada Zul, dua ekor anak kambing biri-biri untuk kita korbankan nanti. You really made my day semalam : )


Kembara Ahau-Dee

8 comments:

Anonymous said...

Salam Dee.
I believe you are enjoying every minute of your travel eh? The sajak made me smile :) Anak biri2 tu comel nyeee.... bawak balik satu! heheh..

Take care!
~cintakyra

Ahau - Dee said...

Betul tu Kyra. In fact I'm enjoying every moment that I have right now in New Zealand ... tak nak sia-siakan peluang yang ada di depan mata ni. Lepas ni semua jadi kenangan.

I lagi lah ketawa baca sajak my fren tu ha ... pasal anak biri2 tu, kalau boleh I pun nak bawak balik ... ha ha ha

Lisa said...

Ha ha ha, funny lah the sajak.Bab pasal makan burger tu, teringat lah pulak burger Ramly kat Pudu.Hmm.Nyam nyam.

OMG OMG so kiyutlah the lamb!Itu sebab tak suka pegi jalan-jalan ke area penternakan kambing biri² (because I LOVE to makan lamb).Karang kalau pergi, teruslah tak nak makan lamb...sebab kesian. HA HA HA.

Zuraida jemain said...

Lawaklah sajak tu...

Bila balik malaysia nnt pasti abg dee akan merindui saat2 disana kan..

Effa Mas said...

For awhile there i thought YOU wrote it! Your friend sees things almost exactly the way you do.

Maybe you should write one too?

Ahau - Dee said...

Hi Lisa,

Tak kan anak biri2 tu jer yang cute? Ahau-Dee tak cute ker? Ha ha ha.

Memang geram tengok the lamb tu ha. Especially bila dia jalan terkedek-kedek ikut punggung mak dia ... cute sangat. Ha ha ha

Dulu saya tak suka makan lamb tapi sejak duduk sini dah boleh bedal dah :)

Ahau - Dee said...

Betul tu Ieda,

Ni belum balik pun dah mula rasa sebak dan sedih nak tinggalkan Auckland. Terlalu banyak kenangan.

Ahau - Dee said...

Mas,

Sebab tu lah sajak ni special sebab semua apa yang I rasa semuanya ada dalam sajak tu. Macam dia tahu2 jer apa yang berada di dalam fikiran I ni ha ... he he he

My skills dah tumpul lah ... dah tak reti nak tulis sajak. Anyway, nanti I cuba tulis masa cuti di South Island.