Sunday, July 6, 2008

Jom Jalan

Kawan-kawan,

Apa kata kita pergi ke my office? Kita jalan kaki okay. Tak jauh, dalam 4 km jer ... so, pergi & balik dalam 8km. Tak payah nak risau harga petrol dah naik atau traffic jam. Cabaran utama hanyalah 'hujan, angin yang kuat & sejuk. Dah Sedia?
Jom jalan ...


Kat sinilah aku tinggal. Quest on Mount yang terletak di Mount Street, Auckland. Studio apartment jer dan sewanya ...$270 seminggu (RM702 seminggu). Murah kan? He he he

Dari Quest on Mount, kita akan menuju ke Symonds Street, salah satu jalan utama di Auckland ni. Dua bangunan tinggi di kiri & kanan tu adalah apartment & kebanyakkan penghuninya adalah student AUT. (Auckland University of Technology).




Inilah sebahagian dari Symonds Street dan kita akan berjalan sampai ke hujung sana ... nampak tak traffic light tu?


Dari tarffic light ni, kita akan ke seberang jalan dan menuju ke Grafton Bridge.

Kita akan ke kiri - nampak tak signboard 'Hospitals Grafton' ?

Inilah Grafton Bridge. Kita akan ke seberang sana.

Grafton Bridge berada betul-betul di sebelah Symonds Street Cemetery ...ada cerita menarik kat sini. Tunggu.

Kita jugak akan berjalan di atas Motorway (kat Malaysia dipanggil Highway) dan permandangan akan lebih menarik bila matahari terbit.

Dari Grafton Bridge kita akan melalui Auckland City Hospital sebelum sampai ke Auckland Domain.

Ha..dah nampak pun pintu gerbang Auckland Domain

Kita akan ambil short-cut iaitu melalui Auckland Domain untuk sampai ke Carlton Gore Road. Inilah pintu gerbang Auckland Domain.
Kita akan menyusuri jalan ini ...

Satu permandangan yang menyegarkan setiap pagi.

Ops! Dah pun sampai ke Carlton Gore Road dan kita akan berjalan sampai ke penghujung jalan di mana terletaknya Skycity Cinema & Olympic Pools.

Inilah building Olympic Pools dan kita akan berjalan lagi sampai ke hujung & akan sampai ke Lumsden Green.

Inilah sebahagian dari Lumsden Green.

Tempat ni sedang di dalam proses menaikkan taraf sebab kawasan ini selalu banjir. Lumsden Green ni adalah sebuah taman sebenarnya ... kecil jer.


Lumsden Green terletak bersebelahan Broadway Road iaitu jalan utama di Newmarket. Kita akan berjalan disepanjang Broadway Road sehingga kita berjumpa dengan Great South Road. Tak jauh dah ... dalam 20 minit berjalan.

Sambil tu boleh mencuci mata sebab Broadway Road adalah salah satu tempat shopping kat Auckland ni. Macam-macam jenis orang ada.

Westfield ataupun 277 (two double seven) adalah salah satu shopping mall yang terdapat di Auckland. Tak banyak shopping mall kat sini ... tak macam Malaysia. Setiap hari aku datang sini sebab ada Foodtown ... macam Jusco & tutup pukul 10 malam.


Kita akan terus lagi sampai ke hujung jalan untuk sampai ke simpang di antara Manukau Road dan Great South Road

Ha ... dah nampak pun Great South Road ... kita kena seberang jalan & dalam 100 metres akan sampailah ke office aku.

Di seberang jalan adalah showroom Volkswagen, Porsche dan Audi milik Sime Darby

Ha! Dah sampai dah pun ... Di sinilah terletaknya office aku ... di tingkat tiga, disebelah kiri. Kat bawah tu adalah Poppi Cafe ... yang selalu aku beli Hot Chocolate tu.

Apa macam? Penat tak berjalan? Kita berjalan lebih kurang 45 minit. Boleh berpeluh jugak ... walaupun sejuk. Inilah salah satu punca aku boleh turun sehingga 18kg dalam masa 3 bulan... he he he . Nak balik rumah pun kita akan melalui jalan yang sama. Best kan berjalan? I love it !!!

Ahau - Dee

10 comments:

enny said...

owh tdk....nth2 sgt2 dkt dgn umh scandal ku..
wuhuu~
tp now dia sdg di sini berjumpa scandal dia yg paling hot nih..
ahahahahah~

in other word...bestnyer jln2....nnt kalau i jd konpem blajar sn..leh la hangout with u...bkn takat jalan..joging..lari pecut pun bole...hikhik~
konpem balik m'sia leh jd atlet acara marathon punyer la..=P

Wiz said...

I would wake up in the morning with a smile planted on my face every morning Dee for this beautiful walks. And the best thing is it keeps me fit and trim. What a life! Hate the cold tho.

Ahau - Dee said...

Hi Enny : )

Oh! Tengah bahagia sekarang ni ya ... cik abang ada di sisi.

Cakap pasal marathon ni, my boss suruh I participate in Auckland Half Marathon bulan sebelas nanti ... tengah dok pikiaq ni. Badan dok berat lagi nih!

Cepatlah sket mai sini. Boleh kita training sekali ... kalau i semput ... u dukung ler ... ha ha ha

Ahau - Dee said...

Hi Wiz,

I agree with you ... sebab tulah it works for me ... bukan jer beautiful walks, tengok karenah orang-orang kat sini pun dah boleh buat buat kita senyum sorang-sorang.

Cakap pasal sejuk nih .. sejuk auckland lain macam sekarang ni ... people said Auckland tak pernah sesejuk cam ni ha ... agaknya sebab I ada kat sini kut. he he h e.

Aran said...

Assalamualaikum,
Cerita pasal kurus nih buat aku 'terancam' pulak ... berat aku dah 'obes' la nih ... entah boleh turun tidak ... oh ya Dee ... kalau nak tengok gambar terbaru jengok ler ke - http://jom2c.com

aran ler.

Wiz said...

Yes masa I datang ari tu pun, sejuk semacam. I think ye lah disebabkan you....tak dapat sambal. Ahaks!

Anonymous said...

wahhhh bestnyer duduk negeri org ... siap boleh kurus lagi tu .. heheheheh...

bila nak balik malaysia

lela

Ahau - Dee said...

Hi Aran,

Ha! Finally dapat get in-touch dengan you balik. Email yang kita hantar tak lepas kastam agaknya. Ha ha ha. Thank you for singgah ... pasal nak turun berat badan ni ... nanti aku email kat ko sekali lagi rempah ratusnya... He he he

Ahau - Dee said...

Wiz,

Sejuk sampai pening kepala ... apapun nak gak rasa sambal you bila balik Malaysia nanti... ha ha ha

Ahau - Dee said...

Hi Lela,

I rasa ni lela Deebers ni sebab ramai lela yg I kenal ... he he he . Kalau salah tolong bagitau ya.

I will be here for 18 - 24 months ... ikut keadaan tapi nak balik cuti bulan 12 .. bolehlah kita buat gathering dgn aran & deebers yg lain.

Huh! Tak sabar nak balik.