Wednesday, November 12, 2008

All The Best Ahau-Dee!


Walaupun dah selalu jadi facilitator atau trainer untuk pelbagai training tetapi setiap kali ada sesi baru tentu berdebar-debar, tak boleh tidur dan macam-macam lagi ler. Dalam perancangan nak buat pelbagai persediaan tapi sudahnya last minute baru dapat idea. Sebelum tu, mesti buntu. Entahlah sampai bila boleh ubah keadaan ini.

Berikut adalah jadual Leadership Fundamentals Training untuk Executive dan Managers di Sime Darby Motor Group New Zealand.

13 November - di City Nissan, Takapuna untuk North Shore Motor Group

27 November - di City Nissan, Takapuna untuk North Shore Motor Group

3 December - di Palmerston North untuk Hino Distributors Limited (HDL)

4 December - di Palmerston North untuk HDL & Lower Hutt

10 December - di Sime Darby Automobiles untuk HDL & Truck Stops

Hari ini juga tinggal 30 hari lagi sebelum balik ke Malaysia. Target utama untuk hilangkan lagi lemak-lemak di badan ni masih jauh lagi. Sejak hari raya hari tu sampai ke hari ini terus lupa diri. Tak boleh jadi ni.

Maka hari ini kena mulakan mission impossible tuh! Tak ada lagi target tertentu. Setakat ini dah turun 24kg ... penat giler rasanya. La ni mahu turun sebanyak mana yang boleh. 13 December nanti tarikh yang amat penting ... mahu kelihatan serba baru. Khabarnya kaum keluarga akan berkampung di rumah pada malam tu untuk menyambut kepulangan ... best nyerrr : )

All The Best Ahau Dee

No comments: