Selepas 'Drama', Ahau-Dee 'Bergelut' pulak ... bukan dengan ular macam gambar patung tu tapi bergelut dengan training ... ha ha ha. Mulai esok, 14 May sampai 27 May setiap hari ada training kecuali weekend saja.
Esok akan ke Hamilton. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Kena bertolak seawal 6 pagi dari Auckland. Kali ni kena drive sendiri ... dah lama tak memandu ni jauh-jauh ni ... he he he. Then, Monday nanti akan ke Palmerston North sekali lagi selama 5 hari untuk training lagi. Harap-harap tiada drama kali ni.
Kali ni stress dia lebih sikit sebab banyak programme dan target group dia pun lain-lain. Maka banyak homework kena buat. Memang penat. Apapun, nasib baik ada kerja kan ... kalau tak ... mana ada gaji ... ha ha ha.
Ini pun dipaksakan diri untuk update blog ni takut lama sangat terbengkalai. Tak ada cerita menarik sebenarnya. Oh ya, gambar kat bawah ni masa kengkawan dari Malaysia datang baru-baru ni. Dalam sibuk-sibuk pun, sempatlah jugak luangkan sepetang dengan mereka.
Ahau-Dee sudah menjadi seorang 'tour-guide' yang baik ... ha ha ha
Ainna, Yatela, David dan Jordon di Mt.Victoria
Tempat wajib dikunjungi kalau ke Auckland - The Museum
Tak sabar nak rehatkan diri dan tenang macam gambar kat atas ni.
Ahau-Dee




