Monday, November 10, 2008

Ahau-Dee's Best Friends - Happy Birthday

Ada orang pernah berkata di dalam kehidupan ini, jika kita mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang 'best friends' maka kita adalah di antara orang yang bertuah. 'Best friends' dalam ertikata yang sebenarnya. Bukan sekadar kawan untuk teman melepak atau bersuka ria.

Kawan yang dapat menerima kita seadanya dan membuatkan kita selesa untuk menjadi diri sendiri. Kawan yang selalu membuatkan kita geram kerana dapat menzahirkan keburukan atau kelemahan kita tanpa merosakkan nilai persahabatan itu. Kawan yang sanggup mendengar cerita kita walaupun kadangkala umpama siaran ulangan.
Kawan yang tidak memerlukan penjelasan kita kerana dia sudah sedia maklum siapa diri kita yang sebenarnya. Kawan yang boleh kita anggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Azman adalah salah seorang kawan yang menepati kriteria itu. Mengenali beliau hampir 10 tahun yang lalu dan sejak itu persahabatan yang erat terus terjalin sehingga kini. Esok 11/11/2008 adalah hari yang istimewa buat beliau.

Happy Birthday Man : ) Gambar ini di ambil 10 tahun yang lalu di Gunung Ledang ... jadi tidak hairanlah rambut lebat sikit ... ha ha ha
Esok juga adalah birthday Gina, rakan sekerja yang kini menjadi salah seorang best friend. Kebetulan kan? Seorang kawan yang amat perihatin terhadap keperluan rakan yang lain serta tidak mementingkan diri sendiri. Beliau juga menepati kriteria di atas walaupun baru mengenali beliau sejak 3 tahun lalu.

Happy Birthday Gina : ) ... yang mana satu Gina? Yang cantik memakai sari tu.
Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan rakan-rakan hebat yang mewarnai kehidupan ini. To Man & Gina - Thank you for being a great friend. All the Best to both of you & enjoy your birthday ... kita celebrate December nanti okay.
Ahau - Dee

2 comments:

Anonymous said...

thanks dee for the birthday wish dee :) it is not how long we have known each other but the most important is how we appreciate, understanding and respect each other.

"A friend is someone who sees you and still enjoys the view"

...man

Ahau - Dee said...

Betul tu Man :)

Hope you had a great birthday bash this year ... tak leh ler aku nak pekena ko this year ... ha ha ha

Tak per. Aku simpan bulan 12 nanti. He he he