Tuesday, August 4, 2009

Tak tahu nak bagi tajuk apa ...

Walaupun dah beratus kali buat presentation tapi bila kena develop programme untuk Effective Presentation Skills, Ahau-Dee jadi kelam kabut jugak. Stress dia lain macam. Tension nya sampai sakit tengkuk. Especially bila nak pastikan ianya adalah 'terbaik' kerana programme ini adalah training terakhir di Auckland. Sesi yang ke 37.

Sampai saat posting ini di tulis, power point slides baru siap 30% dan training nya lusa - Khamis ni. Kalau programme sebelum ni boleh main redah jer buat slides tapi kali ni kena lebih berhati-hati sebab kena 'cakap serupa bikin' kan. Kena ikut all the rules dari segi font, colour, etc.

Kena fikir apa yang kena buat semasa training supaya orang tak bosan. Body language kena betul, pakaian kena sesuai, pendek kata kena jadi contoh yang terbaik ... tu yang stress tu. Oklah stop pasal presentation skills ni.

Sejak sebulan lalu Ahau-Dee cuba menjejaki tuan rumah sebab dah nak dekat balik & nak pastikan dia tahu bila tarikh akhir Ahau-Dee menyewa apartmentnya, etc. Call tak angkat, bila text dia, balasan yang di terima - this is not Angela's number. Huh! Bengang jugak sebab susah nak contact dia sampai terkeluar statement ' Huh! Dah mati ker pompuan ni'

Akhirnya minggu ni baru dapat nombor rumah dia dan selepas call dua tiga kali baru ada orang angkat. Anak dia kata 'My Mom passed away last month'.

Ops! Celupar sungguh mulut Ahau-Dee kan?

p/s : Bila stress mula ingat nak makan jer ... huh!

Ahau-Dee

8 comments:

la Signora said...

Adoi.Mesti terkedu sakan lepas tu.Oh well.Condolences on the passing of your landlord.My husband and I pun dok spekulasi landlord kitorang dah KO ke ape sebab tak pernah respon towards any complaint kitorang buat.Our latest complaint?Shower place perlu water-proofing sebab ade air going through the gaps and mengalir down my kitchen walls!Anyway,after months of speculation, terkeluar topik my landlord dengan one of my jiran.Pertanyaan terjawab, memang sah my landlord pemalas, tau nak kutip sewa on time jer -_-

Mazlizan bin Mohamed said...

Sebagai tenant yang baik memang kena contact dia masa nak keluar rumah, sebagai landlord yang baik kena call tanya problem rumah.
Dalam kes ni....dua2 pun baik cuma timing tak kena kot....apa pun jumpa di Malaysia dan rasanya peluang semakin cerah untuk hang kat sini.

Ahau - Dee said...

Memang terkedu pun Lisa. One of the reason saya cuba contact dia sebab nak complaint vacuum cleaner tak berfungsi ... terus tak jadi complaint ... ha ha ha.

Salah satu teknik mengajar landlord pemalas ialah bayar sewa lambat ...sure dia akan datang terhegeh-hegeh ... ha ha ha

Ahau - Dee said...

Zan,

Memang kali ni nak kena jumpa hang and your family. I will do it in one of the weekend. Kebetulan masa aku balik nanti masih lagi Syawal. So, boleh lah beraya kan.

Aku akan contact hang trjrough your blog or facebook sebab tak tahu my new mobile number kat Malaysia.

Pasal peluang kat Malaysia ni kena tengok rezeki lah. Aku masih punya banyak kelemahan yg perlu diperbaiki. Huh!

JHaZ KiTaRo said...

salam dari pelajar di bumi eire.. blog hopping..

Ahau - Dee said...

Waalaikumsalam JHaZKiTaRo.

Terima Kasih kerana sudi singgah. Happy Belated Birthday ya :)

Salam Cyber Dari Ahau-Dee.

la Signora said...

Dee, ade sekali terbayar sewa rumah lambat.Bukan sengaja, tapi terlupa.Almaklumlah,bayar every fortnightly.Anyway, kami pun konfiden ingat dah bayar, 3 hari kemudian surat dari agent (mewakili tuan rumah ku yang pemalas) sampai, dan kami kene perintah bayar or else masuk court.

So, taktik bayar sewa lambat tidak dapat diaplikasikan.Karang makin lambatlah pulak gua dapat PR (blum dapat PR, dah masuk court.ha ha ha)

Ahau - Dee said...

Ops! Lupalah Lisa yang you bukannya ada kat Malaysia ... he he he.

Orang putih ni semuanya main official jer. Tak ada masa nak bagi salam dulu ... kut-kut kita sakit ker, etc.

All the best in your PR application.