Saturday, November 15, 2008

The first step ... mungkin ...

Sebelum ini tidak pernah ambil pusing tentang apa saja new gadget yang berada di pasaran. Bak kata orang ... tak ambil 'pot' pun. Selagi ianya tak diperlukan untuk kerja ... malas nak ambil tahu. Nak beli digital kamera pun kena berfikir dua tiga kali. Handphone pulak yang paling murah dipasaran.

Sejak datang ke bumi kiwi ni ... barulah rasa betapa mudahnya berjalan dengan GPS, betapa cantiknya gambar-gambar yang diambil dengan DSLR dan best jugak dengar lagu dari iPod. Bukan itu saja, sejak datang ni barulah mula tulis blog dan dah jadi addicted dengan facebook. Kalau tidak, orang suruh masuk myspace ker, friendster ker ... tak pernah di layan.

Buat permulaan, baru saja dapatkan the new iPod nano - 4th generation untuk diri sendiri. Mula tu nak beli iPod touch tapi takut tak digunakan sangat ... maka mulakan dulu dengan iPod nano.

Thanks to Kee sebab tolong beli & engrave nama lagi.

Thanks to Odie sebab telah menyumbangkan hampir seribu lagu ke dalam iPod baru ni ... he he he.


Untuk pengetahuan kawan-kawan di Malaysia, student-student Malaysia di sini amatlah kaya raya dan sentiasa up-to-date dengan segala gadget baru ... cakap saja ... iPod Nano (dia orang tak pandang ler), iPod touch, Blackberry, DSLR ... semuanya ada lah. Belum masuk handphone lagi.

Yang kita ni baru nak belajar ... he he he. Tak per .. yang penting tak terlambat. La ni tengah mengintai GPS dan DSLR pulak ... tapi tunggu dulu kut sebab poket dah koyak rabak ... ha ha ha

Ahau-Dee

Thursday, November 13, 2008

Leadership Fundamentals Training - Batch 2

Selesai sudah batch kedua siri Leadership Fundamentals Training di City Nissan, Takapuna untuk para pekerja di North Shore Motor Group. Sesi kali ini agak mencabar kerana terdapat dua kategori peserta.

Junior dan senior. Yang junior dalam 3 - 10 tahun pengalaman dan empat orang dari mereka telah bekerja lebih dari 30 tahun. Sudahnya, sesi kali ini amat memenatkan untuk melayan 'senior-senior' yang banyak cakap dan banyak soal.

Apapun, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Evaluation pun bagus cuma secara peribadi rasa boleh dilakukan dengan lebih baik lagi. Macam tu lah selalu ... tak pernah berpuas hati.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil.

Group photo ... dari kiri Ben, Dominic, Adam, Peter, Jim, Mike(baju merah), Warwrick, Kim & Lawrence

Activity wajib untuk subject communication - Who Am I?

Activity wajib untuk subject Leadership - Human Swing.


Para peserta tengah memberi evaluation pada programme.
Dibawah ini adalah salah satu komen yang diterima. Tidak diedit ... hmmm ... siapa kata English Mat Salleh ni bagus-bagus belaka? Mungkin Cikgu English nak komen?
I though Zahidi was very good. He made the day very enjoyable & was very easy to approch. I feel I learned more than I expected to on the programe

Ahau-Dee

Wednesday, November 12, 2008

All The Best Ahau-Dee!


Walaupun dah selalu jadi facilitator atau trainer untuk pelbagai training tetapi setiap kali ada sesi baru tentu berdebar-debar, tak boleh tidur dan macam-macam lagi ler. Dalam perancangan nak buat pelbagai persediaan tapi sudahnya last minute baru dapat idea. Sebelum tu, mesti buntu. Entahlah sampai bila boleh ubah keadaan ini.

Berikut adalah jadual Leadership Fundamentals Training untuk Executive dan Managers di Sime Darby Motor Group New Zealand.

13 November - di City Nissan, Takapuna untuk North Shore Motor Group

27 November - di City Nissan, Takapuna untuk North Shore Motor Group

3 December - di Palmerston North untuk Hino Distributors Limited (HDL)

4 December - di Palmerston North untuk HDL & Lower Hutt

10 December - di Sime Darby Automobiles untuk HDL & Truck Stops

Hari ini juga tinggal 30 hari lagi sebelum balik ke Malaysia. Target utama untuk hilangkan lagi lemak-lemak di badan ni masih jauh lagi. Sejak hari raya hari tu sampai ke hari ini terus lupa diri. Tak boleh jadi ni.

Maka hari ini kena mulakan mission impossible tuh! Tak ada lagi target tertentu. Setakat ini dah turun 24kg ... penat giler rasanya. La ni mahu turun sebanyak mana yang boleh. 13 December nanti tarikh yang amat penting ... mahu kelihatan serba baru. Khabarnya kaum keluarga akan berkampung di rumah pada malam tu untuk menyambut kepulangan ... best nyerrr : )

All The Best Ahau Dee

Monday, November 10, 2008

Ahau-Dee's Best Friends - Happy Birthday

Ada orang pernah berkata di dalam kehidupan ini, jika kita mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang 'best friends' maka kita adalah di antara orang yang bertuah. 'Best friends' dalam ertikata yang sebenarnya. Bukan sekadar kawan untuk teman melepak atau bersuka ria.

Kawan yang dapat menerima kita seadanya dan membuatkan kita selesa untuk menjadi diri sendiri. Kawan yang selalu membuatkan kita geram kerana dapat menzahirkan keburukan atau kelemahan kita tanpa merosakkan nilai persahabatan itu. Kawan yang sanggup mendengar cerita kita walaupun kadangkala umpama siaran ulangan.
Kawan yang tidak memerlukan penjelasan kita kerana dia sudah sedia maklum siapa diri kita yang sebenarnya. Kawan yang boleh kita anggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Azman adalah salah seorang kawan yang menepati kriteria itu. Mengenali beliau hampir 10 tahun yang lalu dan sejak itu persahabatan yang erat terus terjalin sehingga kini. Esok 11/11/2008 adalah hari yang istimewa buat beliau.

Happy Birthday Man : ) Gambar ini di ambil 10 tahun yang lalu di Gunung Ledang ... jadi tidak hairanlah rambut lebat sikit ... ha ha ha
Esok juga adalah birthday Gina, rakan sekerja yang kini menjadi salah seorang best friend. Kebetulan kan? Seorang kawan yang amat perihatin terhadap keperluan rakan yang lain serta tidak mementingkan diri sendiri. Beliau juga menepati kriteria di atas walaupun baru mengenali beliau sejak 3 tahun lalu.

Happy Birthday Gina : ) ... yang mana satu Gina? Yang cantik memakai sari tu.
Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan rakan-rakan hebat yang mewarnai kehidupan ini. To Man & Gina - Thank you for being a great friend. All the Best to both of you & enjoy your birthday ... kita celebrate December nanti okay.
Ahau - Dee

Sunday, November 9, 2008

Shopping Ahau-Dee : Part 2

Misi utama minggu ini telah selesai. Huh! Lega rasanya. Seperti selalu, walaupun cuba survey harga dulu tapi selepas beli pasti berjumpa dengan kedai yang lebih murah. Arghhh !!! Dah bukan rezeki nak buat macam mana kan?

Seperti biasa juga, tersasar dari budget yang ditetapkan. Memang kena cari isteri Accountant gamaknya ... ha ha ha. Tapi yang penting happy. Jom tengok barang-barang yang dibeli. Yang pasti ramai yang akan jadi boria nanti sebab pakai barang yang sama ... ha ha ha.
Sebelum pack dalam kotak, ambil gambar dulu ... he he he
All Blacks Neck Strap untuk nephews
10 helai T'shirt New Zealand yang dibeli dari kedai All Blacks ... semua sepesen ... senang cerita ... ha ha ha

Gelang tangan untuk anak saudara perempuan dan pasti kakak-kakak pun pasti nak jugak. Jadi beli lebih sikit. Semua dibuat dari Paua Shell.
Polo T'Shirt All Blacks untuk Cousins
All Blacks Shoe Bag untuk nephews
Royal Jelly untuk cousin & aunty
Antara Fridge Magnet dan Book Mark untuk kawan-kawan
New Zealand Desk Calendar untuk kawan-kawan ...so, you guys dah tahu barang apa yang dapat nanti .. he he he. Beli 50 pcs ... rasanya cukup kut. Siapa cepat dia dapat. Memang praktikal dan sampai 16 bulan. Lepas tu boleh simpan buat kenangan sebab di dalam CD case.
5 batang pen yang dibuat dari Paua Shell dan pokok Kauri ... untuk cousin & best friends

All Blacks Back Pack untuk Muzani, Irfan dan Hazim.
Yang comel ni untuk niece dan kawan-kawan yang comel ... he he he ... you know who you are : )
20 kerongsang yang berasaskan Paua Shell untuk kakak-kakak, kakak ipar dan cousins.
Ray Ban ni untuk abang, abang ipar & best friend.

Untuk niece dan jugak awex-awex ... huh! berapa ramai awex daa ... Ada 5 kambing biri-biri tu : )
21 kotak Paua Shell untuk keluarga dan jiran-jiran.
Buku gambar-gambar menarik di New Zealand untuk kaum kerabat dan Monopoly untuk Muzani.
Hasrat nak beli chocolate dibatalkan sebab berat. Selepas di timbang, semua barang-barang di atas dah lebih 20kg. Maka alasan yang baik untuk stop dari shopping ... he he he
Ahau - Dee
Note : Thanks to Odie sebab bagi idea beli barang-barang yang dibuat dari Paua Shell tu.