Saturday, July 12, 2008

Vol 3 - Apa yang bezanya?

Apa yang bezanya kali ini? Hmm ... apa lagi, HUJAN lah! Di Malaysia pun ada hujan kan tapi hujan di Auckland ni lain macam sikit.

Aku namakan ia 'Hujan Main -Main'! Tiba-tiba jer hujan dan bila kita baru nak buka payung, hujan pun berhenti. Lepas tu, baru berjalan sepuluh tapak, hujan turun balik dengan lebatnya. Then, berhenti. Dalam cuaca cerah pun hujan boleh turun. Tak ada petanda langsung. Macam tu lah selalu.

Lupakan saja 'baju hujan' sebab ianya tak praktikal kat sini. Angin kat Auckland ni kuat sungguh. Dalam 3 bulan, sudah 3 payung aku bertukar. Sebulan satu payung.

Huh! Setakat sejuk tu boleh tahan lagi tapi bila sejuk + angin + hujan = tu yang buatkan tak tahan kat sini. Aku kena selsema teruk sekarang ni . Nampak sangat made in Malaysia ni tak cukup kuat. He he he

The worst part ianya membantutkan my weight loss programme. Nak berjalan kaki pergi/balik office pun kena fikir dua tiga kali ... sudahnya naik bas lah. Cam ner nak turun 85 kg ni?
Dan cuma tinggal 19 hari saja lagi nak capai target. Huh! Cobaaaaannnnnn!
Ahau - Dee
p/s : Ahau - Dee berubah wajah lagi , rasa semak pulak format sebelum ni. Bak kata omputih, less is more and I like it !

No comments: