Monday, April 28, 2008

Dah Sebulan?


Burried Village, Rotorua


Huh! Dalam sedar tak sedar, dah sebulan aku kat sini ... New Zealand ... the down under ... atau lebih tepat lagi, di Newmarket, Auckland.

Dan sebulan juga lah aku sudah bekerja dengan orang-orang Kiwi. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran aku sebelum ini.

Masih ingat lagi masa aku kecil dulu, bila orang melihat ada tahi lalat di kepalaku, maka mereka akan berkata ... bila besar nanti dia akan berjalan jauh ... akan ke luar negara dan dengan izin Tuhan, ianya berlaku. Itu sekadar kebetulan ... walaupun kata orang tua-tua ada benarnya.

Apapun, apalah sangat NZ ni jika dibandingkan dengan orang lain yang sudah mengelilingi dunia. Ops! Correction ! Bagi orang kampung macam aku ni yang sekolah tak tinggi mana pun, memang terasa akan 'keghairahan'nya dan jugak 'ketakutan'nya.

Ya lah, aku ni bukanlah pandai sangat ... bercakap pun tergagap-gagap tapi sekarang ni aku kena mengajar mat-mat salleh kat sini ... tak ke haru jadinya. Apa pun, marilah sama-sama kita menunggu dan melihat ... (pinjam kata-kata mr.manager)

Dua hari pertama aku di NZ, aku sempat ke Rotorua dan di bawah ni sebahagian gambar-gambar di sana.



Gambar di atas tu adalah tarian asli Kaum Maori yang dipersembahkan semasa melawat The Living Thermal Village, Whakarewarewa (pronounce dia 'Fuck kha rewa rewa' ) ... tu antara yang unik kat sini. Memang orang Maori nampak macam melayu tapi bila dah lama kat sini, kita akan dapat bezakan antara Melayu ataupun Maori ... he he he

Seperkara lagi, orang Maori ni suka berbadan besar ... kalau nak diikutkan adat dia orang, lagi besar lagi bagus. Jadi mereka tidak payah berusaha untuk menguruskan badan ... alangkah bestnya ... tak ada tekanan.



Gambar ni pulak, kanak-kanak Maori sedang menunggu pelawat melontarkan wang syiling dan mereka akan menyelam untuk mengambilnya dan duit tu dapat kat dia orang lah ... apa lagi. Bukan senang nak menyelam... he he he




Pemandangan bandar Rotorua dari Skyline. Tenang, nyaman dan sejuk. Tidak ada bangunan tinggi kat sini dan memang terasa kelainannya.



Aku di salah sebuah tasik ... tak ingat tasik apa ... banyak sangat tasik yang kami pergi dan waktu pulak dah suntuk ... jadi ambil gambar jer lah. Kata orang ni belum cantik lagi ... aku perlu pergi ke Bay of Island, Bay of Plenty dan banyak tempat lagi ... tak per ... banyak masa lagi.

Apapun, New Zealand sebuah negara yang cantik tetapi cabaran yang menanti aku lebih 'cantik' lagi rasanya ... dan aku tidak boleh terus leka dengan 'kecantikan' itu kerana ada tanggungjawab besar yang menanti. Cukuplah 'sebulan' aku bermimpi dengan keindahan di sini. Aku perlu bangun, berjalan dan berlari ... bak kata CT, ...

... apa pun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti ...

dan perjalanan aku masih jauh lagi.


Ahau - Dee

2 comments:

Uthaya Sankar SB said...

Salam sejahtera.

Saya puji semangat saudara dalam memelihara Bahasa Malaysia melalui penggunaannya dalam blog ini.

Suatu usaha yang mungkin kecil pada pandangan saudara; tetapi percayalah - apa yang saudara lakukan adalah sumbangan besar dalam memperkasa bahasa kita!

Tahniah!

Ahau - Dee said...

Hi Uthaya : )

Terima kasih kerana sudi singgah. Pada mulanya memang nak tulis 100% Bahasa Malaysia ataupun menggunakan bahasa buku tetapi kemudiannya saya masukkan sedikit bahasa pasar agar lebih santai bila membacanya. Namun yang pasti terasnya masih Bahasa Malaysia ... teringat kembali zaman sekolah dulu dengan Persatuan Bahasa Malaysia kita ... he he he

Apapun, tak boleh lawan bahasa 'Sasterawan' kita.

Salam,

Ahau - Dee