Thursday, August 13, 2009

Ahau-Dee Idol

Sekali sekala jadi juri untuk Practical Session for Effective Presentation Skills Training best jugak. Setiap participant diberi masa 12 minutes untuk buat presentation dan untuk menjadikannya lebih menarik, Ahau-Dee jadikan ianya satu pertandingan.

Menariknya, bila bercakap bab public speaking ni pastinya akan membuatkan seseorang itu nervous. Tak kiralah Mat Salleh ker ataupun Malaysian, pasti tak terkecuali. Manusia semuanya sama kan? Walaupun English is their first language tapi ada jugak yang ketaq lutut, ada yang muka merah padam (maklumlah putih), ada yang tersasul, ada yang terlupa apa nak cakap dan macam-macam lagi. Padahal most of them tu semuanya dah ada pengalaman.

Anyway, semua orang happy dengan sesi hari ini dan pening kepala jugak untuk Ahau-Dee bagi komen kepada setiap peserta ... terasa macam American idol lah pulak ... ha ha ha. Setiap pemenang dapat buku sebagai hadiah. Best kan?

Ni dia gambar-gambar pemenang.

Best Presenter - Steve. Gambar kelabu sikit. Hadiah dia buku Blue Ocean Strategy dan The 10 Rules of Sam Walton. Steve satu-satunya participant yang tidak gunakan power point slides sebaliknya dia guna props.

Peter Cress pulak menang hadiah Best Visual Aids. Dia dapat buku Strategy Maps. 30 tahun pengalaman dalam Motor Industry ni especially in Truck business.
Ahau-Dee sediakan juga Hadiah Khas Juri ... macam Festival Filem lah pulak. Pemenangnya ialah Nick sebab dia menunjukkan peningkatan yang baik. He put a lot of effort in his presentation. Walaupun merah padam muka dia tapi dia berjaya selesaikan presentation dia. Kira macam hadiah memberi semangatlah ni.
Hadiah Khas Juri seterusnya dimenangi oleh Ruth sebab dia ni paling nervous tapi berjaya conquer her anxiety dengan berjayanya. Sampai tak tidur lena katanya memikirkan presentation ni.
Hadiah khas juri seterusnya ialah untuk The Best Q & A Session dan pemenangnya ialah Heather. Kawan baik Ahau-Dee. Heather ialah Hr Manager untuk North Shore Motor Group.
Dan ini hadiah Ahau-Dee untuk diri sendiri selepas practical session berakhir. Rebecca & Craig ajak Ahau-Dee lunch dan sekali sekala manjakan diri dengan ice cream New Zealand yang sememangnya sedap sangat.
Rebecca pun sedang dalam weight loss programme jugak. As of today, she lost 28kg. Maka topic semasa lunch ialah pasal nak bagi kurus tapi siap makan ice cream & a big meal ... ha ha ha
Ahau-Dee.

2 comments:

Anonymous said...

Dee macam sumer org dapat jadi pemenang jer.

KAt sini I saja je nak ckp yang orang hitam manis mcm kiter ni kan Dee, gabra mcm mana pun still nampak cool jer tak merah padam mcm orang2 berkulit putih kan? ha ha ha. And because of that I am going to reward myself with a tub of icecream too, ni sumer you punya pasal la ni.

Ahau - Dee said...

Wiz,

Ahau-Dee ni kan baik hati@pemurah ...wa ka ka ... kalau boleh nak bagi semua orang happy. Sebab itulah sediakan banyak hadiah.

Bercakap bab hitam manis ni, bila I cakap kat depa yang I pun nervous - they always said that I tak nampak nervous. Betul lah theory you tu ... sebab I ni hitam, cam ner nak merah padam muka kan ... ha ha ha

Oh! Ice cream!!! Ala ... you dah slim. 2 litre ice cream pun tak akan menjejaskan your figure lah.