Thursday, August 13, 2009

Ahau-Dee Idol

Sekali sekala jadi juri untuk Practical Session for Effective Presentation Skills Training best jugak. Setiap participant diberi masa 12 minutes untuk buat presentation dan untuk menjadikannya lebih menarik, Ahau-Dee jadikan ianya satu pertandingan.

Menariknya, bila bercakap bab public speaking ni pastinya akan membuatkan seseorang itu nervous. Tak kiralah Mat Salleh ker ataupun Malaysian, pasti tak terkecuali. Manusia semuanya sama kan? Walaupun English is their first language tapi ada jugak yang ketaq lutut, ada yang muka merah padam (maklumlah putih), ada yang tersasul, ada yang terlupa apa nak cakap dan macam-macam lagi. Padahal most of them tu semuanya dah ada pengalaman.

Anyway, semua orang happy dengan sesi hari ini dan pening kepala jugak untuk Ahau-Dee bagi komen kepada setiap peserta ... terasa macam American idol lah pulak ... ha ha ha. Setiap pemenang dapat buku sebagai hadiah. Best kan?

Ni dia gambar-gambar pemenang.

Best Presenter - Steve. Gambar kelabu sikit. Hadiah dia buku Blue Ocean Strategy dan The 10 Rules of Sam Walton. Steve satu-satunya participant yang tidak gunakan power point slides sebaliknya dia guna props.

Peter Cress pulak menang hadiah Best Visual Aids. Dia dapat buku Strategy Maps. 30 tahun pengalaman dalam Motor Industry ni especially in Truck business.
Ahau-Dee sediakan juga Hadiah Khas Juri ... macam Festival Filem lah pulak. Pemenangnya ialah Nick sebab dia menunjukkan peningkatan yang baik. He put a lot of effort in his presentation. Walaupun merah padam muka dia tapi dia berjaya selesaikan presentation dia. Kira macam hadiah memberi semangatlah ni.
Hadiah Khas Juri seterusnya dimenangi oleh Ruth sebab dia ni paling nervous tapi berjaya conquer her anxiety dengan berjayanya. Sampai tak tidur lena katanya memikirkan presentation ni.
Hadiah khas juri seterusnya ialah untuk The Best Q & A Session dan pemenangnya ialah Heather. Kawan baik Ahau-Dee. Heather ialah Hr Manager untuk North Shore Motor Group.
Dan ini hadiah Ahau-Dee untuk diri sendiri selepas practical session berakhir. Rebecca & Craig ajak Ahau-Dee lunch dan sekali sekala manjakan diri dengan ice cream New Zealand yang sememangnya sedap sangat.
Rebecca pun sedang dalam weight loss programme jugak. As of today, she lost 28kg. Maka topic semasa lunch ialah pasal nak bagi kurus tapi siap makan ice cream & a big meal ... ha ha ha
Ahau-Dee.

Wednesday, August 12, 2009

Minah Arab Perasan


Ada seorang minah arab ni yang selalu Ahau-Dee jumpa di gym.Minah ni memang lah lawa. Tak dapat dinafikan. Badan pun cantik. Kulit putih dan bertudung. Tapi bukan nak cerita pasal kecantikan dia. Nak cerita pasal betapa perasan nyer dia.

Fyi, gym tu kecik jer. Setiap equipment ada satu jer. Biasanya treadmill menjadi pilihan ramai. Semua orang nak guna treadmill. Kena tunggu giliranlah.

Kali pertama jumpa, dia tengah guna treadmill dan Ahau-Dee pun gunalah equipment lain. Tak sampai 5 minutes macam tu, dia berhenti dan terus keluar. Ahau-Dee pun cepat-cepat guna treadmill tu. Tak rasa apa-apa lagi.

Pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya (tak ingat berapa kali), bila dia masuk dan nampak Ahau-Dee guna treadmill, terus dia keluar. Tak kisah lagi sebab mungkin dia nak guna benda tu jer.

Baru-baru ni, bila Ahau-Dee masuk gym, dia sedang guna treadmill dan bila dia tengok muka Ahau-Dee saja, terus dia berhenti dan keluar dengan muka yang masam dan tergesa-gesa. (memang dia tak pernah senyum pun). Kemudian, perkara yang sama berlaku lagi selepas tu. I read her read body language macam dia rasa Ahau-Dee ni duk nak kacau dia. Macamlah Ahau-Dee teringin sangat kat dia tu.

Maka semalam, Ahau-Dee dapat balas dendam. Bila masuk gym, dia tengah guna treadmill dan bila bertentang mata dengan dia; Ahau-Dee buat macam nampak hantu dan terus keluar dari gym dengan muka ala ala terkejut beruk nampak hantu sambil buat balik muka yang dia selalu buat pada Ahau-Dee

Ha ha ha! Macam budak-budak kan? Tapi hati rasa puas dan seronok dapat balas dendam. Cuma yang geramnya, tak dapat exercise semalam sebab sentiasa ramai orang. Tak bagus untuk my weight loss programme.

Ahau-Dee cukup pantang dengan minah-minah perasan macam ni. Macam lah kita ni nak mengurat dia sangat. Please lah. Ahau-Dee sanggup membujang sampai tua daripada nak kejar minah-minah perasan. Cantik macam mana pun, kentut busuk jugak kan? Ha ha ha

Ahau-Dee

Tuesday, August 11, 2009

Tiga


Tinggal lagi 3 kg sahaja untuk Ahau-Dee bebas dari kategori 'Overweight'! Gambar di atas di ambil hari ni di pejabat Ahau-Dee. Sekarang ini berat badan Ahau-Dee berada di zon 78kg. Huh! Lega sungguh bila dapat tinggalkan angka 80kg. Matlamat Ahau-Dee ialah untuk merayakan Hari Kemerdekaan nanti (31 August) dengan membebaskan diri dari belenggu 'Obesity'.

Terima kasih kepada jiran Ahau-Dee di Puchong yang selalu kutuk dan panggil 'Ahau-Dee Gemuk' kerana itu adalah salah satu perangsang untuk Ahau-Dee. Last weekend Ahau-Dee beli seluar jeans baru dan size pinggang dah turun dari 40 (masa datang NZ last year) kepada 32.

Ahau-Dee akan update kan my progress dari masa ke semasa. Stay focus !!! Fikirkan Boleh !!! (Betul tak Lisa? )

Ahau-Dee.

Friday, August 7, 2009

Mimpi ...


Training Room di SDA (NZ) Ltd, Mt.Wellington, Auckland.

Kadang-kadang bila kita terlalu fikirkan sesuatu perkara tu, ianya akan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Itulah yang terjadi kepada Ahau-Dee dan lebih menarik lagi, menerusi mimpi tersebut Ahau-Dee mendapat idea macam mana nak jadikan Effective Presentation Skills Training lebih menarik.

Maka idea tersebut telah diguna pakai semasa training semalam dan ternyata ianya berhasil. Nak tahu apa dia?


Ketika introduction, Ahau-Dee memberitahu participants untuk cuba mengesan kesalahan-kesalahan yang Ahau-Dee lakukan ketika membuat presentation dari 9.00 am – 12.00 pm. Mereka hanya perlu observe dan record setiap kesalahan yang Ahau-Dee buat. Then, share their findings with their group and present to the class. Group yang senaraikan paling banyak kesalahan menjadi pemenang dan mendapat hadiah. Hadiahnya ialah Snickers & Toblerone.

Secara tak langsung, Ahau-Dee tidak akan terasa tertekan untuk pastikan tidak buat kesalahan semasa presenting. Yang kelakarnya, ada beberapa kesalahan yang memang Ahau-Dee tidak rancang tetapi dapat dikesan oleh peserta. Maka Ahau-Dee pun pretend lah konon-kononnya - by designed ... ha ha ha. Ianya mengundang gelak ketawa dan membuatkan training lebih menarik. Menerusi activity ini, credibility Ahau-Dee sebagai presenter tidak terjejas…. ha ha ha. Reputation kena jaga beb! Maklumlah ... Malaysia BOLEH!!! Sebab Ahau-Dee adalah wakil orang Malaysia.

Lega rasanya apabila training semalam berjalan dengan lancar & mendapat maklum balas yang sangat baik. Cuma seperti selalu, Ahau-Dee selalu rasa tidak puas hati sebab banyak perkara yang perlu Ahau-Dee perbaiki.Malangnya, Effective Presentation Skills ni hanya ada satu sesi sahaja.

Anyway, Ok tak idea tu? Tak sia-sia bermimpi kan?



Ahau-Dee

Tuesday, August 4, 2009

Tak tahu nak bagi tajuk apa ...

Walaupun dah beratus kali buat presentation tapi bila kena develop programme untuk Effective Presentation Skills, Ahau-Dee jadi kelam kabut jugak. Stress dia lain macam. Tension nya sampai sakit tengkuk. Especially bila nak pastikan ianya adalah 'terbaik' kerana programme ini adalah training terakhir di Auckland. Sesi yang ke 37.

Sampai saat posting ini di tulis, power point slides baru siap 30% dan training nya lusa - Khamis ni. Kalau programme sebelum ni boleh main redah jer buat slides tapi kali ni kena lebih berhati-hati sebab kena 'cakap serupa bikin' kan. Kena ikut all the rules dari segi font, colour, etc.

Kena fikir apa yang kena buat semasa training supaya orang tak bosan. Body language kena betul, pakaian kena sesuai, pendek kata kena jadi contoh yang terbaik ... tu yang stress tu. Oklah stop pasal presentation skills ni.

Sejak sebulan lalu Ahau-Dee cuba menjejaki tuan rumah sebab dah nak dekat balik & nak pastikan dia tahu bila tarikh akhir Ahau-Dee menyewa apartmentnya, etc. Call tak angkat, bila text dia, balasan yang di terima - this is not Angela's number. Huh! Bengang jugak sebab susah nak contact dia sampai terkeluar statement ' Huh! Dah mati ker pompuan ni'

Akhirnya minggu ni baru dapat nombor rumah dia dan selepas call dua tiga kali baru ada orang angkat. Anak dia kata 'My Mom passed away last month'.

Ops! Celupar sungguh mulut Ahau-Dee kan?

p/s : Bila stress mula ingat nak makan jer ... huh!

Ahau-Dee